29 Apr 2015

15 Tips untuk Menghilangkan Mual ketika Hamil

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.


15 tips untuk menghilangkan mual ketika hamil

Mual atau lebih dikenali sebagai 'Morning Sickness' sering menghantui para wanita hamil. Kebiasaanya rasa mual ini akan terjadi pada 3 bulan pertama iaitu pada Trimester I.

Rasa mual yang di alami akan berbeza-beza untuk setiap wanita hamil. Ada yang merasa terlalu mual dan ada pula yang tidak mengalami mual-mual ni sepanjang tempoh kehamilan.

Harini saya nak berkongsi beberapa tips untuk mengatasi rasa mual ketika hamil.

1. Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Jangan makan dalam kuantiti yang banyak kerana menambahkan lagi rasa mual anda. Berusaha untuk makan dengan kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit.

2. Makan makanan yang tinggi dengan karbohidrat dan protein kerana ia dapat membantu rasa mual anda. Makan banyak buah dan sayuran dan makanan yang tinggi karbohidrat seperti roti, kentang, biskut dan lain-lain.

3. Hindari makanan yang berlemak, berminyak dan pedas kerana ia semakin menambah rasa mual anda.

4. Sewaktu bangun daripada tidur, jangan tergesa-gesa untuk terus bangun. Duduk dahulu dan perlahan-lahan bangun daripada tempat tidur. Jika kerap merasa mual sewaktu bangun dari tidur, disarankan menyediakan snek berdekatan dengan katil kerana anda dapat mengurangkan rasa mual itu.

5. Minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi. Elakkan daripada minum minuman yang mengandungi yang kafein dan karbonat. Sangan disarankan untuk minum air kosong atau pun jus.

6. Makan makanan yang boleh mencegah rasa mual seperti avocado, protein, keju, susu, yoguart, mentega, kacang yang disapu di biskut dan roti, pasta dan lain-lain.

7. Legakan perut dengan makanan yang berhalia. Menghidu lemon atau minum jusnya, ia boleh membantu meneutralkan asid yang berada di perut.

8. Elakkan meminum terlalu banyak air sewaktu makan. 

9. Tidur untuk mengelakkan rasa loya dan ingin muntah.

10. Jauhkan diri daripada bau-bau yang tidak menyenangkan yang boleh mengakibatkan loya dan mual.

11. Ambil vitamin kehamilan selepas makan atau sebelum tidur.

12. Banyakkan berehat dan rileks kerana jika anda stress, ia boleh mengakibatkan mual dan rasa ingin muntah.

13. Jika anda rasa mual, cuba makan asam kerana asam boleh mengurangkan rasa mual.

14. Pakai pakaian yang boleh memberikan keselesaan kepada anda. Ini berpunca daripada perubahan hormon yang dirasai ibu hamil yang menyebabkan badan merasa panas yang boleh mencetus perut berasa mual.

15. Minta nasihat doktor untuk menggunakan pil tahan muntah jika anda memerlukannya.

Semoga entry saya kali ini dapat membantu para ibu yang hamil. 

28 Apr 2015

Kekal Cergas dan Bertenaga Ketika Hamil


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com
Rahsia ibu hamil cergas dan bertenaga

Wanita hamil seringkali di kaitkan dengan masalah keletihan, kegemukan, berat bertambah dan sebagainya. Faktor ini terjadi kerana kebanyakan wanita hamil yang menunjukkan yang mereka letih lesu tidak bermaya dengan perut membuyung ke hadapan. Sedangkan mereka boleh sahaja bergerak cergas dan bertenaga meskipun harus bekerja.

Mengandung merupakan satu proses semulajadi yang terjadi terhadap wanita yang tela mendirikan rumahtangga. Melalui pelbagai proses lahiriah, maka wanita hamil juga perlu melalui pelbagai frasa sepanjang tempoh kehamilan.

Selama sembilan bulan berikutnya semua organ dalam badan wanita hamil seperti hati, paru-paru,darah, payudara dan sistem penghadaman, kulit, buah pinggang dan uterus terutamanya akan mengalami satu perubahan besar. Perubahan ini berlaku apabila hormon progesteron bertindak balas dengan tubuh wanita hamil.

