31 May 2015

Kepentingan Zat Besi (Iron) untuk Wanita Hamil

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.


kepentingan zat besi (iron) untuk wanita hamil

Ibu hamil yang sering berasa letih, tidak sihat, emosi sering terganggu dan tubuh lemah. Ramai yang memandang ringan tentang keadaan kesihatan mereka dan menganggap ianya merupakan perkara yang normal. Sedangkan ia merupakan masalah yang tidak normal sebenarnya.

Setiap kali apabila membuat pemeriksaan di klinik, perkara pertama yang akan di periksa ialah bacaan Hb atau kandungan hemoglobin dalam darah. Bacaan normal untuk bacaan hemoglobin ialah 12 -15 g dl.

Apa kepentingan hemoglobin? Hemoglobin ialah komponen utama untuk pembentukan sel darah merah. Ia juga berfungsi untuk mengangkut oksigen ke seluruh tubuh badan. Jika hemoglobin yang terdapat di dalam tubuh berkurang, maka kandungan oksigen juga berkurangan untuk di bawa ke seluruh badan. Apabila kandungan oksigen yang terdapat dalam tubuh tidak mencukupi, itu petanda bahawa si ibu kekurangan zat besi untuk kelansungan hidup si ibu dan bayi di dalam kandungan.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Premitha Damodaran, berkata ramai masih tidak tahu masalah kekurangan zat besi yang serius adalah merbahaya dan ia boleh menyebabkan masalah kesihatan serius bukan saja kepada ibu, tetapi turut memberi kesan pada bayi yang dikandungnya. - Sumber myMetro

Ibu hamil yang menghidap anemia ketika hamil berisiko untuk melahirkan bayi pramatang, bayi kurang berat badan, mengalami keguguran kandungan, menjadi tidak subur dan meningkatkan peratusan kematian ibu itu sendiri.

Oleh itu, ibu hamil di galakkan untuk mengamalkan pengambilan makanan yang kaya dengan kandungan zat besi seperti ayam, daging, makanan laut, dan sayuran kekacang. Selain itu, ibu juga di nasihatkan untuk mengambil supplement yang mengandungi zat besi.

Apa yang Shaklee boleh  bantu untuk meningkatkan bacaan Hb ??

Kepentingan Zat Besi (Iron) untuk Wanita Hamil

Vitalea membantu :
  • Mengekalkan kesihatan yang baik
  • Mengandungi beta karotena yang baik untuk pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
  • Mengandungi kalsium, fosforus, vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi
  • Mengandungi Vitamin B12 yang berfungsi untuk membentuk sel-sel darah merah.


KLIK DI SINI UNTUK MEMBUAT BELIAN




Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda.Sebarang pertanyaan mengenai rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian :






Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976





" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."

29 May 2015

Tips Memilih Kasut yang Sesuai Ketika Hamil

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.


tips memilih kasut yang sesuai ketika hamil


Semasa hamil, tidak semua jenis kasut sesuai untuk ibu hamil pakai. Kaki merupakan anggota penting kerana ianya berfungsi untuk menyokong keseluruhan tubuh ketika kita berdiri. Pemilihan kasut yang sesuai digunakan semasa hamil sangat penting. Yelah, makin bertambah hari, makin membesar perut ibu-ibu yang hamil kan. 

Saya dahulu, sewaktu hamil, saya lebih gemar memakai kasut yang selesa untuk bergerak dan bukanlah kasut yang bertumit. Suami saya belikan kasut jenama Scholl kerana ianya sangat lembut. 

Jom kita tengok kasut apa yang sesuai di pakai oleh ibu hamil.

  • Tapak Rata
Seeloknya, pakailah kasut yang mempunyai tapak yang rata. Apabila kandungan semakin membesar, ibu-ibu memerlukan sokongan untuk bergerak dan berdiri dengan stabil. Kasut yang bertumit akan membuatkan pergerakan ibu terbatas dan mempunyai kemungkinan untuk tergelincir.

  • Tapak Tidak Licin
Tapak yang tidak licin mengurangkan kemungkinan ibu-ibu tidak tergelincir sewaktu berjalan. Ia boleh memudaratkan ibu dan kandungan jika ibu-ibu tergelincir. Selain tapak yang rata, tapak yang tidak licin juga amat perlu dititik beratkan.

