29 May 2015

Resepi Nasi tomato yang Lazat

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.


Resepi nasi tomato yang lazat


Okay, harini saya akan share resepi nasi tomato yang lazat ni. Boleh la ibu-ibu gunakan untuk menu makan tengahari atau makan malam harini. Kadang-kadang anak-anak jemu jugak kalau hari-hari makan nasi putih je. Mungkin Resepi Nasi Tomato ni boleh ubah selera ibu-ibu sekeluarga.


Bahan-bahan :

125 ml minyak sapi
2 ulas bawang besar, dikupas kulit
1 labu bawang putih, dikupas kulit
15 biji bawang merah, dikupas kulit dan dihiris
2 batang serai, diketuk
2 sudu makan pes tomato
4 sudu makan kismis
15 biji badam
3 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
2 helai daun pandan, cincang dan simpul
500ml stok ayam
4 sudu makan susu sejat
2 helai daun pudina, cincang dan tambah sebagai hiasan
500 g beras, dicuci bersih dan dibilas
Bawang goreng rangup untuk hiasan
Garam secukupnya

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan sedikit minyak sapi di dalam pan dan tumis bawang putih, bawang besar, bawang merah, serai dan pes tomato. Kemudian, masukkan kismis, badam, buah pelaga, kulit kayu manis, dan daun pandan.
  2. Tuangkan stok ayam dan susu sejat, kemudian masukkan daun pudina, biarkan mendidih. Perasakan dengan garam.
  3. Masukkan beras dan biarkan masak. Hiaskan nasi dengan bawang goreng rangup dan daun pudina. Hidangkan.

Nasi tomato ni lagi sedap di makan dengan ayam masak merah. Untuk resepi ayam masak merah, boleh klik di sini. 

Selamat mencuba semua!
Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015