27 May 2015

Beza Best Before, Use Before dan Expiry Date

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.


perbezaan best before, use before dan expiry date


Bila kita beli barang, perkara pertama yang kita tengok mesti tarikh luput atau expiry date yang akan dicetak di kotak, botol ataupun tin barang yan g kita ingin beli tu. Ada yang tulis best before, ade yang tulis expiry date dan ade pulak yang tulis use before. Sebenarnya kita faham atau tau ke apa perbezaan antara tiga perkataan tu???

Entry kalini saya akan terangkan mengenai perbezaan best before, use before dan expiry date.

1. Best Before

Biasanya label Best Before ini digunakan untuk makanan yang di pek segar selama 90 hari atau kurang daripada 90 hari. Ia juga masih dilabel dengan perkataan best before walaupun produk tersebut di jual di tempat yang berasingan dengan tempat produk tersebut di pek. 

Kesegaran makanan yang di label dengan Best Before akan berkurangan selepas daripada tarikh yang tertera. Ianya bergantung kepada bagaimana cara kita menyimpan produk tersebut. Contoh makanan yang berlabel Best Before ialah roti.

Gunakan deria hidu, bau dan rasa untuk memastikan kualiti makanan itu sama ada masih boleh di makan atau tidak.


2. Use Before

Kebiasaannya, label Use Before digunakan untuk produk yang perlu di gunakan sebelum tarikh yang terteraa di paket atau tin makanan tersebut. Ianya bertujuan untuk menjaga keselamatan penggunaan dan kesihatan pengguna jugak. 


3. Expiry Date / Tarikh Luput

Label expiry date selalunya digunakan pada produk cecair seperti susu formula, susu kotak, dan supplement. Selepas daripada tarikh tersebut, produk tersebut tidak mempunyai kandungan nutrisi seperti yang tertera pada label. Ia juga perlu di buang kerana tidak boleh di makan lagi. 


Beza Best Before dan Use Before??

  • Best Before - Masih boleh di makan. Tapi kualiti makanan telah berkurangan. Ia masih boleh di jual atau di beli.
  • Use Before - Tidak boleh di makan selepas daripada tarikh yang tertera di label. Peniaga juga tidak boleh menjual produk tersebut lagi.

Semoga perkongsian saya memberi manfaat buat semua!
Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015