Ada wanita yang perutnya yang tidak terlalu besar walaupun sudah hamil lima bulan. Ia mungkin disebabkan oleh faktor-faktor genetik atau tulang selangka mereka memang sedia kecil.

Anda boleh minta pasangan mengambil gambar pada setiap bulan. Secara psikologinya, apabila anda melihat urutan gambar tersebut, anda akan berasa kurang letih walaupun sedang sarat mengandung. Jadi, anda akan berasa cergas dan bertenaga dengan sendirinya.

Kekal Cergas dan Bertenaga Ketika Hamil


Mari kita lihat, bagaimana Ibu hamil ni kuat gila naik flight dan panjat Candi Borrobudur. Fuhh. Dahsyat betul ni.





Menarikkan dengar kisah Puan Ainul? Walaupun hamil 7 bulan, beliau pergi ke Jogjakarta bersama teman-teman. Mereka melawat ke Candi Borobudur. Sampai je kat sana beliau terfikir sama ada beliau mampu atau tidak untuk naik sampai ke atas. 

Alhamdulillah, Puan Ainul berjaya menjadi orang pertama yang sampai ke atas Candi Borobudur tersebut. Hebat sangat.

Bagaimana Shaklee membantu ibu hamil untuk kekal cergas dan bertenaga?

Kekal Cergas dan Bertenaga Ketika Hamil

  • B-Complex
Ia membantu menbekalkan tenaga supaya wanita hamil tidak letih. Ia juga mengandungi asid folik yang baik untuk perkembangan janin. Kekurangan asid folik boleh menyebabkan kecacatan dan terencat akal.

  • Energizing Soy Protein
Kekurangan protein juga boleh menyebabkan kecacatan pada bayi dalam kandungan.

  • Ostematrix
Wanita hamil memerlukan kandungan kalsium yang mencukupi sepanjang tempoh kehamilan untuk mengelakkan sakit belakang dan menghalang osteoporosis.

Jadi tunggu apa lagi. Jom kekal cergas dan bertenaga ketika hamil. Jika berminat, boleh klik butang di bawah.



KLIK DI SINI UNTUK MEMBUAT BELIAN




Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda.Sebarang pertanyaan mengenai rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian :





Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976





" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."

5 Makanan yang Dilarang untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com


5 makanan yang dilarang untuk ibu hamil

Saat seorang isteri disahkan mengandung, betapa bersyukurnya pasangan suami isteri yang mengimpikan perkahwinan bahagia mereka di kurniakan zuriat yang soleh.

Tapi, bukan semua makanan yang ibu hamil boleh makan ye. Terdapat beberapa jenis makanan yang TIDAK BOLEH DI MAKAN oleh ibu hamil.

Antara makanan yang TIDAK BOLEH DI MAKAN oleh ibu hamil ialah:

  • Jangan makan daging, daging ayam, telur yang mentah atau separuh masak.
Makanan yang tidak masak atau separuh masak kebiasaannya mengandungi Toksoplasmosis. Ia merupakan sebuah parasit yang dapat menyebabkan infeksi serius pada janin. Ia juga mengandungi E-Coli yang bahaya untuk ibu hamil.

  • Jangan makan sayur-sayuran yang tidak dicuci dengan baik.
Sayur-sayuran yang tidak di cuci dengan baik, mengandungi Toksoplasmosis yang akan memudaratkan janin dan ibu seperti point di atas.

  • Hindari makanan laut yang tinggi dengan kandungan merkuri.
Makanan laut boleh menjadi sumber protin yang baik serta kandungan lemak Omega-3 yang kebiasaannya berada di dalam kebanyakan ikan. Omega-3 terdiri daripada AA, DHA yang bermanfaat untuk perkembangan otak bayi anda. Namun, ada beberapa ikan dan kerang yang mengandungi kadar merkuri yang berpotensi membahayakan janin. Terlalu banyak merkuri yang masuk ke dalam badan ibu hamil boleh merosakkan perkembangan sistem saraf bayi.

