22 Mar 2015

Cara Memilih Produk Nutrisi

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Bagaimana Memilih Produk Supplemen yang Bermutu Tinggi

Apa yang anda lakukan jika anda tahu produk supplemen yang anda telah ambil tidak seperti apa yang anda fikirkan? Anda mungkin pernah mendengar banyak cerita yang bercanggah dalam berita, daripada rakan-rakan atau ahli keluarga mengenai produk supplemen atau bahan-bahan yang berbeza.

Mari kita hadapi persoalan ini apabila ia berkenaan supplemen, akal kita menetapkan bahawa kita harus mendengar daripada ahli profesional yang berkelayakan, tentang penjagaan pemakanan kesihatan dan bukan dari ikon meddia seperti Larry King kerana mereka tidak tahu soalan yang betul untuk bertanya apabila berkenaan pemakanan. Bahkan, kebanyakan penyedia penjaan kesihatan tidak tahu soalan yang betul untuk ditanya.
Berikut adalah senarai soalan yang anda harus tanya pada pembekal supplemen anda untuk memastikan anda mendapat produk yang berkualiti tinggi dan produk nutrisi yang dirumuskan secara saintifik.

1. Siapa Syarikat pengilang produk supplemen?
Syarikat yang tertentu mungkin tidak mengeluarkan produk mereka. Mereka mungkin hanya "mengedar" produk.

2. Adakah Pengedar Supplemen mematuhi Prosedur FDA bagi Perkilangan yang baik?
Ia adalah penting untuk mengetahui sama ada produk supplemen yang telah dikeluarkan di bawah Prosedur Pengilangan Baik FDA (GMP). GMP adalah garis panduan kawalan kualiti bahawa industri farmaseutikal perlu mematuhi peruntukan undang-undang.

3.Adakah produk nutrisi ini menjalani ujian kualiti ke bahan-bahan mereka?
Setiap kelompok produk pemakanan perlu mempunyai bahan-bahan mentah yang dianalisis untuk kemujaraban dan kualiti. Produk supplemen yang terbaik akan mempunyai 300 ujian kualiti ke setiap salah satu produk supplemen mereka.

4. Adakah produk nutrisi ini mempunyai makmal bebas yang mengesahkan kualiti mereka dengan keputusan yang disediakan kepada orang ramai?
Pengilang perlu menyediakan produk-produk kepada makmal bebas untuk mengesahkan kualiti mereka. Satu bidang mudah yang perlu disahkan adalah jumlah yang dinyatakan mengenai bahan tertentu yang disenaraikan pada label produk dengan jumlah sebenar yang terkandung dalam pil.

5. Adakah produk supplemen yang anda gunakan diperbuat daripada bahan semulajadi atau sintetik??
Bukan semua produk supplemen adalah 100% semulajadi. Sebagai contoh bagi vitamin B, ada vitamin B yang mendakwasebagai 100% semulajadi, sesiapa yang mendakwa demikian adalah salah. Semua produk pemakanan berkualiti tinggi akan mengandungi banyak bahan-bahan semulajadi.

6. Adakah Produk pemakanan mempunyai tarikh luput dicap pada botol?
Sama seperti makanan yang akan rosak selepas tarikh luput, ini juga berlaku pada produk nutrisi. Semua produk supplemen bermutu tinggi akan dicap tarikh luput pada botol mereka.

7. Adakah produk supplemen ini lulus ujian air?
Ujian air digunakan untuk memastikan penyerapan produk nutrisi.Pil anda harus benar-benar larut menjadi longgokan serbuk dalam masa 20 minit.

8. Adakah pengeluar produk pemakanan anda mempunyai lembaga penasihat saintifik yang sah?
Syarikat nutrisi berkualiti tinggi akan mempunyai lembaga penasihat yang terdiri daripada pakar-pakar perubatan dan ahli-ahli sains yang terkenal dunia.

9. Berapa banyak saintis sepenuh masa yang bekerja dengan Syarikat Pengeluar Supplemen?
Pengeluar supplemen yang berkualiti tinggi akan mempunyai ramai saintis-saintis dan kakitangan yang bertauliah Sarjana atau lebih tinggi dalam bidang pemakanan.

10. Adakah pengeluar supplemen mempunyai kemudahan penyelidikan yang sah?
Pengeluar berkualiti tinggi akan mempunyai bangunan berasingan yang dikhususkan untuk penyelidikan. Pengeluar lebih tinggi reputasinya akan meletakkan kemudahan penyelidikan mereka di sekolah-sekolah perubatan yang berprestij.

11. Adakah pengeluar supplemen mempunyai bajet penyelidikan bagi produk supplemen mereka?
Pengeluar berkualiti tinggi harus memperuntukkan sekurang-kurangnya US$1,000,000 setahun bagi penyelidikan untuk membangunkan dan menguji keberkesanan produk mereka.

12. Adakah pengeluar supplemen melakukan ujian klinikal pada produk supplemen mereka?
Ujian klinikal harus dilakukan oleh institusi diluar sana supaya semua keputusan dan metodologi adalah lebih saksama dan tidak berat sebelah.

13. Adakah pengilang menerbitkan penemuan klinikal mereka dalam jurnal jurnal ulasan sains?
Pengeluar supplemen bukan sahaja melakukan ujian klinikal keatas produk mereka, tetapi, mereka juga menerbitkan hasil klinikal mereka dalam jurnal-jurnal ulasan sains.


Jika seseorang menjual produk supplemen, mereka perlu mengetahui jawapan kepada soalan-soalan ini. Jika tidak, jangan beli produk mereka. ANDA TIDAK AKAN TAHU APA ANDA BELI.


1 comment:

  1. Bagus panduan ni.
    Tak lah ramai yang di luar sana terpaksa menerima kesan sampingan yang negatif selepas consumed produk nutrisi yang mereka beli.

    ReplyDelete

Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015