30 Nov 2014

Infused Water yang Famous untuk detox

Assalamualaikum & selamat Sejahtera.

Rutin harian bermula di awal pagi. Lepas sarapan je, mesti akan telan supplemen shaklee yang ohsemm untuk kekalkan kesihatan dan tambah susu sebab still breastfeeding anak. Bila makan supplemen, kita kena minum air kosong banyak tau. Tapi saya susah sikit nak minum air kosong dalam kuantiti yang banyak.

So, scroll FB tu sambil baca la newsfeed friend dlm FB tu, tiba-tiba ternampak ada orang share pasal infused water. Hah? Ape benda pulak la infused water tu kan. Pada mula saya baca tu, saya pun tatwu infused water tu ape. So, sebab terlalu semangat nak tau ape benda la infused water ni, saya pun mula la godek-godek pasal infused water ni di Google.

Nak tau ta infused water tu ape? Infused Water ni merupakan air kosong yang dicampurkan dengan buah-buahan segar, daun-daun herba atau madu dan dibiarkan selama beberapa jam sebelum diminum. Ha, dengar macam menarik kan? 

Sumber daripada Google


Haa. NI la rupa infused water tu.Macam-macam jenis jugak buah-buahan yang boleh digunakan seperti apple, anggur, strawberry, mangga,nenas dan banyak lagi la. Kemudian daun-daun herba seperti basil, peppermint, pudina, dan saderi ni dicampurkan sekali dengan buah-buahan yang kita nak. Buah dengan daun herba tu ta perlu pun nak kena ade semua macam yang saya tulis ni. hehe. Boleh juga tambah kulit kayu manis, serai, halia atau timun jugak.

Saya pun terus ajak suami pergi NSK sebab nak beli bahan-bahan buat infused water. Saya buat malam then esok pagi baru la saya minum. Rasa dia memang ohsemm. Tapi ta sempat pulak nak snap pic contoh infused water yang saya buat.

Meh saya share cara-cara nak sediakan infused water ni.

1. Pilih resepi campuran buah yang kita nak. (Boleh search kat Google)
2.Masukkan buah serta daun-daun herba semua tu dalam botol.
3.Penuhkan botol yang berisi semua bahan-bahan tu dengan air kosong atau air mineral.
4.Jangan campur gula (guna madu je boleh)
5. Lepas dah siap semua step kat atas ni, sejukkan dalam peti ais selama 4-5 jam sebelum minum. (tapi saya buat malam dan minum pagi esoknya.)

Ramai juga orang jual botol untuk buat infused water ni secara online sekarang. hehe. Ta perlu beli botol lain. Dah memadai guna botol yang ada di rumah. Botol yang sesuai untuk masuk dan keluarkan balik semua bahan-bahan tu.

Ni antara resepi yang saya godek-godek kat Google.

=>  Green tea + Mint + Lime
  •  Ia bagus untuk membakar lemak, penghadaman, sakit kepala dan boleh juga hilangkan bau mulut.
=> Strawberry + Kiwi
  • Sangat elok untuk kardiovaskular, melindungi usus dan kitaran gula dalam darah.
=>  Cucumber + Lime + Lemon
  • Berfungsi untuk mengawal nafsu makan, penghidratan, mengelakkan kembung & boleh la untuk kita maintain selim melim gitu.
=>  Lemon + Lime + Orange
  • Boleh supply vitamin C dan menghilangkan pedih ulu hati.

Semoga informasi yang saya berikan kali ni bermanfaat kepada semua pembaca. Selamat mencuba !

1 comment:

Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015