Semakin besar saiz ikan mahupun usianya, semakin tinggi kemungkinan kadar merkuri yang terkandung di dalamnya. The Food and Drug Administration (FDA) dan Environmental Protection Agency (EPA) menyarakan supaya wanita hamil tidak mengambil makanan laut yg tinggi merkuri seperti ikan tuna, jerung, dan ikan-ikan yang bersaiz besar.

Jadi, apa ikan apa sahaja yang boleh dimakan? Terdapat beberapa jenis makanan laut yang mengandungi kadar merkuri yang rendah. Ibu hamil yang teringin untuk memakan ikan tuna, FDA dan EPA mencadangkan jumlah pengambilannya hanya 120z (340 gram) seminggu. Selain itu, Dietary Guideline for America mencadangkan pengambilan makanan laut bagi wanita hamil adalah di antara 8 hingga 12 oz seminggu.

Namun, tidak semua yang di sarankan itu perlu di ambil kira. Ada juga kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan makanan laut dalam kuantiti yang lebih daripada yang disarankan oleh FDA dan EPA boleh memberikan kesan negatif terhadap ibu hamil dan bayi.

  • Jangan minum minuman yang mengandungi alkohol.
Ibu hamil disarankan supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi alkohol kerana ia boleh mengganggu perkembangan dan emosi bayi di dalam kandungan.

  • Jangan minum minuman yang berkafein.
Minuman berkafein seperti kopi dan teh di katakan boleh mempengaruhi berat badan bayi, penyerapan zat besi dan boleh menyebabkan keguguran.

  • Hindari makanan atau minuman yang tidak dipasteurisasi
Makanan dan minuman yang tidak dipasteurisasikan sangat tidak baik untuk kehamilan. Ia boleh menyebabkan ibu hamil terkena penyakit yang di bawa oleh makanan.


Semoga perkongsian di atas mendatangkan manfaat bersama. Tahniah kerana anda bakal menjadi seorang ibu dan ayah. 

Bahaya bedak talkum pada bayi

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

bahaya bedak talkum pada bayi

Menaburkan bedak talkum pada badan bayi sudah menjadi kebiasaan para ibu selepas memandikan si manja mereka. Bedak talkum biasanya dipakaikan kerana inginkan si manja mereka berbau harum dan melambatkan bayi berpeluh.

Walau bagaimana pun, tidak ramai yang mengetahui tentang bahaya bedak talkum yang berbau wangi ini pada bayi masing-masing.

Sebahagian besar bedak bayi mengandungi 'talc'. 

Apa itu 'Talc' / Talkum?

'Talc' adalah nama umum bagi sebatian magnesium silikat terhidrat. 'Talc' digunakan dalam makanan, alat kosmetik, dadah dan aplikasi industri. 

Sebahagian besar bedak menggunakan 'talc' sebagai bahan utamanya. 

Mengapa 'Talc' digunakan dalam barangan kosmetik dan penjagaan diri?

Talkum mempuyai pelbagai kegunaan dalam kosmetik dan penjagaan diri. Di antara kegunaan talkum adalah sebagai penyerap, agen anti keras dan untuk memperbaiki sentuhan sesuatu produk. Ia juga digunakan sebagai bahan tambah dalam pewarna dan bahan lengai.

Badan Pentadbiran Dadah dan Makanan Amerika Syarikat (Food and Drugs Administration) atau FDA , telah meluluskan penggunaan talkum dalam produk dadah tropical.

Apabila seseorang ( apatah lagi bayi ) kerap menghidu atau menghirup bedak yang mengandungi 'talc' , berkemungkinan akan di serang radang paru-paru, pnuemonia dan yang paling teruk lagi, ia boleh mengundang kematian.

Masih tiada bukti yang menunjukkan bahawa 'talc' menjadi penyebab kepada radang paru-paru.

Berdasarkan laporan-laporan negatif itu, American Academy of Pediatrics melarang penggunaan bedak yang mengandungi 'talc'. Apatah lagi, baru-baru ini, terdapat laporan yang menyatakan jika kita kerap menaburkan bedak talkum di kemaluan bayi boleh menyebabkan kanser ovari.

Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan penggunaan bedak talkum, iaitu :

  • Pilih bedak yang bebas talc.
Semak dengan teliti bahan yang digunakan yang kebiasaannya terletak di belakang botol bedak talkum tersebut. Pilih bedak yang mengandungi 'cornstarch' lebih di galakkan.

