19 May 2015

Resepi Kerutup Daging

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com


Harini saya akan share resepi Kerutup Daging khas untuk semua pembaca Riznina.com. Saya akan rangkumkan bahan yang diperlukan dan cara untuk menyediakan Kerutup Daging ni.



Bahan-bahan :

25 ml    Minyak Masak
3 helai  daun pandan, koyak dan simpulkan
1 kg      daging tanpa lemak(bahagian atas), dihiris nipis
750 ml  Santan yang diambil daripada 1biji kelapa
2 keping  Asam Keping
1 sudu makan gula
55 g  kerisik
1 helai daun kunyit, diricik halus
Garam secukupnya


Bahan Rempah Ratus

2 biji  Bunga lawang
3 biji  Buah Pelaga
3 biji  Bunga Cengkih
1 inci Kulit Kayu Manis


Bahan Pes Rempah

20-30 biji cili kering, direndam, buang biji daan tuskan
200 g Bawang besar, kupas kulit
4 ulas Bawang putih,kupas kulit
1 inci Halias, kupas kulit
2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh jintan putih
15-20 biji lada hitam


Penyediaan

  1. Satukan bahan pes rempah ke dalam pengisar dan dikisar halus.
  2. Panaskan minyak dan tumis rempah ratus dan daun pandan hingga naik bau wangi. Masukkan pes rempah kisar dan masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan masakkan hingga daging mengecut. Masukkan santan dan asam keping. Renehkan hingga kuah pekat.
  4. Masukkan pula garam, gula, kerisik dan daun kunyit. Buang daun pandan dan asam keping tadi.
  5. Hidangkan panas bersama nasi.

Selamat Mencuba!




Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015