5 Jan 2015

Makan malam sekeluarga sempena Hari Jadi kakak & Sambutan Ulangtahun perkahwinan mak & Ayah

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Harini baru ada kelapangan nak bercerita tentang makan malam keluarga sebelah saya. hihi. Busy memanjang dengan anak-anak. Nak layan kerenah si abang yang tengah demam. Biase la kan, budak kalau demam mane sah kalau tak merengek.

Makan malam yang diadakan pada tarikh 3.1.2015 ni diadakan bersempena menyambut Hari Jadi Kakak saya satu-satunya dan ulangtahun perkahwinan mak dan ayah saya yang bertarikh 1.1.2015. 1 hb tu kan hari Khamis dan cuti sehari tu je dan keesokannya kena kerja, so mak dan ayah yang decide nak raikannya pd 3.1.2015. 

Kami makan di Satay Hj. Samuri, Kajang. Satay ni memang feveret ayah. Kalau nak diikutkan plan asal, mak nak ajak makan di Horizon Garden, Bandar Baru Bangi. Ayah pulak tak nak makan kat situ dan ayah sendiri yang decide nak makan di Satay Haji Samuri.

Pada malam itu, saya sekeluarga naik kereta bersama mak dan ayah. Kakak dan abang saya naik kereta masing-masing dengan keluarga mereka. hihi. Saya macam biasa la, anak manja mak dan ayah. Mana boleh naik kereta lain. Mesti la nak bertepek je ngan mak dan ayah.(Redha je suami sebab dapat isteri anak mak. kikikikiki)

Malam tu, orang yang datang ke kedai Satay Hj. Samuri tu memang ramai gila. Meja makan yang banyak tu semuanya full. Saya dan anak-anak tunggu di meja sementara mak dan akak saya beratur untuk order makanan. 

Lupa pulak nak bagi tahu, sebenarnya ni Hari Lahir kakak saya, Nur Amalina yang ke29 dan Ulangtahun Perkahwinan mak dan ayah saya yang ke 31. Kakak saya dah nak masuk 3 series dah, huhu. Dah makin tua! Saya je muda belia lagi. hehehehe





Kakak & anak-anak ( abg ipar missing in action time ni )


Mak, Kakak Ipar & Abang


hihi. Itu la saya dan suami


My Superdad


My Hero, Muhammad Rizqi Mirza

Ni la antara gambar-gambar yang saya sempat muat naik dalam blog ni. Banyak sangat nak upload. Boleh kejang nak tunggu sebab internet slow. 

Selamat Hari Lahir Akak yang ke 29. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan sentiasa berada di bawah payung rahmat Allah S.W.T. I love you muchh !!

Buat mak dan ayah, Selamat Ulangtahun perkahwinan yang ke 31. Semoga mak dan ayah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Terima kasih sebab besarkan adik. Love you until Jannah.

4 Jan 2015

Kenali Pengasas Shaklee - Dr. Forrest C. Shaklee

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Harini saya akan berkongsi mengenai pengasas Shaklee yang dikenali dengan supplemen semulajadi iaitu Dr. Forrest C. Shaklee. Legasi Shaklee bermula apabila Dr. Forrest C. Shaklee mencipta multivitamin pertama di dunia iaitu "Vitalized Minerals" pada tahun 1915. Dari situ la permulaan nya legasi Shaklee yang masih bertapak selama 5 dekat. Syarikat Shaklee juga merupakan peneraju utama barangan serta produk kesihatan semulajadi yang terulung di dunia.



Haa, yang ini lah gambar Dr. Forrest C. Shaklee masa muda. huhuhu. Handsome kan? Beliau menubuhkan Shaklee Corporation pada tahun 1956 bersama dua orang anaknya. Shaklee Corporation juga merupakan syarikat jualan langsung pertama di dunia. 



Dr. Forrest C. Shaklee mengamalkn konsep semulajadi tatkala kebanyakan syarikat lain mengamalkan penggunaan plastik dan bahan-bahan sintetik. Beliau menghasilkan vitamin dan juga merupakan antara pencipta terawal yang mencipta bahan pencuci rumah bersifat biodegradasi di dunia.

Basic H dalam packaging lama


Dr. Forrest C. Shaklee dilahirkan pada November 1894. Beliau menghidap penyakit batuk kering sejak lahir sehingga semua doktor bersetuju bahawa beliau tidak mampu hidup lama. Kepercayaan yang mendalam orang tuanya tentang kehebatan alam membawa mereka sekeluarga berpindah ke kawasan yang mempunyai tanah yang subur yang mampu menghasilkan tanaman yang berkualiti. Mereka juga mengamalkan pemakanan yang sihat daripada sumber-sumber semulajadi sahaja.

Tahap kesihatan beliau semakin pulih berlaku secara perlahan dan secara semulajadi kerana mengamalkan pemakanan dan persekitaran yang sihat serta melakukan senaman yang baik untuk kesihatan tubuh.

Dr. Forrest C. Shaklee pemegang ijazah pemakanan, biokimia, falsafah dan ketuhanan. Pada ketika itu, beliau banyak menghabiskan masa dalam bidang diagnosis X-ray yang tidak beliau ketahui tentang bahayanya jika beliau terlalu terdedah dalam  bidang yang diceburi itu. Akibat terlalu banyak terdedah dengan sinaran X-ray, beliau disahkan menghidap kanser setelah berjumpa doktor selepas beliau bimbang mengenai luka ulserasi yang terdapat pada bahu kiri dan pinggang kiri beliau.