  • Mudah Disarung 
Pilihlah kasut yang mudah untuk disarung supaya ibu-ibu tidak perlu meminta bantuan untuk memakai kasut dan terbongkok-bongkok ketika ingin memakainya. Antara kasut yang mudah disarung ialah sandal.

  • Selesa dipakai
Pilih kasut yang selesa untuk dipakai dan mempunyai potongan yang lebar. Maklumlah, sesetengah ibu akan mengalami masalah kaki bengkak semasa hamil atau edema. Jadi, pemilihan kasut yang berpotongan lebar akan memberi keselesaan kepada ibu hamil.

Selain pemilihan kasut yang sesuai, postur semasa kita berdiri juga penting untuk memastikan ibu hamil kekal sihat dan cergas. 

Tips Memilih Kasut yang Sesuai Ketika Hamil


Jika ibu-ibu masih mengalami sakit belakang dan sebagainya, berkemungkinan ibu-ibu kekurangan vitamin semasa hamil


Semoga perkongsian saya mendatangkan manfaat untuk ibu-ibu semua!

Resepi Nasi tomato yang Lazat

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.


Resepi nasi tomato yang lazat


Okay, harini saya akan share resepi nasi tomato yang lazat ni. Boleh la ibu-ibu gunakan untuk menu makan tengahari atau makan malam harini. Kadang-kadang anak-anak jemu jugak kalau hari-hari makan nasi putih je. Mungkin Resepi Nasi Tomato ni boleh ubah selera ibu-ibu sekeluarga.


Bahan-bahan :

125 ml minyak sapi
2 ulas bawang besar, dikupas kulit
1 labu bawang putih, dikupas kulit
15 biji bawang merah, dikupas kulit dan dihiris
2 batang serai, diketuk
2 sudu makan pes tomato
4 sudu makan kismis
15 biji badam
3 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
2 helai daun pandan, cincang dan simpul
500ml stok ayam
4 sudu makan susu sejat
2 helai daun pudina, cincang dan tambah sebagai hiasan
500 g beras, dicuci bersih dan dibilas
Bawang goreng rangup untuk hiasan
Garam secukupnya

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan sedikit minyak sapi di dalam pan dan tumis bawang putih, bawang besar, bawang merah, serai dan pes tomato. Kemudian, masukkan kismis, badam, buah pelaga, kulit kayu manis, dan daun pandan.
  2. Tuangkan stok ayam dan susu sejat, kemudian masukkan daun pudina, biarkan mendidih. Perasakan dengan garam.
  3. Masukkan beras dan biarkan masak. Hiaskan nasi dengan bawang goreng rangup dan daun pudina. Hidangkan.

Nasi tomato ni lagi sedap di makan dengan ayam masak merah. Untuk resepi ayam masak merah, boleh klik di sini. 

Selamat mencuba semua!

27 May 2015

Beza Best Before, Use Before dan Expiry Date

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.


perbezaan best before, use before dan expiry date


Bila kita beli barang, perkara pertama yang kita tengok mesti tarikh luput atau expiry date yang akan dicetak di kotak, botol ataupun tin barang yan g kita ingin beli tu. Ada yang tulis best before, ade yang tulis expiry date dan ade pulak yang tulis use before. Sebenarnya kita faham atau tau ke apa perbezaan antara tiga perkataan tu???

Entry kalini saya akan terangkan mengenai perbezaan best before, use before dan expiry date.

1. Best Before

Biasanya label Best Before ini digunakan untuk makanan yang di pek segar selama 90 hari atau kurang daripada 90 hari. Ia juga masih dilabel dengan perkataan best before walaupun produk tersebut di jual di tempat yang berasingan dengan tempat produk tersebut di pek. 

Kesegaran makanan yang di label dengan Best Before akan berkurangan selepas daripada tarikh yang tertera. Ianya bergantung kepada bagaimana cara kita menyimpan produk tersebut. Contoh makanan yang berlabel Best Before ialah roti.