  • Meminimakan penggunaan bedak yang boleh disedut oleh bayi
Biasakan supaya tidak meletakkan bedak talkum terus ke atas badan bayi. Tuangkan dahulu di telapak tangan ibu dan seeloknya jauh daripada muka bayi anda, selepas itu baru lah di sapu ke badan bayi atau mana-mana anggota yang di ingini selepas debu-debu bedak itu berkurangan.

  • Hindari kawasan kemaluan
Walaupun masih tiada bukti yang sahih bahawa penggunaan bedak talkum boleh menjadi penyebab kanser ovari, adalah lebih baik supaya tidak menaburkan bedak pada kemaluan bayi. Lebihan debu bedak talkum yang melekat di kelengkang bayi boleh menyebabkan iritasi.

  • Letakkan bedak talkum jauh daripada jangkauan anak-anak
Kebiasaannya, orang dewasa gemar memberikan botol bedak talkum dengan harapan bayi itu tidak akan meragam kerana ralit dengan apa yang mereka pegang. Tetapi, macam mana jika bedak itu tertumpah ke muka bayi tersebut? Maka, tabiat ini tidak patut di teruskan lagi.


Semoga entry ini bermanfaat buat ibu bapa di luar sana. 


27 Apr 2015

Boleh ke Ibu Menyusu Minum Kopi??

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com

boleh ke ibu menyusu minum kopi
Menyusukan anak merupakan momen paling indah dalam hidup setiap ibu. Pasti semua ibu-ibu di seluruh dunia mahu kan yang terbaik untuk anaknya kan?

Pelbagai makanan boleh di ambil ketika menyusukan anak. Tetapi, ada sesetengah makanan atau minuman yang dimakan atau diminum boleh memudaratkan kesihatan dan perkembangan bayi anda.

Entry saya pada kali ini akan menerangkan sama ada kopi boleh di minum oleh ibu menyusu atau tidak.

Ibu-ibu boleh minum kopi mahupun minuman berkafein yang lain.Bayi yang berusia enam bulan ke bawah biasanya lebih sensitif terhadap pengambilan kafein yang di ambil oleh ibunya. Apabila si ibu mengambil minuman yang berkafein, ia akan mengalir dalam salur darah dan seterusnya akan meresap ke dalam susu badan.

Jika si ibu mengambil minuman berkafein dalam kuantiti yang banyak seperti 4 cawan sehari, ia akan memberi kesan terhadap bayi anda. Tubuh kecil bayi anda tidak begitu efisien untuk mengeluarkan kandungan kafein di dalam badan mereka.Jadi, kafein yang terkumpul di dalam badan bayi anda boleh membuatkan mereka berasa tidak selesa.

Oleh itu, si ibu dinasihatkan supaya mengurangkan dosage pengambilan minuman berkafein seperti kopi jika masih mahu meminumnya.

1 cawan kopi sehari atau sebarang minuman berkafein sehari tidak memberikan kesan yang teruk kepada bayi anda. Jadi, ibu-ibu kena control sikit la ye keinginan minum kopi secara berlebihan. 

Tips istimewa untuk mengurangkan pengambilan kopi atau minuman berkafein yang lain adalah dengan cara minum 8 gelas air kosong sehari.

Boleh ke Ibu Menyusu Minum Kopi??

Adakah Kopi boleh mengurangkan susu badan??

Sebenarnya masih tiada bukti yang menunjukkan bahawa pengambilan kopi atau minuman berkafein lain boleh menyebabkan susu badan berkurangan. Teori yang sangat pasti ialah bayi akan meragam kerana tidak selesa kerana kafein yang terkandung di dalam susu ibu. Jadi, apabila perkara itu terjadi, bayi anda akan jadi kurang menyusu.

Apabila bayi kurang menyusu, penghasilan susu ibu turut terjejas kerana bayi jarang menyusu.

Jika ibu-ibu terlalu penat sekalipun, kalau boleh elakkan pengambilan kopi mahupun minuman berkafein untuk menghilangkan kepenatan ibu-ibu ye.Kalau boleh, ibu-ibu boleh mencuba untuk menangani kepenatan itu dengan cara yang sihat dan semulajadi.

