26 May 2015

10 Resepi Terbaik Ketika Berpantang

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.


10 resepi terbaik ketika berpantang

Bila berpantang je, mesti ibu-ibu akan terfikir, Apa makanan yang baik dan berkhasiat untuk berpantang? Apa menunya? Apa bahan-bahan yang diperlukan??

Tak kira la yang bersalin normal mahupun caesar, resepi yang saya akan share harini boleh juga di gunakan jika anak anda berkhatan. 

Makanan yang di ambil sepanjang tempoh berpantang, bukan makanan yang biasa-biasa. Makanan yang perlu di ambil sepanjang tempoh berpantang haruslah membantu dalam menyembuhkan luka semasa bersalin. 

Okay, sekarang saya akan senaraikan 10 Resepi terbaik ketika berpantang khas untuk semua ibu-ibu yang cantik.

Makanan dalam pantang selepas bersalin :

1. Ikan Masin Lada Hitam

Bahan :
  • Ikan masin ( digoreng tanpa minyak )
  • Lada Hitam
Cara penyediaan :
  • Tumbuk bahan tersebut dan boleh letakkan perahan limau jika mahu
  • Gaul sebati

2. Lempeng Kelapa

Bahan-bahan :
  • Tepung gandum
  • Garam
  • Kelapa parut
Cara Penyediaan :
  • Masukkan kelapa parut tadi ke dalam mangkuk yang berisi tepung gandum.
  • Tambah garam secukup rasa dan air
  • Gau sebati sehingga adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
  • Masak di atas kuali ( tanpa minyak ). Digalakkan menggunakan non-stick pan.
3. Ikan Singgang

Bahan-bahan :
  • Ikan
  • 3 batang serai yang telah diketuk
  • Bawang merah dihiris
  • Bawang putih dihiris
  • Asam keping
  • Garam
Cara Penyediaan :
  • Masukkan air ke dalam periuk
  • Rebus bawang merah, bawang putih dan asam keping
  • Masukkan garam secukup rasa
  • Masukkan ikan

4. Ikan masin goreng asam jawa

Bahan-bahan :
  • Isi ikan masin (ikan kurau @ ikan kalang)
  • 1 labu bawang kecil
  • 5-6 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • Sedikit air asam jawa dan gula
Cara Penyediaan :
  • Goreng ikan kering terlebih dahulu
  • Tumis semua bahan yang dihiris
  • Bila dah garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula.
  • Akhir sekali, masukkan ikan masin yang telah di goreng tadi ke dalam semua bahan yang ditumis tadi.

5. Sawi dan Lobak Putih Masak Air

Bahan-bahan :
  • Sawi
  • Lobak putih
  • bawang putih
  • bawang merah
  • Ikan bilis
  • Soo hoon
  • Garam
Cara penyediaan :
  • Rendamkan lobak putih yang dipotong nipis ke dalam air panas. Bila dah agak lembut, angkat dan toskan. Ini untuk menghilangkan rasa pahit lobak putih tersebut.
  • Tumbuk bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sehingga agak lumat.
  • Masukkan air ke dalam periuk
  • Masukkan bahan yang ditumbuk tadi
  • Bila dah menggelegak, masukkan sawi dan lobak putih ke dalam periuk selama 2 minit. Jangan terlalu lama kerana jika masak terlalu lama, khasiat pada sayur akan hilang.

6. Sup Ikan Merah

Bahan-bahan:
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Ikan Merah
  • 2 biji tomato dibelah 4
  • Serai
  • Lengkuas
  • Daun sup dan daun bawang

Cara penyediaan:
  • Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
  • Tumis bahan yang di kisar dalam minyak zaitun sehingga naik bau
  • Masukkan 2 mangkuk besar air
  • Bila kuah telah mendidih, masukkan ikan merah dan biarkan ikan tersebut masak.
  • Masukkan tomato dan tutup api
  • Masukkan daun sup dan daun bawang.

7. Ayam/daging bakar cicah air asam

Bahan-bahan :
  • 4cm halia muda
  • 3cm kunyit hidup
  • Garam secukupnya
Cara penyediaan :
  • Bakar ayam/daging dengan bahan perap
  • Kisar halia muda, kunyit hidup dan garam
  • Hiriskan ayam/daging dan di cicah dengan 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa.

8. Daging goreng lada hitam (marinated)

Bahan-bahan:
  • Daging dihiris halus
  • Lada hitam
  • halia
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Cili kisar / sos cili
  • Sos tomato
  • Kicap pekat
  • Garam
Cara penyediaan:
  • Perapkan daging bersama halia, bawang putih, bawang besar, yang dikisar termasuk sos yang berkaitan.
  • Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan untuk memastikan daging betul-betul empuk
  • Setelah empuk, boleh tambah garam dan hirisan bawang merah.

9. Daging Goreng Halia

Bahan-bahan :
  • Daging yang dihiris nipis
  • Halia, dimayang halus
  • Bawang putih
  • Bawang Besar
  • 1 biji lada benggala (jika mahu pedas)
  • Sedikit kunyit hidup atau serbuk kunyit
Cara Penyediaan :
  • Panaskan minyak, masukkan daging yang diperap tadi bersama garam dan kunyit
  • Bila sudah agak lembut, masukkan bawang putih dan halia
  • Akhir sekali, masukkan lada benggala dan hirisan bawang besar.

10. Pegaga masak lada hitam

Bahan-bahan :
  • Sedikit santan pekat
  • Lada hitam (kuantiti yang banyak)
  • Ikan bilis
  • Kunyit hidup
  • Halia
  • Garam
Cara Penyediaan:
  • Tumbuk lada hitam, kunyit hidup dan halia
  • Masukkan santan pekat bersama bahan yang ditumbuk tadi. Direnehkan
  • Bila dah pekat, masukkan pegaga dan ikan bilis serta bahan garam.
Alhamdulillah, itu sahaja resepi yang saya boleh share khas untuk semua ibu-ibu. Semoga tempoh berpantang anda menjadi lebih indah dan bermakna. Selamat mencuba!
Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015