Gunakan deria hidu, bau dan rasa untuk memastikan kualiti makanan itu sama ada masih boleh di makan atau tidak.


2. Use Before

Kebiasaannya, label Use Before digunakan untuk produk yang perlu di gunakan sebelum tarikh yang terteraa di paket atau tin makanan tersebut. Ianya bertujuan untuk menjaga keselamatan penggunaan dan kesihatan pengguna jugak. 


3. Expiry Date / Tarikh Luput

Label expiry date selalunya digunakan pada produk cecair seperti susu formula, susu kotak, dan supplement. Selepas daripada tarikh tersebut, produk tersebut tidak mempunyai kandungan nutrisi seperti yang tertera pada label. Ia juga perlu di buang kerana tidak boleh di makan lagi. 


Beza Best Before dan Use Before??

  • Best Before - Masih boleh di makan. Tapi kualiti makanan telah berkurangan. Ia masih boleh di jual atau di beli.
  • Use Before - Tidak boleh di makan selepas daripada tarikh yang tertera di label. Peniaga juga tidak boleh menjual produk tersebut lagi.

Semoga perkongsian saya memberi manfaat buat semua!

26 May 2015

10 Resepi Terbaik Ketika Berpantang

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.


10 resepi terbaik ketika berpantang

Bila berpantang je, mesti ibu-ibu akan terfikir, Apa makanan yang baik dan berkhasiat untuk berpantang? Apa menunya? Apa bahan-bahan yang diperlukan??

Tak kira la yang bersalin normal mahupun caesar, resepi yang saya akan share harini boleh juga di gunakan jika anak anda berkhatan. 

Makanan yang di ambil sepanjang tempoh berpantang, bukan makanan yang biasa-biasa. Makanan yang perlu di ambil sepanjang tempoh berpantang haruslah membantu dalam menyembuhkan luka semasa bersalin. 

Okay, sekarang saya akan senaraikan 10 Resepi terbaik ketika berpantang khas untuk semua ibu-ibu yang cantik.

Makanan dalam pantang selepas bersalin :

1. Ikan Masin Lada Hitam

Bahan :
  • Ikan masin ( digoreng tanpa minyak )
  • Lada Hitam
Cara penyediaan :
  • Tumbuk bahan tersebut dan boleh letakkan perahan limau jika mahu
  • Gaul sebati

2. Lempeng Kelapa

Bahan-bahan :
  • Tepung gandum
  • Garam
  • Kelapa parut
Cara Penyediaan :
  • Masukkan kelapa parut tadi ke dalam mangkuk yang berisi tepung gandum.
  • Tambah garam secukup rasa dan air
  • Gau sebati sehingga adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
  • Masak di atas kuali ( tanpa minyak ). Digalakkan menggunakan non-stick pan.
3. Ikan Singgang

Bahan-bahan :
  • Ikan
  • 3 batang serai yang telah diketuk
  • Bawang merah dihiris
  • Bawang putih dihiris
  • Asam keping
  • Garam
Cara Penyediaan :
  • Masukkan air ke dalam periuk
  • Rebus bawang merah, bawang putih dan asam keping
  • Masukkan garam secukup rasa
  • Masukkan ikan

4. Ikan masin goreng asam jawa

Bahan-bahan :
  • Isi ikan masin (ikan kurau @ ikan kalang)
  • 1 labu bawang kecil
  • 5-6 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • Sedikit air asam jawa dan gula
Cara Penyediaan :
  • Goreng ikan kering terlebih dahulu
  • Tumis semua bahan yang dihiris
  • Bila dah garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula.
  • Akhir sekali, masukkan ikan masin yang telah di goreng tadi ke dalam semua bahan yang ditumis tadi.

5. Sawi dan Lobak Putih Masak Air

Bahan-bahan :
  • Sawi
  • Lobak putih
  • bawang putih
  • bawang merah
  • Ikan bilis
  • Soo hoon
  • Garam
Cara penyediaan :
  • Rendamkan lobak putih yang dipotong nipis ke dalam air panas. Bila dah agak lembut, angkat dan toskan. Ini untuk menghilangkan rasa pahit lobak putih tersebut.
  • Tumbuk bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sehingga agak lumat.
  • Masukkan air ke dalam periuk
  • Masukkan bahan yang ditumbuk tadi
  • Bila dah menggelegak, masukkan sawi dan lobak putih ke dalam periuk selama 2 minit. Jangan terlalu lama kerana jika masak terlalu lama, khasiat pada sayur akan hilang.