Dalam pada itu, pastikan ibu-ibu minum air kosong dalam kuantiti yang disarankan iaitu 8 hingga 12 gelas sehari. Ambil makanan yang berkarbohidrat dan protein bersama-sama untuk mengekalkan tenaga dan mengurangkan kepenatan. Seimbangkan pengambilan protein kerana kekurangan protein menjadi faktor anda berasa letih atau penat.

Semoga entry saya kali ini memberi manfaat kepada semua. 



26 Apr 2015

Petua Mudah! 10 Cara Menghilangkan Ruam Lampin Bayi

Cara Hilangkan Ruam Lampin Bayi

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Buat pembaca Riznina.com.

Ramai orang pasti akan teruja jika mendengar tentang kelahiran kan? Kenapa ye? Sebab nak rasa betapa gebu dan mulusnya kulit bayi jika nak dibandingkan dengan kulit kita. Oleh kerana itu, kulit bayi lebih sensitif berbanding kulit orang dewasa. 

Kerengsaan ni biasanya terjadi pada bayi dalam lingkungan antara 9 hingga 12 bulan. Kerengsaan itu menjadikan bayi kurang selesa dan rasa terganggu untuk meneruskan rutin harian mereka. Sesetengah bayi jika dibiarkan dalam keadaan yang basah dalam tempoh yang lama, kulit merekan akan menjadi kemerah-merahan dan tidak selesa. Keadaan ini yang dikenali sebagai ruam lampin.

Petua Mudah! 10 Cara Menghilangkan Ruam Lampin Bayi
Kita pun tengok ngeri dan terasa kesakitan yang di alami oleh si comel.

Apa itu Ruam Lampin??

Ruam lampin merupakan sejenis ruam yang berwarna kemerah-merahan dan merengsakan. Selalunya ia akan terjadi di sekitar kawasan yang bertutup dengan lampin seperti bahagian kemaluan, punggung, kelangkang, dan peha.

Apa yang menyebabkan ruam lampin???

Ruam lampin boleh terjadi jika:
  1. Kulit bayi terdedah pada air kencing atau najis dalam tempoh yang lama. Ammonia yang dihasilkan oleh air kencing boleh memusnakan lapisan yang melindungi kulit.
  2. Alahan terhadap lampin pakai buang.
  3. Menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia seperti sabun basuh yang digunakan untuk mencuci lampin. 
Macam mana nak tau yang anak terkena ruam lampin??

Beberapa gejala yang boleh di lihat dengan menggunakan mata kasar ialah :
  1. Kulit kelihatan kemerah-merahan dan sedikit kasar di kawasan yang terkena ruam lampin.
  2. Jika kawasan dijangkiti kuman, ia akan berwarna merah garang,diselaputi ruam yang berkilat dan bertompok-tompok.
Petua Mudah! 10 Cara Menghilangkan Ruam Lampin Bayi
Seronoknya bila tengok si comel tersenyum gembira!

Jadi, Bagaimana Cara Hilangkan Ruam Lampin Bayi??

Petua atau tips yang boleh digunakan untuk menjaga bayi yang terkena ruam lampin ialah:

1. Pastikan bayi dalam keadaan kering

Dedahkan bahagian yang terkena ruam lampin supaya bahagian tersebut terdedah kepada udara dengan menanggalkan lampin dari bayi.

2. Cuci dengan air

Basuh punggung bayi pada setiap kali anda ingin menukar lampin bayi. Ia bertujuan membersihkan sisa air kencing atau najis dengan air suam.

3. Tukar lampin dengan kerap.

Tukar segera lampin jika anda mendapati lampin telah basah atau kotor.

4. Kurangkan penggunaan sabun.

Kurangkan penggunaan sabun kepada 1-2 kali seminggu sudah mencukupi.

5. Guna Ubat yang disarankan oleh doktor.

Sapu krim pelindung setiap kali anda menukar lampin bayi anda.

