28 Apr 2015

Bahaya bedak talkum pada bayi

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

bahaya bedak talkum pada bayi

Menaburkan bedak talkum pada badan bayi sudah menjadi kebiasaan para ibu selepas memandikan si manja mereka. Bedak talkum biasanya dipakaikan kerana inginkan si manja mereka berbau harum dan melambatkan bayi berpeluh.

Walau bagaimana pun, tidak ramai yang mengetahui tentang bahaya bedak talkum yang berbau wangi ini pada bayi masing-masing.

Sebahagian besar bedak bayi mengandungi 'talc'. 

Apa itu 'Talc' / Talkum?

'Talc' adalah nama umum bagi sebatian magnesium silikat terhidrat. 'Talc' digunakan dalam makanan, alat kosmetik, dadah dan aplikasi industri. 

Sebahagian besar bedak menggunakan 'talc' sebagai bahan utamanya. 

Mengapa 'Talc' digunakan dalam barangan kosmetik dan penjagaan diri?

Talkum mempuyai pelbagai kegunaan dalam kosmetik dan penjagaan diri. Di antara kegunaan talkum adalah sebagai penyerap, agen anti keras dan untuk memperbaiki sentuhan sesuatu produk. Ia juga digunakan sebagai bahan tambah dalam pewarna dan bahan lengai.

Badan Pentadbiran Dadah dan Makanan Amerika Syarikat (Food and Drugs Administration) atau FDA , telah meluluskan penggunaan talkum dalam produk dadah tropical.

Apabila seseorang ( apatah lagi bayi ) kerap menghidu atau menghirup bedak yang mengandungi 'talc' , berkemungkinan akan di serang radang paru-paru, pnuemonia dan yang paling teruk lagi, ia boleh mengundang kematian.

Masih tiada bukti yang menunjukkan bahawa 'talc' menjadi penyebab kepada radang paru-paru.

Berdasarkan laporan-laporan negatif itu, American Academy of Pediatrics melarang penggunaan bedak yang mengandungi 'talc'. Apatah lagi, baru-baru ini, terdapat laporan yang menyatakan jika kita kerap menaburkan bedak talkum di kemaluan bayi boleh menyebabkan kanser ovari.

Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan penggunaan bedak talkum, iaitu :

  • Pilih bedak yang bebas talc.
Semak dengan teliti bahan yang digunakan yang kebiasaannya terletak di belakang botol bedak talkum tersebut. Pilih bedak yang mengandungi 'cornstarch' lebih di galakkan.

  • Meminimakan penggunaan bedak yang boleh disedut oleh bayi
Biasakan supaya tidak meletakkan bedak talkum terus ke atas badan bayi. Tuangkan dahulu di telapak tangan ibu dan seeloknya jauh daripada muka bayi anda, selepas itu baru lah di sapu ke badan bayi atau mana-mana anggota yang di ingini selepas debu-debu bedak itu berkurangan.

  • Hindari kawasan kemaluan
Walaupun masih tiada bukti yang sahih bahawa penggunaan bedak talkum boleh menjadi penyebab kanser ovari, adalah lebih baik supaya tidak menaburkan bedak pada kemaluan bayi. Lebihan debu bedak talkum yang melekat di kelengkang bayi boleh menyebabkan iritasi.

  • Letakkan bedak talkum jauh daripada jangkauan anak-anak
Kebiasaannya, orang dewasa gemar memberikan botol bedak talkum dengan harapan bayi itu tidak akan meragam kerana ralit dengan apa yang mereka pegang. Tetapi, macam mana jika bedak itu tertumpah ke muka bayi tersebut? Maka, tabiat ini tidak patut di teruskan lagi.


Semoga entry ini bermanfaat buat ibu bapa di luar sana. 


Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015