13 Jun 2015

Resepi Ayam Kuzi Super Lazat

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Harini saya akan share resepi ayam kuzi super lazat. Sesuai sangat la untuk sesape yang masih buntu, tak tau nak masak apa tengahari ni.

Jom kita tengok apa bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya. Senang gila!




resepi ayam kuzi super lazat

Bahan-bahan :

4 sudu makan minyak sapi
2 batang serai, diketuk
3 helai daun pandan, disimpul
2 biji bawang besar, kupas kulit dan hiris nipis
5 sudu makan cili kisar
2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk jintan manis
250 g kismis
1 ekor ayam
5 sudu makan puri tomato
250 ml susu
250 ml air mawar
1 sudu teh saffron
150 g yogurt perisa asli
250 g bawang goreng
2-3 helai daun limau purut , dicarik
Rempah ratus (bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis)
Air, sekiranya perlu
Garam secukupnya
Gula secukupnya

Bahan Kisar A

20 biji bawang merah, kupas kulit
3 ulas bawang putih, kupas kulit
1 inci halia, kupas kulit

Bahan Kisar B

8 biji cili hijau, buang biji
55 g daun ketumbar
55 g daun pudina


Cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumis bahan kisar A bersama rempah ratus, serai, daun pandan hingga naik bau wangi. Masukkan bawang dan goreng hingga keperangan.
  2. Masukkan cili kisar, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, kismis dan bahan Kisar B. Goreng hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam dan puri tomato. Kecilkan api da n biarkan selama 15 minit.
  4. Masukkan susu, air mawar, saffron dan sedikit air. Masak sehingga ayam lembut dan kuahnya pekat.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan yogurt dan kacau hingga masak (sekitar 5 minit). Taburkan bawang goreng dan daun limau purut. Hidangkan segera.
Selamat mencuba semua!

12 Jun 2015

Resepi Gulai Lemak Ketam dengan Nenas

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Apa khabar semua? Harini saya nak share Resepi Gulai Lemak Ketam dengan Nenas. Memang best gila kalau dapat makan gulai lemak ketam panas time-time hujan ni. Perrgh!

Okay, jom tengok apa bahan yang diperlukan dan cara untuk menyediakan Gulai lemak ketam dengan nenas ni ye!


resepi gulai lemak ketam dengan nenas

Bahan-bahan :

30 biji cili padi, dibuang biji
1 1/2 inci kunyit hidup (nak bubuh serbuk kunyit pun boleh)
1 liter santan
1/2 biji nenas, dikupas kulit dan dipotong kecil
3 keping asam gelugur
2 helai daun kunyit, diracik halus
5 ekor ketam, dibersihkan di potong dua
Garam secukup rasa


Cara Penyediaan :
  1. Tumbuk cili padi dan kunyit hidup sehingga lumat. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk bersama santan dan nenas. Biarkan ia mendidih selama 15 minit.
  2. Masukkan asam gelugur, garam dan daun kunyit.
  3. Apabila kuah mendidih, masukkan ketam dan masak lagi selama 5 minit sehingga ketam masak. Lebihkan garam jika suka.
  4. Siap untuk dihidangkan.

Senang je kan? Apa tunggu lagi, cubalah! Selamat mencuba semua!

5 Tips Hilangkan Sakit Badan Ibu Hamil dan Ibu Menyusu

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com

Dari awal tempoh kehamilan sehingga tempoh kita menyusukan bayi, kita pasti akan merasa sakit-sakit badan ni. Semasa tempoh kehamilan, kita jadi sakit belakang tu sebab tulang belakang kita terpaksa menampung berat badan yang berlebihan. Selepas melahirkan, maka kita akan menyusukan anak pula. Ketika menyusukan anak, yang menjadikan kita sakit badan tu sebab postur yang salah ketika menyusukan bayi. Sakit badan ni akan dirasai sebaik kita bangun dari tidur.

Ada seorang ibu ni pun mengalami masalah yang sama. Sakit badan sampai tak mampu nak dukung anknya walaupun berat anak itu hanya beberapa kilogram sahaja. Jom kita sama-sama tengok macam mana ibu ni menyelesaikan masalahnya yang mungkin akan membantu ibu-ibu lain juga. 





