20 May 2015

Tips Mudah untuk Menentukan Jantina Anak Perempuan atau Lelaki

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.


tips mudah untuk menentukan jantina anak perempuan atau lelaki

Apabila isteri di sahkan hamil, pasti suami isteri ini ligat memikirkan jantina anak mereka yang bakal dilahirkan kelak. Anak lelaki atau anak perempuan? Apabila usia kandungan menginjak ke minggu ke 25, pasti ibu-ibu semua tak sabar untuk pergi ke klinik dan scan 4D semata-mata untuk melihat jantina bayi dan apa lah yang bayi anda sedang lakukan. Sama juga seperti saya yang sememangnya eksaited untuk pergi scan baby dalam perut setiap kali mengandung. 

Tapi, betul ke yang kita sebenarnya boleh tentukan jantina baby dalam kandungan? Ada juga pasangan yang bernasib baik sebab dikurniakan anak sepasang lelaki dan perempuan seperti saya. Ada juga yang tidak bernasib baik kerana masih tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan walaupun anak yang ada sudah ada 3 orang. 

Mari kenali apakah yang menyebabkan perbezaan jantina baby:

1. Bayi Lelaki
  • Kromosom-X
  • Ukuran sperma lebih kecil
  • Bergerak Laju
  • Jangka Hidup lebih pendek

2. Bayi perempuan
  • Kromosom-Y
  • Ukuran sperma lebih besar
  • Bergerak perlahan
  • Jangka hidup lebih lama

Tips mudah untuk dapat anak lelaki, khas bagi yang ingin mencuba :

  1. Elakkan makanan yang berasid kerana ia mampu membunuh sperma lelaki. Jadi, amalkan pemakanan yang beralkali, seminggu sebelum melakukan hubungan intim.
  2. Lakukan hubungan intim pada waktu malam.
  3. Elakkan pengambilan susu atau sebarang produk tenusu yang berada di pasaran seperti yogurt, cheese, coklat dan kekacang.
  4. Makan makanan bergaram.
  5. Elakkan bersama seminggu sebelum waktu subur. Mulakan hubungan intim ketika waktu subur dan pastikan jumlah sperma yang tinggi.
  6. Amalkan pembacaan Surah Yusuf sebelum kandungan mencecah tiga bulan.

Tips mudah untuk dapat anak perempuan, khas bagi yang ingin mencuba:

  1. Elakkan mengambil makanan yang bergaram kerana ia boleh membunuh peluang anda untuk mendapat bayi perempuan.
  2. Banyakkan pengambilan susu dan produk tenusu seperti yogurt, cheese, dan kekacang.
  3. Lakukan hubungan intim pada waktu siang.
  4. Amalkan pembacaan Surah Maryam sebelum kandungan mencecah tiga bulan.
  5. Perbanyakkan pengambilan makanan yang mengandungi kalsium dan magnesium.
  6. Makan makanan yang berasid. Boleh rujuk rajah di bawah :
Tips Mudah untuk Menentukan Jantina Anak Perempuan atau Lelaki


Walaubagaimanapun, kita hanya mampu berusaha tapi Allah yang akan menetukan segalanya. Semoga info kali ini bermanfaat untuk semua!


Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015