26 Apr 2015

Petua Mudah! 10 Cara Menghilangkan Ruam Lampin Bayi

Cara Hilangkan Ruam Lampin Bayi

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Buat pembaca Riznina.com.

Ramai orang pasti akan teruja jika mendengar tentang kelahiran kan? Kenapa ye? Sebab nak rasa betapa gebu dan mulusnya kulit bayi jika nak dibandingkan dengan kulit kita. Oleh kerana itu, kulit bayi lebih sensitif berbanding kulit orang dewasa. 

Kerengsaan ni biasanya terjadi pada bayi dalam lingkungan antara 9 hingga 12 bulan. Kerengsaan itu menjadikan bayi kurang selesa dan rasa terganggu untuk meneruskan rutin harian mereka. Sesetengah bayi jika dibiarkan dalam keadaan yang basah dalam tempoh yang lama, kulit merekan akan menjadi kemerah-merahan dan tidak selesa. Keadaan ini yang dikenali sebagai ruam lampin.

Petua Mudah! 10 Cara Menghilangkan Ruam Lampin Bayi
Kita pun tengok ngeri dan terasa kesakitan yang di alami oleh si comel.

Apa itu Ruam Lampin??

Ruam lampin merupakan sejenis ruam yang berwarna kemerah-merahan dan merengsakan. Selalunya ia akan terjadi di sekitar kawasan yang bertutup dengan lampin seperti bahagian kemaluan, punggung, kelangkang, dan peha.

Apa yang menyebabkan ruam lampin???

Ruam lampin boleh terjadi jika:
  1. Kulit bayi terdedah pada air kencing atau najis dalam tempoh yang lama. Ammonia yang dihasilkan oleh air kencing boleh memusnakan lapisan yang melindungi kulit.
  2. Alahan terhadap lampin pakai buang.
  3. Menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia seperti sabun basuh yang digunakan untuk mencuci lampin. 
Macam mana nak tau yang anak terkena ruam lampin??

Beberapa gejala yang boleh di lihat dengan menggunakan mata kasar ialah :
  1. Kulit kelihatan kemerah-merahan dan sedikit kasar di kawasan yang terkena ruam lampin.
  2. Jika kawasan dijangkiti kuman, ia akan berwarna merah garang,diselaputi ruam yang berkilat dan bertompok-tompok.
Petua Mudah! 10 Cara Menghilangkan Ruam Lampin Bayi
Seronoknya bila tengok si comel tersenyum gembira!

Jadi, Bagaimana Cara Hilangkan Ruam Lampin Bayi??

Petua atau tips yang boleh digunakan untuk menjaga bayi yang terkena ruam lampin ialah:

1. Pastikan bayi dalam keadaan kering

Dedahkan bahagian yang terkena ruam lampin supaya bahagian tersebut terdedah kepada udara dengan menanggalkan lampin dari bayi.

2. Cuci dengan air

Basuh punggung bayi pada setiap kali anda ingin menukar lampin bayi. Ia bertujuan membersihkan sisa air kencing atau najis dengan air suam.

3. Tukar lampin dengan kerap.

Tukar segera lampin jika anda mendapati lampin telah basah atau kotor.

4. Kurangkan penggunaan sabun.

Kurangkan penggunaan sabun kepada 1-2 kali seminggu sudah mencukupi.

5. Guna Ubat yang disarankan oleh doktor.

Sapu krim pelindung setiap kali anda menukar lampin bayi anda.

6. Elakkan bedak talkum.

Jangan menggunakan bedak talkum / bedak bayi. Kerana bedak talkum bahaya terhadap paru-paru dan ia juga boleh mengganggu pernafasan bayi. Bedak yang berasaskan 'Cornstarch' boleh digunakan jika anda inginkan.

7. Minta probiotik atas saranan doktor.

Probiotik menggalakkan pertumbuhan bakteria sihat di dalam usus. Ia boleh mengurangkan peluang anak anda mendapat ruam.

8. Longgarkan lampin.

Pastikan lampin tidak terlalu ketat. Gunakan pelapik lampin yang lembut kerana kulit si comel anda terlalu sensitif.

9. Breastfeeding.

Hah? Apa pulak kaitan 'breastfeeding' dengan ruam lampin ni? Jangan salah faham ye mommy-mommy semua. Penyusuan susu ibu boleh meningkatkan ketahanan tubuh si comel anda terhadap jangkitan seperti yang diketahui umum. 

10. Jangan basuh 'Cloth Diaper' dengan sabun pencuci.

Point ke 10 ni khas untuk pengguna cloth diaper sahaja. Elakkan menggunakan sabun yang berbau wangi atau pelembut. Ini kerana, sabun-sabun ini mempunyai kandungan bahan kimia yang boleh menyebabkan kulit bayi menjadi lebih sensitif. Basuh sahaja dengan air panas dan bilas banyak kali. Pastikan setiap kali cucian, anda mencuci cloth diaper dengan teliti.

Perkara yang perlu dielakkan supaya tak terjadi ruam lampin??

  1. Jangan biarkan bayi dalam keadaan yang basah atau kotor dalam jangkamasa yang terlalu lama.
  2. Jangan gunakan krim yang tidak mendapat nasihat daripada doktor mahupun farmacist.
Semoga bermanfaat untuk semua!

1 comment:

  1. Caranya bagus banget nih
    Bisa dicontoh kali ya
    www.Jual.ProdukKecantikanAman.com

    ReplyDelete

Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015