18 May 2015

15 jenis Buah, Ikan dan Sayur yang Tidak Boleh di Makan Sewaktu Berpantang

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com


15 jenis buah,ikan dan sayur yang tidak boleh di makan sewaktu berpantang

Tidak semua orang mempunyai alahan terhadap makanan yang sama. Seperti saya, saya makan semua jenis makanan. Namun, apabila tiba waktu berpantang, saya akan limitkan diri saya untuk tidak makan makanan yang boleh menyebabkan anak kembung atau gatal-gatal. Alhamdulillah, saya dapat menyusukan anak kedua saya secara eksklusif sehingga ke hari ini. 

Ibu berpantang ni tak boleh makan sebarangan sahaja. Lagi-lagi yang berpantang anak pertama. Kalau salah makan, boleh jadi ibu tu sembelit dan badan rasa macam seram sejuk je. Tapi bila pantang anak kedua selalunya tidak begitu.

15 jenis Buah, Ikan dan Sayur yang Tidak Boleh di Makan Sewaktu Berpantang


Makanan yang akan saya senaraikan ini hanya merupakan garis panduan sahaja untuk ibu berpantang. Namun, bergantung pada tahap ketahanan badan masing-masing. Macam saya, sewaktu berpantang saya boleh je nak makan ayam walaupun ramai yang mengadu gatal kalau makan ayam ketika berpantang. Jika ingin cuba, cuba sedikit dahulu. Jika anda merasa gatal atau kesan yang negatif, makan janganlah mengambil risiko untuk terus makan ye.

Ikan & Makanan Laut yang tidak boleh dimakan :

1. Ikan Tamban
2. Ikan Keli
3. Ikan Bawal Hitam
4. Ikan Terubuk
5. Ikan Sembilang
6. Ikan Pari
7. Ikan Parang
8. Ikan Kembung
9. Ikan Tongkol
10. Ikan Kering
11. Ikan Masin
12. Ikan Cencaru
13. Udang
14. Sotong
15. Kerang

Ikan yang berbisa tidak dilarang untuk ibu berpantang kerana ia boleh menyebabkan bentan dan turun darah.

Buah yang tidak boleh di makan:

1. Nenas
2. Limau
3. Buah Lai
4. Tembikai Merah
5. Tembikai Cina
6. Epal Hijau
7. Kiwi
8. Buah Pear
9. Pisang
10. Belimbing
11. Durian Belanda
12. Manggis
13. Ciku
14. Langsat
15. Mangga

Ada sesetengah buah bersifat sejuk dan tidak boleh di ambil oleh ibu yang berpantang.


Sayur & Ulam yang Tidak Boleh Dimakan:

1. Kangkung
2. Petola
3. Terung
4. Bayam
5. Pucuk paku
6. Kacang panjang
7. Kacang botol
8. Petai
9. Jering
10. Sayur Keladi
11. Timun
12. Kubis
13. Seledri
14. Brokoli
15. Tomato

Mengambil sayuran atau ulam yang sejuk boleh menyebabkan bayi dan ibu kembung serta sakit-sakit badan.

Banyak sungguh pantang larang ketika kita berpantang ye. Oleh disebabkan pantang larang ini, maka si ibu kekurangan nutrisi dan seterusnya pengamalan makanan tidak seimbang. Bila badan kurang nutrisi, mula la badan kita yang masih lemah ketika berpantang ni rasa makin 'lunyai'. Nak uruskan diri sendiri dan bayi pun terasa letih lesu je. 

Jadi, jangan abaikan kesihatan anda walaupun ketika berpantang. Masa berpantang ni la kita nak recharge energy dan kembali cantik langsing, bukan makin bertukar jadi mak lampir. hehehe. Pastikan ibu-ibu mengambil Set Berpantang Terbaik sepanjang tempoh berpantang.

Semoga perkongsian saya pada kali ini bermanfaat!
Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015