6. Sup Ikan Merah

Bahan-bahan:
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Ikan Merah
  • 2 biji tomato dibelah 4
  • Serai
  • Lengkuas
  • Daun sup dan daun bawang

Cara penyediaan:
  • Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
  • Tumis bahan yang di kisar dalam minyak zaitun sehingga naik bau
  • Masukkan 2 mangkuk besar air
  • Bila kuah telah mendidih, masukkan ikan merah dan biarkan ikan tersebut masak.
  • Masukkan tomato dan tutup api
  • Masukkan daun sup dan daun bawang.

7. Ayam/daging bakar cicah air asam

Bahan-bahan :
  • 4cm halia muda
  • 3cm kunyit hidup
  • Garam secukupnya
Cara penyediaan :
  • Bakar ayam/daging dengan bahan perap
  • Kisar halia muda, kunyit hidup dan garam
  • Hiriskan ayam/daging dan di cicah dengan 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa.

8. Daging goreng lada hitam (marinated)

Bahan-bahan:
  • Daging dihiris halus
  • Lada hitam
  • halia
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Cili kisar / sos cili
  • Sos tomato
  • Kicap pekat
  • Garam
Cara penyediaan:
  • Perapkan daging bersama halia, bawang putih, bawang besar, yang dikisar termasuk sos yang berkaitan.
  • Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan untuk memastikan daging betul-betul empuk
  • Setelah empuk, boleh tambah garam dan hirisan bawang merah.

9. Daging Goreng Halia

Bahan-bahan :
  • Daging yang dihiris nipis
  • Halia, dimayang halus
  • Bawang putih
  • Bawang Besar
  • 1 biji lada benggala (jika mahu pedas)
  • Sedikit kunyit hidup atau serbuk kunyit
Cara Penyediaan :
  • Panaskan minyak, masukkan daging yang diperap tadi bersama garam dan kunyit
  • Bila sudah agak lembut, masukkan bawang putih dan halia
  • Akhir sekali, masukkan lada benggala dan hirisan bawang besar.

10. Pegaga masak lada hitam

Bahan-bahan :
  • Sedikit santan pekat
  • Lada hitam (kuantiti yang banyak)
  • Ikan bilis
  • Kunyit hidup
  • Halia
  • Garam
Cara Penyediaan:
  • Tumbuk lada hitam, kunyit hidup dan halia
  • Masukkan santan pekat bersama bahan yang ditumbuk tadi. Direnehkan
  • Bila dah pekat, masukkan pegaga dan ikan bilis serta bahan garam.
Alhamdulillah, itu sahaja resepi yang saya boleh share khas untuk semua ibu-ibu. Semoga tempoh berpantang anda menjadi lebih indah dan bermakna. Selamat mencuba!

7 Tips Penting untuk Ibu Hamil yang Ada Diabetes

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

7 tips penting untuk ibu hamil yang ada diabetes

Bila kita hamil, makanan yang dulunya makanan kesukaan kita berkemungkinan menjadi makanan yang paling kita tak suka. Semua benda yang tak pernah jadi masa sebelum hamil, akan jadi semasa kita hamil. Muka yang dulunya licin dan mulus je, bertukar jadi menggerutu je. Nak pandang orang pun rasa segan. Sama jugak dengan penyakit, kalau dulu kita tak ada diabetes, darah tinggi dan sebagainya. Tiba-tiba ada pulak masa hamil.

Inilah yang selalu orang cakap pembawakan budak. Semua tu akan berlarutan sampai la kita bersalin nanti. Maka, sabar naa.

Menurut kajian yang dilakukan terhadap ibu hamil, 5% daripada ibu hamil akan berisiko untuk mengalami masalah diabetes types 1 kerana badan tidak mampu untuk menghasilkan insulin yang diperlukan untuk memproses makanan yang ibu hamil ambil setiap hari. 

