30 Nov 2014

Cara Mengatasi Masalah Nafas Berbau.

Sumber daripada Google

Ish. Ish. Sangat la tak menyenangkan kalau kita ni duk sembang-sembang dengan orang yang nafas berbau ni ye. Kadang-kadang tu rasa macam nak lari je bila orang yang bersembang dengan kita tu nafas berbau. hihihi. Nakal sungguh. Tapi memang tak sampai hati nak buat macam tu kan.

Sebenarnya banyak sebab atau punca nafas berbau ni. Jom kita cungkil punca-puncanya.

Punca nafas berbau

  • Bakteria

=> bakteria ni boleh berkumpul di dalam mulut boleh juga berpunca dari penjagaan oral yang tak betul
=> bakteria juga boleh membiak guna lebihan makanan yang tak dibersihkan dari celah-celah gigi
=> Bakteria ni pulak memang suka tinggal dan beranak pinak dalam rongga mulut yang tak ada oksigen yang menghasilkan asid amino dan lepas tu mengeluarkan asil serta sulfur yang boleh menyebabkan bau kurang enak keluar dari mulut kita.



  • Penurunan kuantiti air liur dalam mulut
=> bakteria senang membiak jika mulut kita kekurangan air liur
=> kekurangan air liur ni boleh sebabkan air liur tu jadi likat so susahla nak bilas mulut kita
=> bila dah kurang air liur, maka kuranglah oksigen jadi bakteria pun akan bersorak riang nak lepak dalam mulut kita ni. Tu yang jadi nafas berbau tu.

Kadang-kadang nafas berbau ni boleh juga disebabkan oleh penyakit seperti tonsil, sakit tekak, selsema, demam, kencing manis, penyakit hati, buah pinggang, dan kanser mulut.

Actually, pembersih lidah pun penting sebab bakteria busuk suka pada hujung lidah. Kalau nak gosok gigi lepas makan, gosok gigi 30 minit lepas makan.

Supplemen Shaklee ada penyelesaian untuk masalah mulut berbau ni.


  • Garlic
=> Merupakan antibiotik yang selamat dan semulajadi untuk mempertingkat sistem imun tubuh
=> Membunuh bakteria

  • Alfalfa Complex
=> boleh menghilangkan toksin dari badan
=> menyegarkan nafas dan detoksifikasi bau

  • Sustained Release Vitamin C 500mg
=> merangsang pembentukan kolagen.
=> menyembuhkan penyakit gusi, detoksifikasi yang bagus



KLIK DI SINI UNTUK MEMBUAT BELIAN








Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda.Sebarang pertanyaa mengenai rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian :


Nama : Diyana Isa
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976



" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."

Infused Water yang Famous untuk detox

Assalamualaikum & selamat Sejahtera.

Rutin harian bermula di awal pagi. Lepas sarapan je, mesti akan telan supplemen shaklee yang ohsemm untuk kekalkan kesihatan dan tambah susu sebab still breastfeeding anak. Bila makan supplemen, kita kena minum air kosong banyak tau. Tapi saya susah sikit nak minum air kosong dalam kuantiti yang banyak.

So, scroll FB tu sambil baca la newsfeed friend dlm FB tu, tiba-tiba ternampak ada orang share pasal infused water. Hah? Ape benda pulak la infused water tu kan. Pada mula saya baca tu, saya pun tatwu infused water tu ape. So, sebab terlalu semangat nak tau ape benda la infused water ni, saya pun mula la godek-godek pasal infused water ni di Google.

Nak tau ta infused water tu ape? Infused Water ni merupakan air kosong yang dicampurkan dengan buah-buahan segar, daun-daun herba atau madu dan dibiarkan selama beberapa jam sebelum diminum. Ha, dengar macam menarik kan? 

Sumber daripada Google


Haa. NI la rupa infused water tu.Macam-macam jenis jugak buah-buahan yang boleh digunakan seperti apple, anggur, strawberry, mangga,nenas dan banyak lagi la. Kemudian daun-daun herba seperti basil, peppermint, pudina, dan saderi ni dicampurkan sekali dengan buah-buahan yang kita nak. Buah dengan daun herba tu ta perlu pun nak kena ade semua macam yang saya tulis ni. hehe. Boleh juga tambah kulit kayu manis, serai, halia atau timun jugak.

Saya pun terus ajak suami pergi NSK sebab nak beli bahan-bahan buat infused water. Saya buat malam then esok pagi baru la saya minum. Rasa dia memang ohsemm. Tapi ta sempat pulak nak snap pic contoh infused water yang saya buat.

Meh saya share cara-cara nak sediakan infused water ni.

