16 May 2015

10 Petua Merawat Masalah Bengkak Susu

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.


10 petua merawat masalah bengkak susu

Bagi ibu-ibu yang pernah mengalami masalah bengkak susu atau susu tersumbat ini, pasti trauma. Mana taknya, sakit tau tak! Saya pernah mengalami masalah bengkak susu ni. Nak pakai baju sakit. Nak baring sakit. Duduk sakit. Nak buat apa pun serba tak kena sebab sakit. Rasa macam nak jatuh je payudara masa tu.

Apa Punca Bengkak Susu??

Bengkak susu terjadi kerana salah satu saluran susu dalam payudara tersumbat. Boleh rujuk gambar di bawah untuk memahami dengan lebih mendalam.

10 Petua Merawat Masalah Bengkak Susu

Saluran susu tersumbat akibat :
  • Susu kering terlalu tebal berada di puting sehingga menutup laluan susu baru untuk keluar.
  • Salah cara menyusukan anak
  • Tidak cukup tidur
  • Stress
  • Tidak pam susu dalam masa 2 jam sekali

Masalah bengkak susu atau susu tersumbat ini merupakan satu berita gembira sebenarnya. Kenapa saya cakap macam tu? Itu menunjukkan bahawa susu yang dihasilkan sangat banyak dan sangat mencukupi untuk keperluan anak kita Tetapi, jika dibiarkan terlalu lama, ia boleh menyebabkan ibu tersebut demam. Masa saya bengkak susu dulu pun, sampai demam jugak la walaupun tidak lama bengkaknya. Mungkin sebab terlalu sakit. kihkih

Jadi, di sini saya nak share 10 petua merawat masalah bengkak susu.


#1. Susukan bayi anda sekerap mungkin 
dalam 2-3 jam sekali walaupun anda terpaksa mengganggu tidur lena si manja. Pastikan si manja menyusukan daripada kedua-dua belah payudara anda. Pastikan juga, susu pada sebelah pertama yang di susui oleh bayi anda betul-betul habis. 

#2. Pakai coli menyusu yang memberi sokongan
Pakai coli menyusu yang betul-betul menyediakan sokongan walaupun pada waktu malam. Pastikan ia tidak terlalu ketat dan bersesuaian dengan anda.

#3. Pastikan bayi melekap pada payudara dengan betul
Mungkin sukar untuk bayi melekap dengan betul apabilla areola(kawasan hitam dikeliling puting) keras. Untuk melembutkan kawasan areola, picit sedikit payudara anda sehingga terkeluar susu, ia akan melembutkan kawasan areola.

Satu cara mudah untuk mengeluarkan susu apabila anda mengalami bengkak susu iaitu dengan meletakkan tuala yang di rendam dengan air panas ke atas dada atau mandi air suam sebelum memerah susu.

#4. Urut payudara perlahan-lahan ketika anak menyusu
Sewaktu bayi anda sedang menyusu, cuba urut perlahan-lahan payudara anda yang sedang dihisap. Cara ini dapat melegakan dan membantu aliran susu menjadi lebih lancar.

#5. Menyikat payudara
Gunakan sikat untuk menyikat payudara anda daripada atas ke puting.

#6. Letak daun kobis segar pada payudara.
Walaupun tidak terdapat sebarang kajian atau bukti, tapi sesetengah wanita mendapati dengan meletakkan daun kobi pada payudara boleh melegakan kesakitan. (buat sekali sahaja kerana jika melakukannya dengan kerap boleh mengakibatkan bengkak susu).

#7. Gunakan pam susu
Jika susu terlalu banyak, para ibu boleh mengepam susu dengan kadar yang lebih kerap. Ia tidak mendatangkan sebarang keburukan jika dilakukan dengan kerap.

#8. Gunakan cuka makan
Ambil cuka makan dan campur sedikit dengan air di dalam mangkuk atau piring. Ambil kapas dan celup pada campuran cuka dan air tadi. Sapu kapas tadi di sekeliling payudara. Jangan sampai terkena puting ye. Lakukan setiap hari sehingga bengkak surut.

#9. Urut payudara sebelum mengepam.
Sebelum memulakan pengepaman, urut sedikit payudara anda. Buat urutan bulatan seperti memeriksa payudara di kawasan yang berketul-ketul.

#10. Gunakan daun sirih dan minyak zaitun.
Ambil beberapa helain daun sirih dan sapukan minyak zaitun pada bahagian hadapan daun sirih tersebut. Layurkan daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tampal pada bahagian payudara apabila agak suam.


Apa yang Shaklee boleh bantu untuk melegakan masalah bengkak susu?

10 Petua Merawat Masalah Bengkak Susu

Pakar penyusuan menyarankan pengambilan Lecithin sebanyak 3,600-4,800mg sehari untuk membantu melegakan susu tersumbat.

Cara pengambilan Lecithin yang detail boleh dibaca dalam artikel “Lecithin Treatment for Recurrent Plugged Duct


KLIK DI SINI UNTUK MEMBUAT BELIAN



Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda.Sebarang pertanyaan mengenai rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian :





Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976





" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."






Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015