1 May 2015

Bahaya Penggunaan Walker Pada Bayi

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com


bahaya penggunaan walker pada bayi
Ramai di antara para ibu bapa yang sangat teruja apabila melihat perkembangan anak yang pada mulanya tidak bergerak aktif, akhirnya sudah mampu untuk meniarap. Pasti akan terlintas di fikiran anda semua tentang ingin membelikan si manja anda walker kan?

Walaupun walker ini dilihat seakan-akan 'rakan' kepada bayi, tapi hakikatnya ia mempunyai keburukan atau bahaya kepada si manja.

Kebanyakan ibu bapa beranggapan bahawa walker boleh mengendalikan si manja mereka yang sedang aktif bergerak.

Namun, tiada ibu bapa yang tahu bahawa walker mampu melambatkan perkembangan motor tubuh si manja anda. Lebih teruk lagi, ia mampu melambatkan perkembangan mental bayi.

Walaupun ia memberi kebebasan untuk si manja anda bergerak aktif, namun ia mempunyai risiko kemalangan. Daripada tahun 1990-2001, terdapat lebih daripada 200,000 kes kemalangan bayi yang menggunakan walker di Amerika Syarikat yang melibatkan bayi yang menggunakan walker. Antara kecederaan yang disebabkan oleh walker seperti cedera kepala, patah tulang, patah gigi, jari tersepit, bayi terjatuh dari tangga atau bayi mencapai objek-objek yang panas dan tajam.

Pada tahun 1997, Amerika Syarikat menetapkan garis panduan kepada ciri rekabentuk baby walker seperti ianya mesti besar supaya ia tidak boleh melepasi pintu dan tangga serta mempunyai alat penahan atau 'brake' apabila hendak terjatuh. Selepas daripada tahun 1997, kes yang melibatkan bayi yang menggunakan walker jatuh dari tangga semakin berkurang.

Di Kanada, pernah dijalankan hukuman denda dan penjara kepada sesiapa yang memiliki baby walker. Di Amerika Syarikat, para pakar kanak-kanak juga menyokong pengharaman baby walker.

Walker tidak membantu bayi untuk belajar berjalan. Penggunaan walker secara berlebihan boleh merencatkan perkembangan bayi. Bayi perlu meniarap, merangkak, duduk dan bermain di atas lantai, untuk membolehkan ia mencapai tahap-tahap utama dalam perkembangan si manja.

Meskipun terdapat beberapa statistik yang membimbangkan mengenai penggunaan walker bayi, masih tidak realistik. Sesetengah pakar merasakan bahawa walker sepatutnya digunakan oleh bayi yang berusia 9 bulan ke atas kerana pada ketika itu, si manja sudah pandai duduk dan merangkak.


Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015