18 Mar 2015

Resepi Rendang Ayam Pedas

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Selamat pagi semua. Harini mummy-mummy semua masak apa? Kak Na masak Rendang Ayam Pedas je. huhu. Hubby request nak makan ni. So, harini kak Na nak share Resepi Rendang Ayam Pedas dengan mummy-mummy semua.

Bahan-Bahan :

1 ekor ayam dalam 1.5kg dipotong 12
500ml santan diperah daripada pati 1/2 biji kelapa parut dengan 500ml(2 cawan) air
110g kerisik
1 helai daun kunyit, dihiris
2 biji cili merah, diguba bunga ( Kak Na tak buat ye. hehe )
Segenggam daun limau purut, dikoyak-koyakkan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Bahan Pes Rempah

8 biji bawang merah, dikupas kulit
3 ulas bawang putih, dikupas kulit
8 batang serai, dihiris
3/4 inci halia, kupas kulit
3/4 inci lengkuas, kupas kulit
3/4 inci kunyit hidup, kupas kulit
6 biji cili merah, buang biji
5 biji cili padi, buang biji
1 1/2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
2 sudu makan cili kisar

Cara penyediaan :

1. Satukan bahan pes rempah ke dalam pengisar dan kisar halus
2. Satukan ayam, pes rempah kisar dan santan ke dalam satu periuk dan renehkan selama 30 minit atau sehingga kuahnya hampi kering.
3. Perlahankan api dan masukkan kerisik. Perisakan dengan garam dan gula.
4. Masukkan daun kunyit dan kacau sebati sebelum api ditutup. Hiaskan dengan cili merah dan daun limau purut. Hidangkan bersama nasi putih.





Selamat Mencuba !

Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015