6. Elakkan bedak talkum.

Jangan menggunakan bedak talkum / bedak bayi. Kerana bedak talkum bahaya terhadap paru-paru dan ia juga boleh mengganggu pernafasan bayi. Bedak yang berasaskan 'Cornstarch' boleh digunakan jika anda inginkan.

7. Minta probiotik atas saranan doktor.

Probiotik menggalakkan pertumbuhan bakteria sihat di dalam usus. Ia boleh mengurangkan peluang anak anda mendapat ruam.

8. Longgarkan lampin.

Pastikan lampin tidak terlalu ketat. Gunakan pelapik lampin yang lembut kerana kulit si comel anda terlalu sensitif.

9. Breastfeeding.

Hah? Apa pulak kaitan 'breastfeeding' dengan ruam lampin ni? Jangan salah faham ye mommy-mommy semua. Penyusuan susu ibu boleh meningkatkan ketahanan tubuh si comel anda terhadap jangkitan seperti yang diketahui umum. 

10. Jangan basuh 'Cloth Diaper' dengan sabun pencuci.

Point ke 10 ni khas untuk pengguna cloth diaper sahaja. Elakkan menggunakan sabun yang berbau wangi atau pelembut. Ini kerana, sabun-sabun ini mempunyai kandungan bahan kimia yang boleh menyebabkan kulit bayi menjadi lebih sensitif. Basuh sahaja dengan air panas dan bilas banyak kali. Pastikan setiap kali cucian, anda mencuci cloth diaper dengan teliti.

Perkara yang perlu dielakkan supaya tak terjadi ruam lampin??

  1. Jangan biarkan bayi dalam keadaan yang basah atau kotor dalam jangkamasa yang terlalu lama.
  2. Jangan gunakan krim yang tidak mendapat nasihat daripada doktor mahupun farmacist.
Semoga bermanfaat untuk semua!

25 Apr 2015

Cara Merawat Gastrik supaya Tidak Bergulig-guling Kesakitan

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.



Cara Merawat Gastrik supaya Tidak Bergulig-guling Kesakitan

Perut anda terasa sakit yang teramat? Dah makan tapi rasa macam perut kosong je? 

Itu tandanya perut anda TIDAK sihat dan sedang diserang gastrik. Oh Nooooo!!!







Apa itu Gastrik??

Gastrik atau istilah perubatannya iaitu gastritis terjadi apabila dinding permukaan di dalam perut terhakis akibat asid gastric iaitu asid yang dirembeskan untuk proses pencernaan makanan.

Hakisan pada dinding permukaan perut ini terjadi bukan dalam jangka masa sehari, mungkin berbulan-bulan atau bertahun-tahun sebelum seseorang itu mengalami simptom atau tanda-tanda penyakit gastrik ini.

Antara tanda-tanda gastrik atau gastritis ialah :

  • Sakit ulu hati
  • Muntah-muntah
  • Rasa perut kembung
Apakah punca penyakit Gastrik atau Gastritis??
  • Tidak menjaga waktu makan atau skip salah satu waktu makan
  • Pengambilan ubat tahan sakit seperti ponstan dalam jangka masa yang panjang
  • Tekanan atau stress
  • Merokok
  • Jangkitan bakteria Helicobacter pylori (H.pylori)
Jangan pandang remeh ye tentang penyakit gastrik ini walaupun ianya baru di peringkat permulaan ye.


Sekiranya gastrik itu dibiarkan tanpa rawatan, pesakit gastrik boleh menghidap gastrik kronik dan menyebabkan berlakunya pendarahan di dalam perut. Jika terdapat luka apabila pemeriksaan OGDS dijalankan, sampel tisu akan diambil untuk menentukan sama ada ianya berisiko menjadi kanser atau tidak.

Cara merawat gastrik atau gastritis:

  • Amalkan memakan makanan yang sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengahari dan makan malam). Jika dalam bulan puasa, pesakit kena bangun sahur atau melambatkan sahur.
  • Makan sedikit dalam satu masa tapi diambil dalam waktu yang kerap.
  • Hentikan pengambilan ubat tahan sakit 
  • Kurangkan makanan berempah, pedas dan masam.
  • Berhenti merokok dan minuman beralkohol
  • Minum susu
  • Kurangkan pengambilan minuman berkafein dan bergas.
Apa yang Shaklee boleh bantu untuk merawat gastrik atau gastritis??