Okay, jadi saya akan share 5 tips hilangkan sakit badan ibu hamil dan ibu menyusu. Maka, ibu-ibu bolehlah gunakan tips yang akan saya kongsikan ni ye.
5 tips hilangkan sakit badan ibu hamil dan menyusu

Cara Hilangkan Sakit Belakang :

1. Berurut

Berurut boleh melegakan sakit belakang kerana ianya membantu untuk merangsang perjalanan darah yang betul. Untuk ibu hamil, berurut boleh tapi bukan di bahagian perut ye. Lagi senang kalau suami kita sendiri yang tolong urutkan.


2. Minyak kelapa dara

Seperti yang kita sedia maklum, minyak kelapa dara mempunyai banyak khasiatnya. Minyak kelapa dara membantu mengelakkan kekejangan serta keletihan pada otot. Selain itu, ia juga membantu penyerapan nutrien dan mineral dalam tubuh kita jika kita rasa sakit badan.

3. Cuka Epal ( Apple Cider Vinegar - ACV )

Kandungan asid yang terdapat dalam ACV terbukti mampu menenangkan kulit dan otot kita. Selain itu, ACV membekalkan mineral yang sangat hebat untuk badan dan membantu mengatasi masalah sakit badan dan kekejangan otot.

4. Rehat yang secukupnya

Kadangkala kita perlu melarikan diri seketika daripada tugas harian kita. Ambil masa untuk berehat. Bunyi seperti mustahil, tapi dengan bantuan suami dan orang sekeliling, semuanya akan menjadi kenyataan.

5. Supplement

Pengambilan supplement semasa hamil dan menyusukan bayi memang sangat membantu. Anda boleh cuba mengambil Set Hamil Cergas Bertenaga dan Set Menyusu untuk menghilangkan sakit-sakit badan tu.

Apa-apa pun, ibu-ibu jangan cepat sangat melatah. Walaupun ibu-ibu alami sakit-sakit badan sepanjang tempoh kehamilan, ganjaran yang Allah bagi sangat banyak dan lumayan. Sebaiknya, ibu-ibu bersyukur kerana tidak semua orang di beri rezeki untuk merasai tempoh mengandung dan menyusukan anak.

Jika ada ibu-ibu yang mengalami masalah penyusuan seperti susu kering, lemah dan lesu ketika hamil dan menyusu. Anda boleh klik link di bawah untuk membeli set hamil dan set menyusu untuk menjadi lebih sihat dan bertenaga seperti kebiasaannya.

KLIK DI SINI UNTUK MEMBELI SET HAMIL CERGAS BERTENAGA



KLIK DI SINI UNTUK MEMBELI SET MENYUSU



Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda.Sebarang pertanyaan mengenai rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian :





Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976


8 Cara Hilangkan Sakit Kepala Secara Semulajadi


" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."

11 Jun 2015

8 Cara Hilangkan Sakit Kepala Secara Semulajadi

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.


8 cara hilangkan sakit kepala secara semulajadi

Ramai di antara kita yang akan mengalami sakit kepala. Tidak kira la samada berjam-jam mahupun berhari-hari lamanya. Kadangkala sakit kepala yang di alami itu mengganggu tumpuan seseorang untuk melakukan tugasa harian ketika bekerja mahupun belajar.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat beberapa perkara yang menyebabkan terjadinya sakit kepala, diantaranya ialah:
  • Tekanan
  • Migrain
  • Kemurungan
  • Sakit gigi dan tulang rahang
  • Kekejangan otot
  • Tekanan darah tinggi
  • Penyakit berkaitan mata, telinga, hidung dan tekak
  • Angin ahmar
  • Kecederaan kepala dan tengkuk/leher
  • Jangkitan atau ketumbuhan dalam otak (brain tumor)
Ada tak salah satu tanda yang ada di atas ni yang anda perna rasa? Nak tau tak cara untuk hilangkan sakit kepala yang anda rasa tu secara semulajadi? Di sini saya akan senaraikan beberapa cara hilangkan sakit kepala secara semulajadi.

8 Cara Hilangkan Sakit Kepala Secara Semulajadi


1. Urut dengan minyak panas.

Cara untuk hilangkan sakit kepala yang terbukti berkesan adalah dengan melumurkan minyak panas di bahagian kepala, tengkuk dan belakang telinga.