Ibu yang mengidap diabetes tetap boleh melahirkan anak yang sihat, namun perlu mendapat kawalan rapi oleh doktor. Kandungan gula dalam darah tidak boleh melebihi had yang sepatutnya.

Okay, saya akan senaraikan diet sihat untuk ibu hamil yang mengidap diabetes untuk rujukan semua ibu-ibu.

Diet sihat untuk ibu hamil yang mengidap diabetes :

1. Sarapan pagi

Sarapan yang sihat setiap hari membantu dalam mengawal kadar gula dalam darah setiap hari. Cuba ambil sarapan yang rendak kadar Indeks Glisemiks (GI). Contohnya seperti bubur kerana ia membebaskan tenaga secara perlahan-lahan.

2. Makan pelbagai jenis makanan yang seimbang
  • Bahagikan pengambilan kalori dan karbohidrat pada waktu siang.
  • Pastikan anda mengambil makanan berat dan snek secara seimbang. 
  • Kurangkan pengambilan karbohidrat. Lebih baik kalau ibu-ibu mengambil complex karbohidrat pada waktu siang dan sekalikan dengan protein. Protein boleh membuatkan anda berasa lebih kenyang dalam jangka masa yang lama.
3. Jangan skip makan.

Ibu-ibu tidak boleh skip waktu makan. Waktu makan yang teratur membantu anda dalam mengawal jumlah makanan yang anda ambil pada setiap waktu makan. Ianya membantu dalam mengawal bacaan gula dalam darah ibu-ibu.

4. Kurangkan pengambilan lemak terutamanya lemak tepu.

  • Buang lemak yang terdapat pada daging dan ayam.
  • Gunakan minyak zaitun atau minyak bunga matahari untuk memasak.
5. Masukkan makanan yang tinggi kandungan serat.

Masukkan makanan yang tinggi kandungan serat dalam menu harian seperti buah-buahan. Makanan yang tinggi kandungan serat ini biasanya mengambil masa yang lama untuk diuraikan oleh usus. Jadi ia mampu mengelakkan tahap gula dalam darah menjadi terlalu tinggi selepas makan.

6. Hadkan pengambilan makanan dan minum yang mengandungi kandungan gula ringkas.

Makanan dan minuman yang mempunyai kandungan gula ringkas seperti jus buahan, soda, serta mineral yang berperisa dan pencuci mulut. Makanan ini akan meningkatkan kadar gula dalam darah anda.

7. Senaman.

Senaman juga membantu anda untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah supaya menjadi normal. Tapi, anda dinasihatkan untuk merujuk doktor yang merawat anda dahulu.

Apa supplemen yang sesuai untuk diabetes ketika hamil??

7 Tips Penting untuk Ibu Hamil yang Ada Diabetes

ESP mengandungi kandungan Indeks Glisemik yang rendah dengan bacaan 39. Selain itu, ia mengandungi protein yang akan membuatkan anda berasa lebih kenyang dan membekalkan tenaga untuk melakukan tugas harian. Ia juga membantu mengawal kadar gula dalam darah.


7 Tips Penting untuk Ibu Hamil yang Ada Diabetes

Kekurangan magnesium merupakan faktor kencing manis. Ostematrix mmbekalkan kandungan magnesium yang diperlukan oleh ibu hamil. Selain itu, ia mengandungai kalsium magnesium yang baik untuk tumbesaran bayi di dalam kandungan.

7 Tips Penting untuk Ibu Hamil yang Ada Diabetes

B-Complex mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh. Selain itu, ia membantu untuk menukarkan gula kepada darah dan mengurangkan keletihan.



KLIK DI SINI UNTUK MEMBUAT BELIAN




Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda.Sebarang pertanyaan mengenai rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian :






Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976





" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."

25 May 2015

Resepi Nasi Ayam Sedap

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

resepi nasi ayam sedap

Hai semua. Harini apa ibu-ibu cantik semua masak? Harini saya masak nasi ayam je. Tu je menu yang paling senang dan memang puas hati bila makan. hehehe. Okay, harini saya nak share resepi nasi ayam sedap untuk semua.


