23 May 2015

5 Makanan untuk Energy Booster untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina(dot)com.


5 Makanan untuk Energy Booster Ibu Hamil


Selama tempoh kehamilan, pasti kita akan berasa lemah, letih dan lesu. Sampai kadang-kadang rasa nak baring je. Tak larat nak buat segala aktiviti harian. Memandangkan tempoh kehamilan selama 40 minggu tu bukan satu tempoh masa yang singkat, takkan kita nak bazirkan masa kita untuk duduk melepek je kan? Kita kena kuatkan semangat jugak untuk meneruskan urusan harian kita.

Saya dulu, sepanjang tempoh kehamilan memang aktif gila. Hari-hari mengemop, sapu lantai, lap segala habuk-habuk kat rumah, jaga anak. Kadang-kadang suami saya geleng kepala sebab tengok isterinya memang tak reti duduk diam.

Sama macam Puan Ainul, dia tetap sihat dan bertenaga walaupun hamil. Rileks je beliau panjat Candi Borobudur tu tau! 





Baik, mari kita tengok 5 Makanan untuk Energy Booster Ibu Hamil.



1. Daging Merah


5 Makanan untuk Energy Booster untuk Ibu Hamil


Daging merah mengandungi kandungan asid amino (protein) yang membantu pembentukan sel bayi dalam kandungan. Namun, pengambilannya bukan secara berlebihan.


2. Ayam



Ayam mengandungi Vitamin B6 yang dapat menyeimbangkan mood swing ketika kehamilan.


3. Air 

5 Makanan untuk Energy Booster untuk Ibu Hamil

Pastikan pengambilan air ibu-ibu melebihi 3 liter sehari. Kekurangan air boleh menyebabkan badan kita menjadi lemah.


4. Brokoli

5 Makanan untuk Energy Booster untuk Ibu Hamil


Brokoli mengandungi kandungan fiber yang tinggi yang dapat membantu proses pengahadaman. Selain itu, ia juga kaya dengan Vitamin C yang membantu meningkatkan sistem imuninasi ibu hamil. 


5. Blueberries

5 Makanan untuk Energy Booster untuk Ibu Hamil


Ia mengandungi antibodi yang menyebabkan kita akan berasa lebih segar dan bermaya. Ia juga mengandungi Vitamin C.


Jika ibu-ibu semua tak lalu nak makan semua ni, boleh cuba Set Kehamilan supaya cergas dan bertenaga ni. Pasti ibu-ibu akan jadi lebih segar dan mampu buat semua kerja walaupun hamil. Paling best, kalau tak habis masa hamil, set ni boleh juga di ambil semasa berpantang


Semoga perkongsian saya pada kali ini mendatangkan manfaat untuk semua.
Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015