1. Pilih resepi campuran buah yang kita nak. (Boleh search kat Google)
2.Masukkan buah serta daun-daun herba semua tu dalam botol.
3.Penuhkan botol yang berisi semua bahan-bahan tu dengan air kosong atau air mineral.
4.Jangan campur gula (guna madu je boleh)
5. Lepas dah siap semua step kat atas ni, sejukkan dalam peti ais selama 4-5 jam sebelum minum. (tapi saya buat malam dan minum pagi esoknya.)

Ramai juga orang jual botol untuk buat infused water ni secara online sekarang. hehe. Ta perlu beli botol lain. Dah memadai guna botol yang ada di rumah. Botol yang sesuai untuk masuk dan keluarkan balik semua bahan-bahan tu.

Ni antara resepi yang saya godek-godek kat Google.

=>  Green tea + Mint + Lime
  •  Ia bagus untuk membakar lemak, penghadaman, sakit kepala dan boleh juga hilangkan bau mulut.
=> Strawberry + Kiwi
  • Sangat elok untuk kardiovaskular, melindungi usus dan kitaran gula dalam darah.
=>  Cucumber + Lime + Lemon
  • Berfungsi untuk mengawal nafsu makan, penghidratan, mengelakkan kembung & boleh la untuk kita maintain selim melim gitu.
=>  Lemon + Lime + Orange
  • Boleh supply vitamin C dan menghilangkan pedih ulu hati.

Semoga informasi yang saya berikan kali ni bermanfaat kepada semua pembaca. Selamat mencuba !

28 Nov 2014

Tangani Masalah Resdung atau Sinus dengan Supplemen Semulajadi

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Ramai yang salah anggap sebenarnya mengenai redung dan sinus ni. Ramai yang beranggapan bahawa sinus tu same je dengan resdung. hehehe. Sebenarnya salah tau.Mari saya terangkan perbezaan antara resdung dengan sinus dulu.

Apa itu Resdung? (dikenali sebagai 'sinusitis')

Secara tradisional nya, resdung merupakan kerengsaan pada hidung yang boleh menyebabkan hidung serta organ-organ lain menjadi gatal dan tak selesa.

Selain itu, secara saintifik pula, ia dikenali sebagai virus yang hidup di bawah lapisan kulit. Aliran darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus itu mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu di dalam badan kita.

Apa itu Sinus?

Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada ditulang muka.Ianya bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil.Rongga ini menghasilkan lendir yang disalurkan ke hidung setiap masa.Terdapat 4 ruang sinus utama iaitu:
  • Sinus Maxilla
  • Sinus ethmoid
  • Sinus frontal
  • Sinus sphneoid

Sumber daripada Google


Selalu orang yang pergi klinik sebab selsema teruk dan sakit kepala mesti akan cakap, "Doktor, saya rasa saya kene penyakit sinus la.". Si doktor pula mengiyakan tapi dalam hati dia kata, "memang semua orang ade sinus". hehehe. Semua orang ade sinus tapi tak semua orang ade resdung. Okay?


Lebih kurang 25% rakyat Malaysia alami masalah resdung yang serius. Adakah kita pun tergolong dalam kalangan 25% tu? Jeng jeng jeng. Jom kita tengok pulak tanda-tanda resdung pulak.

Tanda-tanda Resdung:
  • Gatal-gatal
  • hidung berhingus atau tersumbat
  • sakit kepala terutama di bahagian dahi dan pipi
  • Kelemumur yang berterusan
Haaa. Korang ade tak salah satu tanda yang saya tulis tadi. Kalau ada, baik bertindak dengan segera sebab ia boleh memudaratkan diri kita tau. Antara kemudaratan resdung pulak ialah:
  • Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
  • Jangkitan otak
  • sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Keadaan lelah semakin teruk
  • Berdengkur secara kronik
  • Menyebabkan jangkitan pada telinga & tonsil
  • Alahan hidung
  • Selsema biasa yang melarat
Mesti semua orang tak tahu kan kuman apa la yang ada sampai terjadi nya resdung ni. Meh saya bagitau. 

Kuman Stretococcus dan Kuman Staphyococcus ini memang sedia ada dalam rongga-rongga sinus ni. Kuman-kuman ni pun ta menyebabkan penyakit pun. Tapi bila sistem imunisasi badan kita tak kuat, kuman ni akan membiak aktif tanpa boleh di kawal dan sebabkan resdung.

Punca utama kuman ni membiak sebab rongga-rongga sinus kita ni tersumbat.

