13 May 2015

8 Tips Atasi Masalah Kembung Perut Bayi

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com


8 tips atasi masalah kembung perut bayi

Kebanyakan ibu sangat risau kalau bayi mereka mula merengek dan menangis. Pasti perkara yang terlintas di minda si ibu, mesti ada perkara yang tidak menyenangkan bayi seperti kembung perut. Dalam pantang ni, bukan diri kita je yang kita kena jage, bayi kita pun perlu diberi perhatian kerana mereka masih dalam tempoh menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

Bagaimana cara mengetahui sama ada bayi anda kembung perut?

Jika bayi anda menangis tanpa henti sambil menolak-nolak kakinya, cuba anda tepuk atau jentik perlahan perut bayi anda. Jika perut bayi anda bunyi seperti kosong semasa di tepuk atau dijentik, itu bermakna bayi anda mengalami masalah kembung perut.

Punca bayi kembung perut.

  • Bayi yang menyusu menggunakan botol.
Ini kerana apabila bayi menyusu menggunakan botol, udara yang berada di dalam botol akan masuk ke dalam mulut bayi dan seterusnya ke dalam perut bayi.

  • Ibu menyusu tidak menjaga pemakanan.
Ibu menyusu perlu mengenal pasti makanan yang menyebabkan kembung yang terjadi pada bayi anda. Terdapat beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kembung perut iaitu :

  1. Makanan yang berunsur kekacang seperti kacang tanah
  2. Jagung
  3. Tomato
  4. Minuman berkafein
  5. Sesetengah jenis pisang
  6. Brokoli
  7. Bunga kobis
8 Tips Atasi Masalah Kembung Perut Bayi


  1. Sapukan minyak telon di bahagian perut, belakang badan, tapak kaki. Sambil sapu tu bolehla urut perlahan dengan cara menolak ke arah bawah perut supaya angin yang berlegar dalam perut tu boleh keluar. Boleh juga mengurut bahagian belakang betis.
  2. Boleh tuam di bahagian perut, tapak kaki dan tapak tangan bayi setiap kali selepas mandi.
  3. Jika anda menggunakan botol untuk menyusukan bayi anda, pastikan anda menggunakan botol yang mempunyai fungsi anti-colic seperti Tomee Tippee.
  4. Gunakan daun sirih yang dilayur di atas tudung periuk dan di sapu sedikit dengan minyak kelapa. Apabila agak-agak suam, tuam pada sekitar perut, pusat, tapak kaki dan pada kemaluan jika bayi anda bayi lelaki untuk mengelakkan angin pasang.
  5. Boleh juga gunakan daun mengkudu dan lakukan seperti cara no 4.
  6. Gunakan ramuan herba jintan yang di campur dengan beberapa jenis herba yang lain. Masukkan dalam kain dan ikat seperti sup bunjut. Panaskan di atas tudung periuk. Bila agak-agak suam, tuam di tempat yang berkenaan.
  7. Jangan rendam baju bayi anda. Jika ingin di basuh, gunakan sabun dan bilas.
  8. Gunakan barut untuk membengkung perut bayi anda supaya tidak masuk angin.
Semoga entry kali ni dapat membantu ibu bapa yang buntu untuk mengatasi masalah kembung perut bayi.

Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015