Bahan-bahan :

1 ekor ayam
1 inci halia, dikupas kulit dan ditumbuk
2 ulas bawang putih, dikupas kulit dan ditumbuk
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar majerin
1 botol sos cili (jika perlu)
Hirisan tomato untuk hiasan
Hirisan timun untuk hiasan
Garam untuk perasa


Bahan Nasi Ayam :

110 g marjerin
2 labu bawang besar, kupas kulit dan di cincang
1 inci halia muda, kupas kulit dan cincang halus
3 ulas bawang putih, kupas kulit dan cincang halus
1/2 inci kulit kayu manis
2 helai daun pandan, dikoyak-koyak dan disimpulkan
900 g beras, bersihkan dan tus
1.4 liter stok ayam atau air rebusan ayam
Garam secukup rasa


Penyediaan :
  1. Sediakan nasi ayam : cairkan marjerin di dalam periuk dan tumis bawang besar, halia, kulit kayu manis, dan daun pandan selama beberapa minit hingga naik bau. Masukkan beras dan goreng selama beberapa minit.
  2. Masukkan stok ayam atau air rebusan ayam dengan garam. Biarkan masak sehingga semua bahan meresap dan kecilkan api. Tutup periuk dan masak lagi selama 10 minit.
  3. Sementara itu, ratakan ayam dengan garam, halia, bawang putih, kicap pekat manis dan marjerin. Masukkan dalam loyang pembakar.
  4. Bakar dengan pembakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30-40 minit sehingga ayam masak.
  5. Potong ayam mengikut saiz yang bersesuaian untuk dimakan. Hiaskan bersama tomato dan timun. Siap untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba ye semua!

5 Tips Elakkan Timbul Stretch Mark Ketika Hamil

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.


5 tips elakkan timbulnya stretc mark ketika hamil


Errkk. Stretch mark tu apa? 

Stretch mark dalam bahasa melayunya ialah kesan regangan pada kulit. Biasanya, ibu mengandung la yang akan dapat 'gift' ni waktu hamil. Ialah, perut semakin membesar kan, jadi kulit pun meregang. Sama macam belon la, pada mulanye elok je bergetah. Bila dah ditiup dan dilepaskan angin, berkedut-kedut sebab telah berlakunya regangan. 

Memandangkan stretch mark tu boleh dikategorikan sebagai parut, maka bukan mudah untuk merawatnya dalam masa yang singkat. So, lebih baik kalau kita dapat mengelakkannya.

Cara elak timbulnya stretch mark ketika hamil :

1. Banyakkan minum air.

Ibu hamil harus mengamalkan pengambilan air melebihi 3 liter sehari. Ia membantu untuk menjaga kulit supaya lebih lembap dan mengelakkan regangan pada kulit.

2. Senaman.

Ini boleh merengsang dan menegangkan dermis pada kulit (bahagian tengah kulit mengandungi gelatin dan kolagen). Selain itu, ia membantu pengaliran darah dan oksigen yang lancar membantu meminimakan kebarangkalian terjadinya stretch mark.

3. Banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin C

Vitamin C sangat efektif untuk melindungi kulit daripada ancaman radikal bebas. Selain itu, badan kita memerlukan Vitamin C untuk menghasilkan kolagen.

4. Shea Butter atau Cocoa Butter.

Sentiasa lembapkan kawasan yang kemungkinan untuk meregang, contonya sapukan losyen pada perut dan peha dengan kerap. Gunakan produk yang mengandungi shea butter atau cocoa butter sebagai bahan utama dalam produk pelembap tersebut.

5. Pengambilan Zinc.

Kekurangan zinc menyebabkan kulit meregang. Zinc juga digunakan untuk membentuk kolagen dan ianya bersifat antioksidan.


Bila dah terjadi stretch mark ni, janganlah ibu-ibu sedi pulak. Terdapat pelbagai cara untuk memudarkan stretch mark supaya kulit anda menjadi lembut kembali. Boleh gunakan ESP, Vitamin C, Vitamin E, Collagen Powder dan juga Zinc Complex

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda.Sebarang pertanyaan mengenai rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian :





Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976





" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."

