24 May 2015

Resepi Sup Ayam yang Sedap

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.


resepi sup ayam yang sedap 

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak update blog. Dari siang sibuk bersama anak dan suami. Okay, harini saya nak share resepi sup ayam yang sedap. Anda mesti suka punya lah!

Bahan-bahan:

6 sudu makan minyak masak
1 inci kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
1 ekor ayam , potong ketulan kecil
1.5 liter air
1 batang lobak merah, kupas kulit dan potong 5cm panjang
2 biji kentang, kupas kulit dan potong empat
1 batang daun bawang, dicincang
2 tangkai daun ketumbar, dicincang
125 g bawang goreng
Garam secukup rasa

Bahan Pes Rempah :

10 biji bawang merah, kupas kulit
3/4 inci halia, kupas kulit
2 ulas bawang putih, kupas kulit
1 sudu makan lada hitam
2 sudu makan biji ketumbar
1 sudu makan biji jintan manis
1 sudu makan biji jintan putih

Penyediaan :

  1. Satukan bahan pes rempah dan masukkan ke dalam pengisar dan kisar halus.
  2. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumiskan pes rempah yang dikisar, beberapa minit hingga naik bau wangi.
  3. Masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan ayam. Gorengkan campuran itu dalam 5 minit.
  4. Masukkan air, lobak merah dan kentang, renehkan untuk 1 jam.
  5. Perisakan dengan garam. Taburkan daun bawang, daun ketumbar dan bawang goreng sebelum di hidangkan.

Selamat mencuba!
Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015