15 Dec 2014

Bahaya Penyakit Kawasaki

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Ishh. Sekarang ni macam-macam jenis penyakit ada. Ebola la, Kawasaki la. Haih. Tapi entry kali ni khas untuk menerangkan ape la penyakit Kawasaki ni ( selama ni tau pasal Motor Kawasaki je) hehehe. 

Penyakit Kawasaki ni sejenis penyakit yang menyerang pembuluh darah yang biasanye boleh menyebabkan keadaan menjadi semakin serius kerana dapat menyebabkan kecacatan pada jantung bahkan boleh menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan yang sewajarnya.

Penyakit Kawasaki ni pada awalnya dikenali sebagai sindrom kelenjar & kulit serta dikenali sebagai Mucocutaneous Lymph Node Syndrome sebelum ia dinamakan penyakit Kawasaki sempena nama pakar kanak-kanak di Jepun, Tomikasu Kawasaki yang mengesan & menghurai gejala penyakit itu pada tahun 1960.

Penyakit Kawasaki  menyebabkan radang pada salur darah di seluruh badan dan jika lambat mendapat rawatan, ia boleh menyebabkan komplikasi pada jantung apabila organ penting menjadi lemah atau saluran darah ke jantung bengkak sebab arteri koronari rosak.

Penyakit ni biasanya akan menyerang kanak-kanak yang berusia bawah usia 5 tahun. Kebiasaanya penyakit ni akan menyerang kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan.

Pesakit yang dijangkiti dengan penyakit kawasaki yang tidak dirawat dengan betul akan mengalami kerosakan saluran darah pada jantung,menyebabkan otot jantung menjadi bengkak dan injap pada jantung menjadi rosak serta menyebabkan jantung gagal berfungsi.

Kebanyakan pakar bersetuju bahawa penyakit kawasaki ni berkemungkinan besar berpunca daripada jangkitan kuman atau virus & tidak diwarisi daripada keluarga secara genetik.

Simptom Penyakit Kawasaki :

  • Ruam kulit biasanya berlaku pada awal serangan penyakit ini
  • demam berpanjangan yang tidak bertindak balas kepada dos normal paracetamol atau ibuprofen. Demam ini biasanya berkekalan hingga 2 minggu
  • Bibir merah seperti dicalit gincu
  • mempunyai mata merah (konjunktivits)
  • Lidah mungkin merah & menunjukkan benjolan-benjolan kecil
  • Selaput lendir merah pada bahagian mulut
  • Node lymph pada bahagian leher berkemungkinan bengkak



Gambar daripada Google


Gambar daripada Google

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk semua.


Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015