28 Apr 2015

5 Makanan yang Dilarang untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com


5 makanan yang dilarang untuk ibu hamil

Saat seorang isteri disahkan mengandung, betapa bersyukurnya pasangan suami isteri yang mengimpikan perkahwinan bahagia mereka di kurniakan zuriat yang soleh.

Tapi, bukan semua makanan yang ibu hamil boleh makan ye. Terdapat beberapa jenis makanan yang TIDAK BOLEH DI MAKAN oleh ibu hamil.

Antara makanan yang TIDAK BOLEH DI MAKAN oleh ibu hamil ialah:

  • Jangan makan daging, daging ayam, telur yang mentah atau separuh masak.
Makanan yang tidak masak atau separuh masak kebiasaannya mengandungi Toksoplasmosis. Ia merupakan sebuah parasit yang dapat menyebabkan infeksi serius pada janin. Ia juga mengandungi E-Coli yang bahaya untuk ibu hamil.

  • Jangan makan sayur-sayuran yang tidak dicuci dengan baik.
Sayur-sayuran yang tidak di cuci dengan baik, mengandungi Toksoplasmosis yang akan memudaratkan janin dan ibu seperti point di atas.

  • Hindari makanan laut yang tinggi dengan kandungan merkuri.
Makanan laut boleh menjadi sumber protin yang baik serta kandungan lemak Omega-3 yang kebiasaannya berada di dalam kebanyakan ikan. Omega-3 terdiri daripada AA, DHA yang bermanfaat untuk perkembangan otak bayi anda. Namun, ada beberapa ikan dan kerang yang mengandungi kadar merkuri yang berpotensi membahayakan janin. Terlalu banyak merkuri yang masuk ke dalam badan ibu hamil boleh merosakkan perkembangan sistem saraf bayi.

Semakin besar saiz ikan mahupun usianya, semakin tinggi kemungkinan kadar merkuri yang terkandung di dalamnya. The Food and Drug Administration (FDA) dan Environmental Protection Agency (EPA) menyarakan supaya wanita hamil tidak mengambil makanan laut yg tinggi merkuri seperti ikan tuna, jerung, dan ikan-ikan yang bersaiz besar.

Jadi, apa ikan apa sahaja yang boleh dimakan? Terdapat beberapa jenis makanan laut yang mengandungi kadar merkuri yang rendah. Ibu hamil yang teringin untuk memakan ikan tuna, FDA dan EPA mencadangkan jumlah pengambilannya hanya 120z (340 gram) seminggu. Selain itu, Dietary Guideline for America mencadangkan pengambilan makanan laut bagi wanita hamil adalah di antara 8 hingga 12 oz seminggu.

Namun, tidak semua yang di sarankan itu perlu di ambil kira. Ada juga kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan makanan laut dalam kuantiti yang lebih daripada yang disarankan oleh FDA dan EPA boleh memberikan kesan negatif terhadap ibu hamil dan bayi.

  • Jangan minum minuman yang mengandungi alkohol.
Ibu hamil disarankan supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi alkohol kerana ia boleh mengganggu perkembangan dan emosi bayi di dalam kandungan.

  • Jangan minum minuman yang berkafein.
Minuman berkafein seperti kopi dan teh di katakan boleh mempengaruhi berat badan bayi, penyerapan zat besi dan boleh menyebabkan keguguran.

  • Hindari makanan atau minuman yang tidak dipasteurisasi
Makanan dan minuman yang tidak dipasteurisasikan sangat tidak baik untuk kehamilan. Ia boleh menyebabkan ibu hamil terkena penyakit yang di bawa oleh makanan.


Semoga perkongsian di atas mendatangkan manfaat bersama. Tahniah kerana anda bakal menjadi seorang ibu dan ayah. 
Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015