27 Apr 2015

Boleh ke Ibu Menyusu Minum Kopi??

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com

boleh ke ibu menyusu minum kopi
Menyusukan anak merupakan momen paling indah dalam hidup setiap ibu. Pasti semua ibu-ibu di seluruh dunia mahu kan yang terbaik untuk anaknya kan?

Pelbagai makanan boleh di ambil ketika menyusukan anak. Tetapi, ada sesetengah makanan atau minuman yang dimakan atau diminum boleh memudaratkan kesihatan dan perkembangan bayi anda.

Entry saya pada kali ini akan menerangkan sama ada kopi boleh di minum oleh ibu menyusu atau tidak.

Ibu-ibu boleh minum kopi mahupun minuman berkafein yang lain.Bayi yang berusia enam bulan ke bawah biasanya lebih sensitif terhadap pengambilan kafein yang di ambil oleh ibunya. Apabila si ibu mengambil minuman yang berkafein, ia akan mengalir dalam salur darah dan seterusnya akan meresap ke dalam susu badan.

Jika si ibu mengambil minuman berkafein dalam kuantiti yang banyak seperti 4 cawan sehari, ia akan memberi kesan terhadap bayi anda. Tubuh kecil bayi anda tidak begitu efisien untuk mengeluarkan kandungan kafein di dalam badan mereka.Jadi, kafein yang terkumpul di dalam badan bayi anda boleh membuatkan mereka berasa tidak selesa.

Oleh itu, si ibu dinasihatkan supaya mengurangkan dosage pengambilan minuman berkafein seperti kopi jika masih mahu meminumnya.

1 cawan kopi sehari atau sebarang minuman berkafein sehari tidak memberikan kesan yang teruk kepada bayi anda. Jadi, ibu-ibu kena control sikit la ye keinginan minum kopi secara berlebihan. 

Tips istimewa untuk mengurangkan pengambilan kopi atau minuman berkafein yang lain adalah dengan cara minum 8 gelas air kosong sehari.

Boleh ke Ibu Menyusu Minum Kopi??

Adakah Kopi boleh mengurangkan susu badan??

Sebenarnya masih tiada bukti yang menunjukkan bahawa pengambilan kopi atau minuman berkafein lain boleh menyebabkan susu badan berkurangan. Teori yang sangat pasti ialah bayi akan meragam kerana tidak selesa kerana kafein yang terkandung di dalam susu ibu. Jadi, apabila perkara itu terjadi, bayi anda akan jadi kurang menyusu.

Apabila bayi kurang menyusu, penghasilan susu ibu turut terjejas kerana bayi jarang menyusu.

Jika ibu-ibu terlalu penat sekalipun, kalau boleh elakkan pengambilan kopi mahupun minuman berkafein untuk menghilangkan kepenatan ibu-ibu ye.Kalau boleh, ibu-ibu boleh mencuba untuk menangani kepenatan itu dengan cara yang sihat dan semulajadi.

Dalam pada itu, pastikan ibu-ibu minum air kosong dalam kuantiti yang disarankan iaitu 8 hingga 12 gelas sehari. Ambil makanan yang berkarbohidrat dan protein bersama-sama untuk mengekalkan tenaga dan mengurangkan kepenatan. Seimbangkan pengambilan protein kerana kekurangan protein menjadi faktor anda berasa letih atau penat.

Semoga entry saya kali ini memberi manfaat kepada semua. 



Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015