2. Penggunaan pek ais

Cuba letak benda yang sejuk di kepala seperti pek ais. Ini kerana ia boleh membuat kita berasa kebas. Jika tidak mempunyai pek ais, anda boleh letak ketulan ais sama ada yang di beli di pasaraya mahupun yang di sejukbekukan di peti ais di rumah dengan tuala kecil. Letak di kepala untuk beberapa minit.

8 Cara Hilangkan Sakit Kepala Secara Semulajadi

Pek Ais


8 Cara Hilangkan Sakit Kepala Secara Semulajadi

Ketulan ais dan tuala kecil


3. Gunakan limau kasturi.

Perah limau kasturi atas kepala dan ramas rambut. Picit bahagian kepala yang sakit sambil meramas-ramas rambut tadi. Kulit limau kasturi yang digunakan tadi, jangan dibuang! Masukkan kulit kedalam bekas yang berisi air bersih. Selepas selesai meramas kepala tadi, jiruskan air yang berisi kulit limau tadi ke atas kepala dan badan.


4. Rawatan akupuntur

Jika anda sering mengalami sakit kepala dengan kerap dan berulang-ulang, anda boleh cuba rawatan akupuntur. Jarum kecil yang digunakan semasa rawatan akupuntur di percayai dapat menyelaraskan kembali tenaga di dalam badan mengikut fahaman akupuntur itu sendiri. 

Ia merupakan rawatan yang mempunyai kesan sampingan yang minima. Saya yakin bahawa rawatan akupuntur merupakan cara terbaik untuk hilangkan sakit kepala.


5. Letak kain basah

Anda juga boleh menggunakan kain basah untuk menghilangkan sakit kepala. Fungsinya lebih kurang seperti menggunakan pek ais. Baring sambil letakkan kain basah di atas dahi sehingga kesakitan yang di alami semakin membaik.


6. Rehatkan diri

Apabila anda merasa sakit kepala, apa kata kalau anda cuba tahan diri anda daripada makan panadol. Jika waktu sakit kepala tu menyerang dan anda berada di tempat yang sesuai untuk berehat, cuba anda rehatkan diri anda untuk beberapa ketika sehingga sakit kepala anda semakin membaik. 

Cuba hindarkan diri daripada berada di tempat yang terlalu ramai orang, dan bising. Cara untuk menghilangkan sakit kepala ini nampak mudah, tapi ia agak sukar untuk dilakukan jika anda sakit kepala di pejabat.


7. Minum air elektrolit

Antara cara lain adalah dengan meminum air elektrolit seperti Revive dan 100 Plus. Ia dipercayai dapat mengembalikan bendalir dan tenaga dalam badan yang membantu dalam menyembuhkan sakit kepala. Tapi, anda di nasihatkan tidak mengambil minuman ini dalam kuantiti yang banyak kerana ia mengandungi kandungan gula yang tinggi.


8. Rendam kaki dalam air panas

Cara lain yang anda boleh cuba untuk menghilangkan sakit kepala adalah dengan merendamkan kaki anda ke dalam bekas yang berisi air panas. Ia boleh menarik pengaliran darah daripada bahagian atas ke bahagian bawah dan ia dapat mengurangkan sakit kepala yang anda alami. Cuba lakukan selama 35 minit, dan anda akan dapati yang sakit kepala anda merasa lega.

Setelah anda cuba kesemua cara yang diberikan dan kesakitan yang anda alami tidak berkurangan, anda di sarankan untuk berjumpa dengan doktor. 

Apa yang Shaklee boleh bantu untuk melegakan sakit kepala??

Boleh ke Shaklee bantu untuk melegakan sakit kepala?? InsyaAllah boleh. Shaklee mempunyai supplemen yang semulajadi yang mampu melegakan sakit kepala yang anda alami.

Macam mana pulak tu? Produk apa yang boleh nak legakan sakit kepala dan apa fungsinya??

Mari saya terangkan satu-satu ye!

8 Cara Hilangkan Sakit Kepala Secara Semulajadi

  • B-Complex
Ia membantu untuk menambahkan aliran darah ke otak dan bersifat anti-stress. Selain itu, riboflavin membantu untuk menambah simpanan tenaga dalam sel otak.