24 May 2015

Resepi Sup Ayam yang Sedap

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.


resepi sup ayam yang sedap 

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak update blog. Dari siang sibuk bersama anak dan suami. Okay, harini saya nak share resepi sup ayam yang sedap. Anda mesti suka punya lah!

Bahan-bahan:

6 sudu makan minyak masak
1 inci kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
1 ekor ayam , potong ketulan kecil
1.5 liter air
1 batang lobak merah, kupas kulit dan potong 5cm panjang
2 biji kentang, kupas kulit dan potong empat
1 batang daun bawang, dicincang
2 tangkai daun ketumbar, dicincang
125 g bawang goreng
Garam secukup rasa

Bahan Pes Rempah :

10 biji bawang merah, kupas kulit
3/4 inci halia, kupas kulit
2 ulas bawang putih, kupas kulit
1 sudu makan lada hitam
2 sudu makan biji ketumbar
1 sudu makan biji jintan manis
1 sudu makan biji jintan putih

Penyediaan :

  1. Satukan bahan pes rempah dan masukkan ke dalam pengisar dan kisar halus.
  2. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumiskan pes rempah yang dikisar, beberapa minit hingga naik bau wangi.
  3. Masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan ayam. Gorengkan campuran itu dalam 5 minit.
  4. Masukkan air, lobak merah dan kentang, renehkan untuk 1 jam.
  5. Perisakan dengan garam. Taburkan daun bawang, daun ketumbar dan bawang goreng sebelum di hidangkan.

Selamat mencuba!

23 May 2015

5 Makanan untuk Energy Booster untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina(dot)com.


5 Makanan untuk Energy Booster Ibu Hamil


Selama tempoh kehamilan, pasti kita akan berasa lemah, letih dan lesu. Sampai kadang-kadang rasa nak baring je. Tak larat nak buat segala aktiviti harian. Memandangkan tempoh kehamilan selama 40 minggu tu bukan satu tempoh masa yang singkat, takkan kita nak bazirkan masa kita untuk duduk melepek je kan? Kita kena kuatkan semangat jugak untuk meneruskan urusan harian kita.

Saya dulu, sepanjang tempoh kehamilan memang aktif gila. Hari-hari mengemop, sapu lantai, lap segala habuk-habuk kat rumah, jaga anak. Kadang-kadang suami saya geleng kepala sebab tengok isterinya memang tak reti duduk diam.

Sama macam Puan Ainul, dia tetap sihat dan bertenaga walaupun hamil. Rileks je beliau panjat Candi Borobudur tu tau! 





Baik, mari kita tengok 5 Makanan untuk Energy Booster Ibu Hamil.



1. Daging Merah


5 Makanan untuk Energy Booster untuk Ibu Hamil


Daging merah mengandungi kandungan asid amino (protein) yang membantu pembentukan sel bayi dalam kandungan. Namun, pengambilannya bukan secara berlebihan.


2. Ayam



Ayam mengandungi Vitamin B6 yang dapat menyeimbangkan mood swing ketika kehamilan.


3. Air 

5 Makanan untuk Energy Booster untuk Ibu Hamil

Pastikan pengambilan air ibu-ibu melebihi 3 liter sehari. Kekurangan air boleh menyebabkan badan kita menjadi lemah.


4. Brokoli

5 Makanan untuk Energy Booster untuk Ibu Hamil


Brokoli mengandungi kandungan fiber yang tinggi yang dapat membantu proses pengahadaman. Selain itu, ia juga kaya dengan Vitamin C yang membantu meningkatkan sistem imuninasi ibu hamil. 


5. Blueberries

5 Makanan untuk Energy Booster untuk Ibu Hamil


Ia mengandungi antibodi yang menyebabkan kita akan berasa lebih segar dan bermaya. Ia juga mengandungi Vitamin C.


Jika ibu-ibu semua tak lalu nak makan semua ni, boleh cuba Set Kehamilan supaya cergas dan bertenaga ni. Pasti ibu-ibu akan jadi lebih segar dan mampu buat semua kerja walaupun hamil. Paling best, kalau tak habis masa hamil, set ni boleh juga di ambil semasa berpantang


Semoga perkongsian saya pada kali ini mendatangkan manfaat untuk semua.
Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015