20 May 2015

6 Tips Melatih Anak Ke Tandas atau Potty Train

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.


Tips Melatih anak ke tandas atau potty train

Harini saya akan kongsikan tips melatih anak ke tandas atau potty train. Sebelum ibu bapa bercadang untuk latih anak ke tandas, ibu bapa harus membuat persediaan yang jitu dahulu terhadap diri sendiri.

Tips Persediaan Sebelum Memulakan Potty Train.

1. Persediaan Mental

Ibu bapa perlu kuat dan banyakkan bersabar. Bukan senang sebenarnya nak ajar anak ke tandas atau potty train ni. Kita kena control marah sebab kadang-kadang akan terjadi unexpected situation macam anak tu terkencing dalam seluar atau tak sempat cakap yang dia nak berak. Jangan mudah putus asa. Kita kena ubah mind set kita.

2. Persediaan Fizikal

Untuk potty train kan anak ni memang makan masa yang lama. Tapi, ianya bergantung sebenarnya. Kalau anak cepat belajar, jadi masa yang di ambil untuk potty train akan jadi singkat. 

So, dia akan agak mengganggu rutin harian anda sedikit. Kita akan jadi terkejar-kejar nak buat itu dan ini dalam masa yang sama nak awasi anak yang tengah potty train tu lagi. Memang akan jadi penat sikit la. Tapi yang penting, jangan mudah putus asa.

3. Bahan bantu belajar.

Okay, untuk memudahkan kita ajar anak ke tandas, kita kena la beli alat-alat bantu untuk mengajar dan belajar. Contohnya, alat tandas kecil untuk diletakkan di atas tandas, seluar dalam atau panties untuk anak. 

Sebenarnya kita boleh je mulakan potty train ni walaupun anak kita belum 5 tahun. 2 tahun tu pun dah okay. Cuma ibu bapa memang kena kuat dari segi mental dan fizikal. Kalau lemah lagi, better jangan buat sebab kemungkinan untuk gagal tu memang sangat tinggi.

Next saya akan share tips melatih anak ke tandas atau potty train :

1. Bagi kata-kata semangat dan pujian kat anak.

Selalu mengeluarkan kata-kata semangat. Jangan down kan mood anak-anak walaupun pada mulanya anak tu akan terkencing atau terberak dalam seluar. Buat la macam ala-ala pompom girl tu, tapi tak payah la sampai melompat-lompat pulak ye. 

Cakap, "Haa, abang dah pandai pun kencing kat toilet" atau "Takpe abang, abang mesti boleh buat". So, bila kita yakin dengan dia yang dia boleh buat, anak tu pun akan jadi yakin yang dia boleh lakukan. Bila dia dah berjaya, tepuk la tangan untuk meraikan kejayaan anak anda tu.

2. Kerap tanya dan bawa anak ke tandas.

Sebagai permulaan, anda kena tanya anak tu 10-15 minit sekali sama ada dia nak kencing atau berak tak. Kalau dia kata tak nak pu, bawak je ke toilet dan suruh dia kencing. Kalau dia tak kencing pun tak apa. Tunggu dalam 2-3 minit. 

Jarakkan sikit masa ke tandas dalm 20 minit, 30 minit atau 40 minit sekali. Kalau kerap sangat nanti, rimas pulak anak tu nanti. Baru nak main, dah suruh ke tandas.

3. Lakukan secara konsisten.

Bila dah start buat potty train ni, jangan la ibu bapa tu pulak yang skip-skip buat. Harini buat, esok tak pulak. Buat dalam dua hingga tiga minggu, baru la nampak hasil. Ni baru buat sekali, expect anak dah pandai. Mana boleh gitu.

4. Ajar anak untuk bercakap.

"Umi, abang nak berak", "Umi, abang nak kencing". Haa. Ajar anak tu bercakap bila dia rase nak berak atau nak kencing. Tapi, ada sesetengahnya macam ada emas dalam mulut. So, ibu bapa ni memang kena banyak sabar.

5. Jangan mudah cair dengan anak.

Bila kerap sangat kita mintak dia ulang-alik ke toilet, mesti si anak tu akan mengadu penat. Kita pun penat juga. Ha, apa lagi. Terus cancel la plan nak buat potty train tu. Biarlah anak tu sampai nangis sebab penat, kita jangan sesekali mengalah. Chaiyok semua!!

6. Bagi hadiah sebagai tanda penghargaan atau ganjaran.

Okay, saya bukan la suruh anda berjanji pulak ye. Tapi, bila anak tu ade menunjukkan perkembangan yang baik sepanjang tempoh kita melatih dia ke tandas tu, belikan la dia apa-apa yang boleh buat dia lagi semangat. Contohnya, masakkan makanan kegemaran dia ke, tak pun belikan dia mainan yang dia suka.

Jaid, ini lah 6 tips melatih anak ke tandas atau potty train yang saya dapat kongsikan untuk panduan ibu bapa di luar sana. Harap saya berkongsi sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Selamat mencuba!
Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015