15 May 2015

6 Tips Mengatasi Demam Kuning Bayi supaya Tidak Perlu Tukar Darah

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.


6 tips mengatasi demam kuning bayi supaya tidak perlu tukar darah

Demam kuning atau 'jaundice' merupakan perkara yang sinonim dengan bayi baru lahir. Bila bayi lahir je, tak kira la bayi pramatang atau tidak pasti hati si ibu atau bapa gelisah jika anak mereka mengalami demam kuning. Mana taknya, ada yang sampai kena tukar darah okay.

Alhamdulillah, kedua-dua cahaya mata saya hanya demam kuning yang biasa. Tidak memerlukan sebarang rawatan yang khusus untuk bayi yang sakit demam kuning. Kadang-kadang kesian bila tengok bayi yang kena letak bawah lampu biru dan tak pakai baju. Sejuk sangat.

Apa punca demam kuning atau jaundice??

Penyakit kuning atau 'jaundice' berlaku akibat sel darah merah yang pecah. Lebih banyak sel darah merah yang pecah, makin tinggi kadar jaundice tersebut. Mudah untuk mengetahui sama ada bayi itu kena jaundice atau tidak, najis bayi akan kelihatan kuning dan air kencing jernih.

Apakah rawatan serta ubat untuk merawat penyakit demam kuning atau jaundice??

Kebiasaanya, doktor akan mengambil darah bayi untuk mengenal pasti tahap jaundice tersebut dan jenisnya. Sekiranya perlu, bayi tersebut akan diletakkan di bawah lampu fototerapi. Ini membantu mengurangkan tahap jaundis bayi anda supaya ia berkurangan. Bayi yang diletakkan di bawah lampu fototerapi akan ditanggalkan baju dan seluar serta mata di tutup dengan cermin mata khas untuk mengelakkan kerosakan kepada retina. Dalam beberapa kes, bayi yang terkena kadar jaundice yang terlalu tinggi, mungkin doktor akan mengarahkan untuk menukar darah.

Di sini saya kongsikan, 6 tips mengatasi demam kuning bayi supaya tidak perlu tukar darah.

6 Tips Mengatasi Demam Kuning Bayi supaya Tidak Perlu Tukar Darah

#1. Berikan susu badan sekerap yang mungkin.

Jika anda kerap menyusukan bayi anda, bayi anda akan kerap buang air besar serta dapat menyingkirkan kadar bilirubin di dalam badan.

6 Tips Mengatasi Demam Kuning Bayi supaya Tidak Perlu Tukar Darah

#2. Makan Kurma

Ibu perlu makan kurma dengan kuantiti yang banyak sepanjang tempoh menyusu kerana susu ibu sangat baik untuk untuk tumbesaran bayi anda.


6 Tips Mengatasi Demam Kuning Bayi supaya Tidak Perlu Tukar Darah

#3. Minum Susu Kambing.

Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang kena jaundice.


6 Tips Mengatasi Demam Kuning Bayi supaya Tidak Perlu Tukar Darah

#4. Menjemur bayi

Waktu untuk menjemur bayi yang sebaik-baiknya pada awal waktu Dhuha iaitu pada pukul 8 - 9.30 pagi. Jika di jemur melebihi waktu itu, dikhuatiri kulit bayi tidak tahan dengan tahap kepanasan matahari pada waktu itu.


6 Tips Mengatasi Demam Kuning Bayi supaya Tidak Perlu Tukar Darah

#5. Madu

Pastikan madu yang digunakan adalah madu asli. Letak sedikit madu di hujung jari ibu atau bapa dan berikan kepada bayi yang terkena jaundice.


#6. Urutan Lembut

Buat urutan lembut di atas kening bayi iaitu dari pangkal mata ke dalam pangkal mata luar sambil bertasbih.


Semoga Bermanfaat !





Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015