=> Radang pada hidung
  • Jangkitan kuman & allergy (alahan) ni jadi punca sbb dinding hidung kita ni membengkak dan akan menutupi pintu sinus.
  • Ketumbuhan atau polip pada hidung. Tumor ni menutupi pintu rongga sinus seperti tumbuhan malignant(kanser pada hidung).Bila rongga tertutup maka cecair yang ada dalam rongga tu tak dapat nk keluar dan bertakung.
  • Jangkitan pada gigi dan geraham atas pun jadi punca sebabnya akar umbi gigi geraham atas tu berada di Sinus Maxilla.
=> Genetik
Resdung ni bukanlah penyakit genetik tapi alahan yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik.

Gambar daipada Google

Haa. Ni la gambar yang membezakan diantara rongga sinus yang sihat dan yang tak sihat. 

Sebenarnya resdung ni boleh diubati jika sistem imunisasi kita kuat. So, cara nak kuatkan sistem imunisasi kita ni yang makin lama makin lemah ni adalah dengan pengambilan supplemen semulajadi secara konsisten.


Haaa. Ni lah supplemen yang boleh membantu mengatasi masalah resdung anda. Meh saya terangkan satu-satu kebaikan produk ni ye.

1.Energizing Soy Protein
  • Mengandungi protin 
=> membentuk pelbagai organ & tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia
=> meningkatkan sistem imunisasi untuk melawan penyakit

  • Mengandungi asid amino
=> asid amino terdapat dalam protin
=> menghasilkan protin berbeza mengikut keperluan tubuh manusia


2. Alfalfa Complex

  • melawan alahan
  • rawatan kepada kebanyakan penyakit
3.Sustained Release Vita C 500mg
  • meningkatkan sistem imunisasi
4. Zinc Complex
  • baiki radang kulit seperti jerawat
  • meningkatkan sistem imunisasi
  • membentuk kolagen untuk pertumbuhan & perkembangan kulit, kuku & organ
5. GLA Complex
  • mengandungi herba tradisi yang dipercayai boleh mengeluarkan virus dari dalam badan serta mampu meningkatkan stamina
  • menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung didalam salur darah



Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda.Sebarang pertanyaa mengenai rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian :


Nama : Diyana Isa
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976



" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."

6 Nov 2014

Sijil halal shaklee

Tak faham kenapa masih ramai customer di luar sana yang masih ragu-ragu dengan status halal Shaklee. Macam-macam soalan ditanya walaupun sudah terang lagi nyata yang kesemua produk Shaklee Malaysia dijamin halal.Bila customer tegar Shaklee pun dah mula ragu-ragu, customer yang baru nak kenal tentang produk Shaklee lagi la ragu-ragu nak beli. Lebih parah lagi, ada juga certain customer pulangkan balik produk Shaklee kepada pengedar kerana tidak berpuas hati kerana tiada logo halal yang ditepek di botol-botol produk Shaklee.

Kita pernah ke tengok botol-botol yang di jual di farmasi tu ade atau tak logo halal pada botol kalau ia merupakan produk yang dibuat di luar negara? Jawapannya TIADA LOGO HALAL. Tapi kenapa masih ramai yang beli? Kenapa tak mempertikaikan status halal produk tu? Lagi pun sesiapa boleh cetak atau tepek slogo halal pada produk mereka walaupun belum tentu lagi mereka ada sijil halal. Jangan risau.. Produk Shalee halal dan disahkan oleh JAKIM.

Antara soalan-soalan yang customer akan tanya:

=> Kenapa tak letak logo halal pada botol produk Shaklee?

Jawapannya : Shaklee diyakini HALAL. SIJIL HALAL SHAKLEE dilekuarkan oleh Jabatan Agama Islam US ( ISA ) dan ada sijil yang terbaru. Dalam sijil tu dah di list down semua produk Shaklee yang halal digunakan oleh pengguna yang beragama Islam. Jangan bimbang ye.

=> Kenapa tak ada logo halal JAKIM ?

Jawapannya : Produk Shaklee tak ada logo halal JAKIM kerana JAKIM hanya mengeluarkan sijil/logo halal pada produk yang dibuat di DALAM MALAYSIA SAHAJA. Lagi pun, tak akan la JAKIM nak pergi sampai ke US semata-mata nak menentukan halal atau tidak produk Shaklee ni kan. Jadi, biarlah badan berwajib di US tu yang tentukan sama ada produk Shaklee ni halal atau tidak ye. Mereka pun sangat-sangat particular bab-bab halal ni. Jadi jangan risau kerana jika didapati ada company yang dah ada sijil halal tapi tiba-tiba jadi tak halal, mereka boleh di saman berjuta dolar tau. Shaklee apply tau untuk dapatkan sijil halal ni. Bukan senang tau nak dapat sijil halal.Bila dah dapat sijil tu, maknanya tiada keraguan lah tentang status halal ni kan?