Cara Merawat Gastrik supaya Tidak Bergulig-guling Kesakitan

  • Alfalfa Complex
Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut. Ianya memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

  • Omega Guard
Meningkatkan sistem imunisasi untuk melindungi tubuh daripada sebarang penyakit dan bakteria jahat.

  • Peppermint-Ginger Plus
Mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam, jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut.

  • Zinc Complex
Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran.

Jadi tunggu apa lagi, order segera. Jangan biarkan gastrik menghantui kehidupan anda.


KLIK DI SINI UNTUK MEMBUAT BELIAN





Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda.Sebarang pertanyaan mengenai rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian :





Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976





" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."



21 Apr 2015

Ubat Darah Tinggi yang Selamat dan Semulajadi

Cara Kawal Darah Tinggi
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Apa khabar semua? Sihat ke tidak? Atau tengah susah hati sebab baru balik dari klinik dan disahkan ada darah tinggi? Atau darah tinggi mak ayah kita makin menjadi-jadi? Jangan panik, insyaAllah entry saya kali ini akan membantu anda.

Jangan ambil mudah ye, kerana darah tinggi merupakan 'Pembunuh Senyap' yang tidak memberikan sebarang tanda, simptom atau gejala.

Apa itu Tekanan Darah ?

Tekanan darah merupakan proses dimana darah dipam melalui arteri. Daya tenaga yang akan terhasil pada dinding dalam salur darah apabila proses mengepam. Jumlah darah yang dipam oleh jantung dan daya tahan pada arteri menentukan tekanan darah kita.

Tekanan darah diukur dengan dua bacaan. Contoh tekanan darah yang Normal seperti 120/80. Angka di atas mengukur tekanan yang berlaku apabila jantung mengepam darah keluar.Manakala, angka yang di bawah pula mengukur tekanan apabila jantung berehat.


Ubat Darah Tinggi yang Selamat dan Semulajadi

Apa itu Tekanan Darah Tinggi??

Tekanan dara tinggi berlaku apabila saluran  darah @ arteri menjadi sempit dek kerana kolesterol dan lemak yang berkumpul dan menyebabkkan jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat kerana salur darah sempit. Darah yang menekan lebih kuat ke dinding salur darah akan sampai ke tisu badan.

Mendapan lemak dan kolesterol yang terkumpul pada dinding arteri, lama kelaman menyebabkan arteri menjadi keras. Jadi, jantung terpaksa bekerja lebih keras untuk menolak darah supaya masuk ke dalam arteri yang keras dan sempit tu. 

Oleh yang demikian, tekanan darah akan menjadi lebih tinggi berbanding tekanan darah normal. Bacaan normal untuk bahagian atas 120mm Hg, apabila arteri mengeras dan semakin sempit, tekanan nya menjadi 140mm Hg ke atas. Manakala, tekanan bawah yang normal adalah 80m m Hg menjadi 90mm Hg walaupun dalam keadaan rehat. 

Akibat tekanan untuk darah dipam terlalu tinggi, kemungkinan darah beku berlaku di antara arteri yang sempit juga boleh berlaku. Ia juga boleh menyebabkan seseorang itu terkena serangan jantung atau angin ahmar.Bahaya nyaa!!!

Anda Wajib tengok video di bawah untuk tahu, macam mana cara yang diamalkan oleh Encik S(bukan nama sebenar) ubati penyakit darah tinggi beliau.






Mudahkan? Setiap penyakit pasti ada ubatnya. 

Bagaimana Shaklee membantu menurunkan tekanan darah tinggi??

Supplemen Shaklee ni memang boleh membantu. Mak saya juga mengamalkannya dan mendapat kesan positif. Alhamdulillah !


Ubat Darah Tinggi yang Selamat dan Semulajadi


  • Phytocol ST
Membantu menyekat lemak-lemak dari masuk saluran darah.

  • Omega Guard
Membantu merendahkan paras kolesterol tidak baik & meningkatkan fungsi jantung & mengangkut lemak-lemak dalam darah keluar.



