5 Jan 2015

Makan malam sekeluarga sempena Hari Jadi kakak & Sambutan Ulangtahun perkahwinan mak & Ayah

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Harini baru ada kelapangan nak bercerita tentang makan malam keluarga sebelah saya. hihi. Busy memanjang dengan anak-anak. Nak layan kerenah si abang yang tengah demam. Biase la kan, budak kalau demam mane sah kalau tak merengek.

Makan malam yang diadakan pada tarikh 3.1.2015 ni diadakan bersempena menyambut Hari Jadi Kakak saya satu-satunya dan ulangtahun perkahwinan mak dan ayah saya yang bertarikh 1.1.2015. 1 hb tu kan hari Khamis dan cuti sehari tu je dan keesokannya kena kerja, so mak dan ayah yang decide nak raikannya pd 3.1.2015. 

Kami makan di Satay Hj. Samuri, Kajang. Satay ni memang feveret ayah. Kalau nak diikutkan plan asal, mak nak ajak makan di Horizon Garden, Bandar Baru Bangi. Ayah pulak tak nak makan kat situ dan ayah sendiri yang decide nak makan di Satay Haji Samuri.

Pada malam itu, saya sekeluarga naik kereta bersama mak dan ayah. Kakak dan abang saya naik kereta masing-masing dengan keluarga mereka. hihi. Saya macam biasa la, anak manja mak dan ayah. Mana boleh naik kereta lain. Mesti la nak bertepek je ngan mak dan ayah.(Redha je suami sebab dapat isteri anak mak. kikikikiki)

Malam tu, orang yang datang ke kedai Satay Hj. Samuri tu memang ramai gila. Meja makan yang banyak tu semuanya full. Saya dan anak-anak tunggu di meja sementara mak dan akak saya beratur untuk order makanan. 

Lupa pulak nak bagi tahu, sebenarnya ni Hari Lahir kakak saya, Nur Amalina yang ke29 dan Ulangtahun Perkahwinan mak dan ayah saya yang ke 31. Kakak saya dah nak masuk 3 series dah, huhu. Dah makin tua! Saya je muda belia lagi. hehehehe





Kakak & anak-anak ( abg ipar missing in action time ni )


Mak, Kakak Ipar & Abang


hihi. Itu la saya dan suami


My Superdad


My Hero, Muhammad Rizqi Mirza

Ni la antara gambar-gambar yang saya sempat muat naik dalam blog ni. Banyak sangat nak upload. Boleh kejang nak tunggu sebab internet slow. 

Selamat Hari Lahir Akak yang ke 29. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan sentiasa berada di bawah payung rahmat Allah S.W.T. I love you muchh !!

Buat mak dan ayah, Selamat Ulangtahun perkahwinan yang ke 31. Semoga mak dan ayah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Terima kasih sebab besarkan adik. Love you until Jannah.
Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015