25 May 2015

Resepi Nasi Ayam Sedap

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

resepi nasi ayam sedap

Hai semua. Harini apa ibu-ibu cantik semua masak? Harini saya masak nasi ayam je. Tu je menu yang paling senang dan memang puas hati bila makan. hehehe. Okay, harini saya nak share resepi nasi ayam sedap untuk semua.


Bahan-bahan :

1 ekor ayam
1 inci halia, dikupas kulit dan ditumbuk
2 ulas bawang putih, dikupas kulit dan ditumbuk
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar majerin
1 botol sos cili (jika perlu)
Hirisan tomato untuk hiasan
Hirisan timun untuk hiasan
Garam untuk perasa


Bahan Nasi Ayam :

110 g marjerin
2 labu bawang besar, kupas kulit dan di cincang
1 inci halia muda, kupas kulit dan cincang halus
3 ulas bawang putih, kupas kulit dan cincang halus
1/2 inci kulit kayu manis
2 helai daun pandan, dikoyak-koyak dan disimpulkan
900 g beras, bersihkan dan tus
1.4 liter stok ayam atau air rebusan ayam
Garam secukup rasa


Penyediaan :
  1. Sediakan nasi ayam : cairkan marjerin di dalam periuk dan tumis bawang besar, halia, kulit kayu manis, dan daun pandan selama beberapa minit hingga naik bau. Masukkan beras dan goreng selama beberapa minit.
  2. Masukkan stok ayam atau air rebusan ayam dengan garam. Biarkan masak sehingga semua bahan meresap dan kecilkan api. Tutup periuk dan masak lagi selama 10 minit.
  3. Sementara itu, ratakan ayam dengan garam, halia, bawang putih, kicap pekat manis dan marjerin. Masukkan dalam loyang pembakar.
  4. Bakar dengan pembakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30-40 minit sehingga ayam masak.
  5. Potong ayam mengikut saiz yang bersesuaian untuk dimakan. Hiaskan bersama tomato dan timun. Siap untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba ye semua!
Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015