  • CoQ Health
Membantu menguatkan otot jantung & mengurangkan masalah saluran darah tersumbat

  • B-Complex
Membantu menukarkan lemak kepada tenaga dan melawan tekanan

  • Garlic Complex
Mengandungi spearmint yang membantu meningkatkan fungsi jantung

 Jadi, tunggu apa lagi. Place your order now!!

Boleh membeli secara online dengan menekan butang di bawah dan boleh juga hubungi saya. !


KLIK DI SINI UNTUK MEMBUAT BELIAN





Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda.Sebarang pertanyaan mengenai rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian :





Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976





" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."




Cara Menghilangkan Senggugut Teruk dengan Cepat

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Penyakit senggugut dan wanita memang tak dapat dipisahkan. 50% daripada wanita yang telah mengalami haid atau 'datang bulan' mengalami masalah senggugut atau dalam Bahasa Inggerisnya dipanggil 'period pain' atau 'menstrual cramps'.

Senggugut ni sebenarnya sakit perut yang di alami oleh kaum hawa ketika datang haid. Ada yang senggugut sampai berguling-guling sebab sakitnya macam nak patah pinggang. (sakit wooo!!)


Cara Menghilangkan Senggugut Teruk dengan Cepat
Adehhh. Sakitnya!!!!!


Biasanya wanita yang mengalami senggugut ni akan buat cara yang paling basic la kan untuk kurangkan rasa sakit tu. Antara cara-cara yang selalu digunakan :

  • Tuam perut dengan sterika panas (dilapik dengan kain)
  • Minum susu panas
  • Sapu minyak angin pada bahagian yang sakit
  • Makan beberapa biji panadol
  • Makan makanan yang berkuah dan panas
  • Mandi dengan air panas
Bagaimana Senggugut boleh Terjadi??????

Senggugut ni terjadi bila telur yang dibebaskan oleh ovari tidak bersenyawa dengan sperma. Jadi, telur akan dibuang daripada rahim. Macam yang kebanyakan kita tau, bila datang haid, dinding rahim yang tadinya tebal sebab nak buat persediaan untuk hamil. Tapi, disebabkan ada telur yang disenyawakan oleh sperma, maka telur tersebut dibuang dan tidak melekat di dinding rahim.

Semasa proses buang telur daripada rahim ni lah,rahim akan mengecut dan salur darah disekitar rahim akan mengecut untu membuang telur tersebut. Dalam proses pengecutan ni yang ramai kaum hawa yang akan mengalami senggugut ni.

Cara Menghilangkan Senggugut Teruk dengan Cepat

Saya yakin, ramai sebenarnya yang tercari-cari cara lain yang lebih cepat, mudah, selamat dan semulajadi untuk menghilangkan senggugut ni. Mana taknya, setiap bulan tau kita menghadapi masalah ni. Takkan nak duduk saje-saje pastu bila sampai waktu nak kena senggugut tu baru lah nak cari-cari jalan penyelesaiannya kan? 

Jom kita tengok, macam mana Puan Maria Awi menangani masalah senggugut beliau.






Set Bye-bye Senggugut Shaklee



Cara Menghilangkan Senggugut Teruk dengan Cepat

Shaklee menyediakan produk yang bermutu tinggi, selamat, semulajadi untuk anda. Set Bye-Bye Senggugut terdiri daripada GLA Complex dan Ostematrix. Ramai wanita yang jatuh cinta selepas menggunakan produk ni kerana ia memberi kesan positif.

GLA COMPLEX

GLA complex mengandungi Linoleic Acid yang berfungsi untuk mengurangkan rasa sakit ketika datang haid. Wanita yang mengalami senggugut ni biasanya mengalami kekurangan Linoleic acid dalam tubuh mereka.

Ostematrix

Ostematrix membekalkan kalsium untuk membantu pengecutan rahim supaya anda tidak mengalami sakit senggugut lagi. Kekurangan kalsium boleh membuatkan anda berasa sakit ketika proses pengecutan rahim.

Jika anda ingin membuat belian secara online, anda boleh klik butang di bawah untuk membeli.



Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda.Sebarang pertanyaan mengenai rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian :





Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976





" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."



Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015