29 May 2015

Tips Memilih Kasut yang Sesuai Ketika Hamil

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.


tips memilih kasut yang sesuai ketika hamil


Semasa hamil, tidak semua jenis kasut sesuai untuk ibu hamil pakai. Kaki merupakan anggota penting kerana ianya berfungsi untuk menyokong keseluruhan tubuh ketika kita berdiri. Pemilihan kasut yang sesuai digunakan semasa hamil sangat penting. Yelah, makin bertambah hari, makin membesar perut ibu-ibu yang hamil kan. 

Saya dahulu, sewaktu hamil, saya lebih gemar memakai kasut yang selesa untuk bergerak dan bukanlah kasut yang bertumit. Suami saya belikan kasut jenama Scholl kerana ianya sangat lembut. 

Jom kita tengok kasut apa yang sesuai di pakai oleh ibu hamil.

  • Tapak Rata
Seeloknya, pakailah kasut yang mempunyai tapak yang rata. Apabila kandungan semakin membesar, ibu-ibu memerlukan sokongan untuk bergerak dan berdiri dengan stabil. Kasut yang bertumit akan membuatkan pergerakan ibu terbatas dan mempunyai kemungkinan untuk tergelincir.

  • Tapak Tidak Licin
Tapak yang tidak licin mengurangkan kemungkinan ibu-ibu tidak tergelincir sewaktu berjalan. Ia boleh memudaratkan ibu dan kandungan jika ibu-ibu tergelincir. Selain tapak yang rata, tapak yang tidak licin juga amat perlu dititik beratkan.

  • Mudah Disarung 
Pilihlah kasut yang mudah untuk disarung supaya ibu-ibu tidak perlu meminta bantuan untuk memakai kasut dan terbongkok-bongkok ketika ingin memakainya. Antara kasut yang mudah disarung ialah sandal.

  • Selesa dipakai
Pilih kasut yang selesa untuk dipakai dan mempunyai potongan yang lebar. Maklumlah, sesetengah ibu akan mengalami masalah kaki bengkak semasa hamil atau edema. Jadi, pemilihan kasut yang berpotongan lebar akan memberi keselesaan kepada ibu hamil.

Selain pemilihan kasut yang sesuai, postur semasa kita berdiri juga penting untuk memastikan ibu hamil kekal sihat dan cergas. 

Tips Memilih Kasut yang Sesuai Ketika Hamil


Jika ibu-ibu masih mengalami sakit belakang dan sebagainya, berkemungkinan ibu-ibu kekurangan vitamin semasa hamil


Semoga perkongsian saya mendatangkan manfaat untuk ibu-ibu semua!
Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015