22 May 2015

8 Tanda Bersalin yang Wajib Diketahui supaya Ibu Sempat ke Hospital

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina(dot)com.


8 tanda bersalin yang wajib diketahui supaya ibu sempat ke hospital

Bila due date makin hampir, hati ib-ibu pun mesti berdebar-debar kan? Walaupun dah pernah ada pengalaman, tapi tetap rasa berdebar. Saya doakan kalian dipermudahkan urusan melahirkan kelak.

Pada kehamilan ke dua dan pertama, saya mengalami tanda yang berbeza. Saya banyak rujuk tanda-tanda yang akan saya senaraikan di bawah. Tapi, tanda nak bersalin ni bergantung kepada individu itu sendiri. Macam saya, masa nak bersalin anak pertama, air ketuban pecah masa saya beli barang basah untuk masak juadah berbuka haritu. Anak kedua pulak, keluar bloody show (tak perasan tu bloody show kalau sepupu tak tanya. heheh). 

So, jom kita kenali 8 Tanda bersalin yang wajib diketahui supaya ibu sempat pergi ke hospital.

1. Kerap membuang air kecil

Ibu-ibu akan lebih kerap membuang air kecil kerana saluran kencing ibu-ibu yang ditekan oleh bayi comel anda bergerak ke bawah.

2. Sakit belakang bahagian bawah

Apabila bayi anda berada semakin ke bawah, anda akan merasa sakit di bahagian belakang dan pelvis anda akibat ligamen rahim dan pelvik anda semakin rengang.

3. Kontraksi Braxton-hicks

Kontraksi ini membuatkan serviks anda semakin menipis, terbuka dan semakin pendek untuk memudahkan kelahiran bayi nanti. Kebiasaannya kontraksi ini akan berlaku 1-2 minggu sebelum kelahiran dan berasa seperti cramps semasa haid.

4. Keputihan

Anda mungkin akan mengalami lelehan keputihan yang luar biasa.

5. Cirit-birit

Hormon kelahiran akan menyebabkan usus bergerak dengan kerap supaya usus menjadi kosong supaya memberi laluan untuk kelahiran bayi nanti. Ibu-ibu juga berkemungkinan akan berasa loya.

6. Berat badan berkurangan

Berat badan ibu akan berkurangan atau tiada perubahan apabila kelahiran semakin hampir.

7. Pecah air ketuban

Hanya 1 nisbah 10 orang sahaja yang mengalami pecah air keuban. Kebiasaanyya, doktor yang akan pecahkan.

8. 'Bloody Show'

Lendir bercampur darah atau 'bloody show' akan kelihatan jika kelahiran semakin hampir. Jika kontraksi semakin kerap, cepat-cepat pergi ke hospital ye. 


Semoga ibu-ibu selamat ketika melahirkan bayi-bayi anda yang comel ke dunia ye. 

8 Tanda Bersalin yang Wajib Diketahui supaya Ibu Sempat ke Hospital


KLIK DI SINI UNTUK MEMBUAT BELIAN SET BERPANTANG SHAKLEE



Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda.Sebarang pertanyaan mengenai rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian :





Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976





" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."
Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015