31 Mar 2015

Syarikat Shaklee, Syarikat MLM #1

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Harini saya nak berceloteh pasal Syarikat Shaklee, Syarikat MLM #1 ni. Ramai yang cakap syarikat MLM ni semuanya tak tahan lama. Tak baguih. Habis tu, hangpa baguih ka? huhuhu. Shaklee juga tergolong dalam kalangan syarikat MLM yang hangpa kata tu.

Shaklee merupakan syarikat yang tepat dalam industri dan masa ianya ditubuhkan. Dr. Forrest C. Shaklee,( boleh rujuk di sini untuk mengetahui siapa Dr. Forrest C. Shaklee ni ye ) mempelopori supplemen pada tahun 1915. Beliau juga mengetengahkan konsep pemasaran MLM pada tahun 1956.

Pada penghujung tahun 60-an, Syarikat Shaklee merupakan syarikat ke-2 yang paling pesat di Amerika Syarikat. Syarikat Shaklee juga merupakan ahli NYSE dan Fortune 500.

Produk-produk yang diketengahkan juga masih mengikut falsafah Dr. Shaklee " Harmoni dengan Alam Semulajadi". Dr. Shaklee mempunyai komitmen bertaraf dunia di dalam sains pemakanan dan beliau dinobatkan menjadi Pemimpin Dunia dalam ledakan pasaran Kesihatan. Ia juga dijangka mencapai US$1 trilion setahun dalam tempoh 10 tahun seterusnya.

Selain itu, Shaklee sangat mementingkan kualiti dan integritinya tiada tandingan. Ini disebabkan oleh komitmen yang tinggi terhadap penyelidikan yang telah menghasilkan lebih daripda 100 artikel dan ringkasan yang diterbitkan di dalam Jurnal Ulasan Scientific and Peer. Masih tiada syarikat nutrisi yang lain di dunia mampu membuat tuntutan itu.

Syarkat-syarikat besar dalam industri ini juga menjadi hebat kerana kuasa kepimpinan pengasas mereka. Walaupun Shaklee ditubuhkan sebelum kelahiran Roger Barnett dilahirkan, Shaklee dianggap seperti anaknya. Semangat dan visi beliau mampu menjadikan Shaklee sebagai syarikat #1 di dunia.

Roger Barnett telah komited untuk memindahkan keluarganya ke Pleasanton, California untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Shaklee. Beliau melihat ini sebagai pelaburan yang strategik jangka masa panjang. Beliau berkata. "Saya tidak mahu menjual syarikat ini. Satu hari, jika dia layak, saya ingin menurunkan syarikat ini kepada anak saya, Spencer". Spencer pada ketika itu berusia 3 tahun.

Shaklee tak sama macam Syarikat-syarikat MLM yang lain. Shaklee mempunyai keistimewaan nya yang tersendiri. Saya seronok sebab jadi sebahagian daripada keluarga besar Shaklee. I LOVE SHAKLEE !! 






Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015