Bermula daripada itu, beliau bertekad untuk cepat sembuh. Beliau yakin bahawa penyembuhannya bergantung kepada sikap positif, kesihatan mental dan nutrisi yang tepat.

Pada tahun 1955, Dr. Forrest C. Shaklee menyatakan hasrat beliau untuk mengubah masyarakat dalam meningkatkan kualiti pemakanan kepada 2 orang anaknya iaitu Shaklee Jr. dan Lee. Beliau ingin memulakan perniagaan untuk mengedarkan makanan tambahan yang dicipta menggunakan bahan-bahan semulajadi yang banyak khasiatnya. Maka, pada 1 April 1956 tertubuhlah Shaklee Corporation sebagai pembekal makanan tambahan yang terbaik di dunia.

Menarikkan kisah pengasas Shaklee? Jadi tunggu apa lagi, mari jadi sebahagian daripada keluarga besar kami. 




Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda.Sebarang pertanyaan mengenai rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian :



Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976



" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."


3 Jan 2015

Kelas Asas Jutawan Shaklee

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Haaaa. Kalau tengok tajuk dah macam pergi belajar nak jadi kaya je kan. hehehe. Memang pun! Harini happy sangat sebab dapat korek-korek rahsia seorang jutawan Shaklee ( nama group pun Jutawan Shaklee dah tu. eheh) macam mana cara nak jadi SID yang berjaya. SID yang tak akan cepat mengaku kalah. 

Kelas berlangsung selama 3 jam pada 2.1.2015. Saya mulakan tahun baru dengan azam baru iaitu menimba ilmu untuk berjaya dalam bisnes Shaklee. Kelas Asas Jutawan Shaklee ni khas untuk SID yang berada di bawah susur galur PM Cery ( pengasas mamafaiz.com ). PM Cery tu kiranya moyang saya la dalam Shaklee. (huhu. dia ta tua lagi tau walaupun dia pangkat moyang ). Kelas ini diadakan di Faizland, Bandar Baru Bangi.

Kebanyakan kelas yang berkaitan dengan Shaklee saya mesti teruja nak pergi. Mesti semua tertanya-tanya kan kenapa la saya teruja sangat tu? Sebab nye, kelas yang diadakan tidak memerlukan saya meninggalkan anak-anak dan suami terbiar dirumah. Mereka pun boleh turut serta. Di Faizland tadi, memang keadaan training room nya sangat-sangat la selesa. Kedudukan kerusi dan meja yang memudahkan sesiapa sahaja yang menggunakannya lebih fokus. Pihak Faizland juga menyediakan tempat main untuk sesiapa yang ingin membawa anak-anak sekali ( kira mcm playroom la. ) Playroom tu memang selesa. Ada mainan, ada TV. Senang cite memang lengkap fasiliti kat situ walaupun tu tempat baru.

Okay, dah macam nak promote Faizland Training Room pulak. hehehe. Tapi kepada sesiapa yang nak buat seminar ke, ceramah ke. Boleh la email ke training_course@faizland.com untuk membuat tempahan. Hikhik. Ish2. 

Memang banyak ilmu yang dapat dikorek sepanjang 3 jam kelas berlangsung. PM Cery share macam mane nak murah rezeki. Caranye sangat-sangat senang. Buat Master Checklist. Jangan miss walaupun sehari. Jadikan Allah sebagai 'bisnes partner'. Kalau kita jaga hubungan kita dengan 'Bisnes Partner' kita dengan baik, insyaAllah 'Bisnes Partner' kita pun akan jage bisnes kita dengan baik. So jangan terperanjat la kalau tetibe je, sales hang bulan tu meletup-letup dan terus naik rank. 

Selain tu, kita sebagai SID kena tahu pasal company iaitu company Shaklee. Kena tahu pasal produk. Kita kena la tau apa fungsi setiap produk tu. Kalau tak, macam mana la nak jawab bila ade orang tanya. Tak kan la nak cakap tak tahu pulak kan. Buat malu omak je kalau gitu. hehehe. 

Memang banyak ilmu yang saya perolehi. Terima kasih buat PM Cery sebab menyedarkan saya sekali lagi tentang beruntungnya saya menjadi SID di bawah susur galu beliau. Saya sangat beruntung sebab mempunyai omak a.k.a upline yang sangat penyabar walaupun dia dapat anak yang pemalas dan suka bagi alasan macam saya. Thank you, Omak Paa. Mmmuaaahh. Saya juga beruntung sangat-sangat sebab dapat siblings ( SID dibawah Omak Paa ) yang sangat supportive. Thank you all. Saya nak tepek gambar-gambar yang sempat saya ambil semasa dan selepas kelas berlangsung.

















Ni gambar semua SID yang hadiri kelas asas jutawan shaklee pada 2.1.2015. Gambar ni diambil lepas abis kelas. 


Ini pula gambar kenangan saya (pakai baju merah) bersama moyang tersayang, PM Cery.



Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda.Sebarang pertanyaan mengenai rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian :



Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976



" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."


Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015