8 Cara Hilangkan Sakit Kepala Secara Semulajadi

  • Sustained Release Vita C Plus
Ia membantu untuk membina sel darah merah yang sihat  dan membantu sel darah putih untuk menentang bakteria dan kuman. Selain itu, ia membantu penghasilan hormon adrenal yang berfungsi sebagai anti-stress.

KLIK DI SINI UNTUK MEMBUAT BELIAN





Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda.Sebarang pertanyaan mengenai rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian :





Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976


8 Cara Hilangkan Sakit Kepala Secara Semulajadi


" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."



10 Jun 2015

Resepi Kari Daging dengan Kentang

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Harini memang hari makanan berlemak sedunia. hehe. Kali ni saya akan share pulak Resepi kari daging dengan kentang. So, untuk sesiapa yang menggemari kari, anda memang di sarankan untuk mencuba. Memang terangkat dia punya sedap!


resepi kari daging dengan kentang

Seperti biasa, saya akan senaraikan bahan yang diperlukan dan cara untuk menyediakan kari daging dengan kentang ni ye.

Bahan-bahan :

125 ml minyak masak
1 1/2 inci kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
3 ulas bawang putih, kupas kulit dan hiris
8 biji bawang merah, kupas kulit dan hiris
3 tangkai daun kari
100 g serbuk kari daging
500 g daging, hiris kasar
2 biji kentang, kupas kulit dan potong baji
1 liter santan 
Garam secukup rasa


Cara penyediaan :
  1. Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, bawang putih, dan bawang merah sehingga keperangan.
  2. Masukkan daun kari, serbuk kari daging, daging, kentang dan santan. Renehkan sampai daging empuk. Perisakan dengan garam.
  3. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Resepi Gulai Lemak Ayam Terbaik

Assalamualaikum & Selamat sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Okay, harini saya akan share resepi gulai lemak ayam yang terbaik, sedap dan mudah untuk disediakan. Kadang-kadang teringin jugak kan makan makanan yang berlemak-lemak ni. hehehe. 

So, jom tengok apa bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya.



resepi gulai lemak ayam terbaik

Bahan-Bahan:

5 biji cili padi, buang biji dan hiris halus
1 1/2 inci kunyit hidup, kupas kulit
250 ml santan diperah daripada pati 1 biji kelapa dengan 250 ml air
1/2 ekor ayam, potong enam
1 batang serai, ketuk
1 helai daun kunyit, racik halus
Garam secukup rasa


Cara penyediaan :
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali daun kunyit. Renehkan selama 35 minit dengan api perlahan hingga masak.
  2. Setelah masak, hiaskan dengan daun kunyit yang dihiris dan siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Cara Buat Air Selusuh untuk Mudahkan Proses Bersalin

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Semua ibu hamil mengimpikan detik bersalin yang mudah setelah 9 bulan mengandung. Kalau boleh, sekali push je baby dah keluar. Tapi, tak semua ibu hamil mempunyai rezeki yang begitu mudah.

Sebelum itu, seorang ibu ini mempunyai tips yang sangat-sangat di ingini ibu hamil. Nak tau tips apa yang si ibu ini kongsikan? Jom tonton video di bawah ini.




Ada juga ibu-ibu yang mengambil jalan mudah dengan mengambil air selusuh semata-mata untuk memudahkan proses bersalin. Saya sendiri kurang pasti mengenai keberkesanan air selusuh ni untuk memudahkan proses bersalin. Kadang-kadang ada juga ibu yang terpaksa bersalin secara pembedahan kerana mengalami komplikasi sewaktu melahirkan. Ada yang kata air selusuh ni, seeloknya diminum masa kontraksi sedang kuat dan bukaan nya sudah besar.


cara buat air selusuh untuk mudahkan proses bersalin

Perlukah air selusuh untuk ibu yang mahu bersalin?

Saya memang tak pernah mengamalkan pengambilan air selusuh ni sewaktu melahirkan. Jadi, saya tak dapat nak bezakan sama ada ada perbezaan atau tidak apabila mengambil air selusuh.

Ada kata, air selusuh tu seeloknya di buat oleh suami sendiri. Biasanya air selusuh ini dibuat dengan dibacakan ayat-ayat Al-Quran dan diharapkan dapat membantu dalam memudahkan proses bersalin kelak. 

Harini saya akan share tentang cara buat air selusuh yang saya dapat melalui pembacaan saya. 

