24 Mar 2015

Resepi Ayam Masak Merah

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.


Fuhh. Baru ada masa nak ber'blog'. Kena tidurkan Dini dulu barulah boleh nak sentuh laptop. kalau idak, jangan harap lerrr. Harini saya masak ayam masak merah,kangkung belacan, dan sup ayam untuk Rizqi. 

Sejak ada dua orang anak ni, memang busy sikit. Tapi tak mematahkan semangat saya untuk update blog saya ni. So, harini saya nak share Resepi Ayam Masak Merah yang saya buat tadi. 


Gambar ehsan daripada Encik Google tersayang. Ai pnye tak dan nk snap dah licin.

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ayam, bersihkan dan potong 8 (boleh ikut citarasa masing-masing nak potong berapa)
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh garam dan lebihkan lagi untuk digaul dengan ayam
  • 250ml minyak masak
  • 125ml sos tomato
  • 1 labu bawang besar, kupas dan hiris
  • Gula secukup rasa

Bahan Menumis :
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 6 biji bawang merah, kupas kulit ( ai guna sebiji je. hehehe )
  • 3 ulas bawang putih ( ai guna 2 ulas je )
  • 1 inci halia
Cara Penyediaan :
  1. Satukan bahan menumis ke dalam pengisar dan kisar halus
  2. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan 1 sudu garam.
  3. Panaskan minyak dan gorengkan ayam hingga perang keemasan. Angkat dan tuskan.
  4. Ambil 5 sudu minyak masak tadi dan selebihnya dibuang. Tumis bahan menumis hingga naik bau.
  5. Masukkan ayam dan sos tomato, dan masakkan selama beberapa minit.
  6. Siap untuk dihidang.

Senangkan Resepi Ayam Masak Merah ni? Selamat mencuba ye semua !



3 comments:

  1. assalamualaikum.. oo ini Riznina rupanya hehehe... salam perkenalan Diyana :) sedap ayam masak merah.. tq share resepi

    ReplyDelete
  2. ohhhmaiiiiii tgh lapo2 ni tgk ayam masak merah memang mengoda sangat tau.

    ReplyDelete
  3. Oh, pakai sos jugak rupenya. Ingatkan pakai pes cili semata kalau nak masak ayam masak merah.

    ReplyDelete

Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015