Haa. Meh kita same-same tengok macam mane la rupa Sijil Halal Shaklee ni kan.




Haa. Nampak tak Sijil Halal Shaklee ni? Masih ragu-ragu? Jangan ragu-ragu ye sayang sekalian. Sebab Sijil Halal Shaklee ni dikeluarkan oleh Islamic Service of America ( ISA ). ISA ni merupakan satu badan pensijilan halal yang terkenal di Amerika Syarikat dan Amerika Utara, mereka diiktiraf antarabangsa oleh sektor industri halal. Kalau tak percaya lagi, boleh search Islamic Service of America kat google nanti ye. Boleh juga search BADAN YANG DIIKTIRAF OLEH JAKIM. Kat situ, semua info yang up-to-date akan dipamerkan.

Masih tak percaya? Tak apa. Saya masih akan meneruskan legasi Shaklee dengan anak-anak serta cucu cicit saya nanti.Sebab Shaklee bukan sahaja ada Sijil Halal Shaklee, ia juga ada no KKM ( boleh check dengan Biro Farmasiutikal Malaysia ye ). Saya sangat yakin dengan Shaklee. I loveeee Shaklee!!



Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda.Sebarang pertanyaa mengenai rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian :


Nama : Diyana Isa
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976



" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."

1 Nov 2014

Cara Mengatasi Masalah Kesuburan dengan Set Kesuburan Shaklee




Memiliki zuriat merupakan impian setiap pasangan sama ada yang baru berumahtangga mahupun yang telah lama berumahtangga. 


Bila berkata mengenai masalah kesuburan, ramai kaum-kaum suami yang akan menuding jari ke arah kaum isteri. Bagi mereka, setiap masalah yang wujud pasti berpunca daripada si isteri. Sedangkan masalah kesuburan juga boleh terjadi kepada si suami juga. Ramai yang menyalah tafsir mengenai masalah kesuburan ini. Mereka lebih gemar menggelar orang yang mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat ini sebagai "MANDUL". 

Ramai yang tidak mengetahui punca masalah kesuburan ini. Kebiasannya masalah kesuburan ini terjadi sama ada si suami mahupun si isteri kekurangan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Cara mengatasi masalah kesuburan adalah dengan mengamalkan pengambilan multivitamin dan multimineral yang mencukupi bagi meningkatkan tahap kesuburan seseorang.

Set Kesuburan Shaklee terdiri daripada beberapa jenis vitamin semulajadi yang bermutu tinggi seperti :


Cara Mengatasi Masalah Kesuburan dengan Set Kesuburan Shaklee


1. Vitalea Multivitamin
Vitalea tediri daripada pelbagai jenis vitamin yang membantu melengkapkan kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting dalam tubuh yang diperlukan setiap hari. Ia melindungi organ-organ penting tubuh seperti buah pinggang, jantung, hati, organ pembiakan, kesihatan kulit, kuku, rambut dan tiroid.

2. GLA Complex
Ia membantu dalam mengawal selia hormon estrogen dan testoteron. Ia juga mampu membaiki simptom PMS seperti sakit payudara serta membantu melambatkan proses penuaan.

3. Zinc Complex
Ia membantu kaum lelaki dalam penjagaan prostat. Ia juga membantu mempertingkan kandungan sperma lelaki serta ia boleh mempertingkatkan tenaga sperma untuk menuju ke ovum.

4. Alfalfa
Alfalfa dapat membantu dalam menghilangkan masalah keputihan, membantu masalah kesuburan dan berfungsi seperti manjakani serta baik untuk hubungan suami isteri.

5. B Complex
Mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Ia juga membantu melengkapkan ketidakseimbangan vitamin B yang diperlukan untuk kegunaan seharian tubuh.

6. Vitamin C
Ia membantu dalam pemulihan dan pembaikan sel dan tisu tubuh. Kebaikan utamanya adalah ia dapat menggebukan kulit wajah. Ia juga melindungi daripada darah beku, lebam dan amat berkesan dalam penyembuhan luka.




Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Kita perlu berusaha. Berdoa padaNya supaya dikurniakan zuriat. Tak mungkin wujudnya hasil jika tiada usaha kan? Setelah berusaha dan berdoa, bertawakkal. Sesungguhnya semuanya daripadaNya juga. 


KLIK DI SINI UNTUK MEMBUAT BELIAN






Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi yang bermutu tinggi,saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi saya ditalian :




Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : riznina1014@gmail.com
Call/ SMS/ Whatsapp : 019-2212976



" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."

Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015