29 Apr 2015

15 Tips untuk Menghilangkan Mual ketika Hamil

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.


15 tips untuk menghilangkan mual ketika hamil

Mual atau lebih dikenali sebagai 'Morning Sickness' sering menghantui para wanita hamil. Kebiasaanya rasa mual ini akan terjadi pada 3 bulan pertama iaitu pada Trimester I.

Rasa mual yang di alami akan berbeza-beza untuk setiap wanita hamil. Ada yang merasa terlalu mual dan ada pula yang tidak mengalami mual-mual ni sepanjang tempoh kehamilan.

Harini saya nak berkongsi beberapa tips untuk mengatasi rasa mual ketika hamil.

1. Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Jangan makan dalam kuantiti yang banyak kerana menambahkan lagi rasa mual anda. Berusaha untuk makan dengan kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit.

2. Makan makanan yang tinggi dengan karbohidrat dan protein kerana ia dapat membantu rasa mual anda. Makan banyak buah dan sayuran dan makanan yang tinggi karbohidrat seperti roti, kentang, biskut dan lain-lain.

3. Hindari makanan yang berlemak, berminyak dan pedas kerana ia semakin menambah rasa mual anda.

4. Sewaktu bangun daripada tidur, jangan tergesa-gesa untuk terus bangun. Duduk dahulu dan perlahan-lahan bangun daripada tempat tidur. Jika kerap merasa mual sewaktu bangun dari tidur, disarankan menyediakan snek berdekatan dengan katil kerana anda dapat mengurangkan rasa mual itu.

5. Minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi. Elakkan daripada minum minuman yang mengandungi yang kafein dan karbonat. Sangan disarankan untuk minum air kosong atau pun jus.

6. Makan makanan yang boleh mencegah rasa mual seperti avocado, protein, keju, susu, yoguart, mentega, kacang yang disapu di biskut dan roti, pasta dan lain-lain.

7. Legakan perut dengan makanan yang berhalia. Menghidu lemon atau minum jusnya, ia boleh membantu meneutralkan asid yang berada di perut.

8. Elakkan meminum terlalu banyak air sewaktu makan. 

9. Tidur untuk mengelakkan rasa loya dan ingin muntah.

10. Jauhkan diri daripada bau-bau yang tidak menyenangkan yang boleh mengakibatkan loya dan mual.

11. Ambil vitamin kehamilan selepas makan atau sebelum tidur.

12. Banyakkan berehat dan rileks kerana jika anda stress, ia boleh mengakibatkan mual dan rasa ingin muntah.

13. Jika anda rasa mual, cuba makan asam kerana asam boleh mengurangkan rasa mual.

14. Pakai pakaian yang boleh memberikan keselesaan kepada anda. Ini berpunca daripada perubahan hormon yang dirasai ibu hamil yang menyebabkan badan merasa panas yang boleh mencetus perut berasa mual.

15. Minta nasihat doktor untuk menggunakan pil tahan muntah jika anda memerlukannya.

Semoga entry saya kali ini dapat membantu para ibu yang hamil. 
Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015