Cara Buat Air Selusuh dan Doa yang Disarankan

Bacakan ke dalam air yang mahu dijadikan air selusuh ( boleh juga gunakan air zamzam )

1. Bacakan Al-Fatihah
2. Surah Al-Hasyr ayat 21

Terjemahannya :

kalau sekiranya kami turunkan Al Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.


3. Selawat Syifa'
  • Ya Allah berikan rahmat ke atas penghulu kami nabi Muhammad S.A.W yang menjadi penawar kepada hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya.
4. Doa selusuh.
Terjemahannya :

” Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (nama isteri) penderiaan bersalin, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya."

5. Sapukan air pada perut ibu dari atas ke bawah dengan membaca selawat sebanyak tujuh kali.

6. Air selusuh perlu di minum satu sudu apabila sedang sakit kontraksi.


Cara Buat Air Selusuh untuk Mudahkan Proses Bersalin


Sebenarnya semuanya bergantung pada amalan yang kita lakukan semasa tempoh kehamilan. Bila Allah berkehendak untuk memudahkan urusan kita, maka semuanya akan menjadi mudah dan ia juga boleh berlaku sebaliknya. Wallahualam. 

Tak salah untuk mencuba, tapi jangan sampai jatuh syirik pulak ye. Lepas ni boleh la print doa tu dan bagi kat suami untuk buat air selusuh nanti ye. 

Buat ibu-ibu yang hampir tiba waktu untuk melahirkan, semoga semuanya dipermudahkan dan selamat hendakNya.

9 Jun 2015

Tips Memilih Pam Susu Ibu yang Terbaik

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Para ibu sering menghadapi kesukaran ketika ingin memilih pam susu supaya ia mengikut kesesuaian ibu-ibu. Bagi saya, ia merupakan kelengkapan yang perlu disediakan apabila kelahiran si comel. Bagi saya, keperluan memiliki pam susu lebih utama jika nak dibandingkan dengan stroller baby kerana harga kedua barangan tersebut adalah sama. Jika mampu, ibu-ibu boleh membeli kedua barangan tersebut. 

Untuk mencari pam susu yang sesuai, ibu-ibu harus mempertimbangkan berapa kerap ibu-ibu akan menggunakan pam susu untuk memerah susu. Pam susu yang semakin banyak di pasaran membuatkan si ibu agak 'confius' untuk memilih. 

Justeru itu, entry saya pada kali ini akan menekankan tips memilih pam susu ibu yang terbaik dan mengikut keperluan ibu-ibu semua.


tips memilih pam susu yang terbaik


Sebaik sahaja anda melahirkan cahaya mata yang telah di tunggu selama 9 bulan, kemungkinan ibu-ibu akan mengalami bengkak susu yang kalau tidak dirawat boleh mengakibatkan ibu yang sedang berpantang demam dan yang lebi teruk lagi, jangkitan pada saluran susu. Ini kerana, susu akan yang dihasilkan pada waktu itu sangat banyak dan melebihi keperluan bayi anda. 

Ibu ini juga mengalami masalah penyusuan, tapi bukan masalah mengenai pam susu tau. Jom kita tengok video ibu ini yang pasti akan mengubah hidup ibu-ibu menyusu di luar sana.





Ibu-ibu perlu memilih pam susu yang terbaik supaya dapat merangsang penghasilan susu ibu dengan baik. Tidak kira lah sama ada ibu yang akan kembali bekerja ataupun duduk di rumah sahaja tetapi inginkan si comel menyusu menggunakan botol apabila keluar berjalan.

Sesi mengepam sebaiknya di mulakan ketika di dalam pantang. So, masa dalam pantang juga, si comked

  • Pam Elektrik / Bateri
  • Pam Manual
Ada juga sesetengah ibu yang memiliki kedua-dua kategori pam susu tersebut. Tapi, kebanyakan ibu-ibu akan memilih salah satu daripadanya. Jadi, supaya ibu-ibu senang dan tak confius untuk memilih jenis pam, pilihlah ikut seperti saya tulis di bawah ini ye.

1. Untuk ibu yang perlu mengepam susu lebih daripada satu kali sehari.

  • Ibu-ibu disarankan untuk memilih electric breast pump.
  • Pam ini boleh melakukan tugas secara heavy duty. Pam ini biasanya menjadi pilihan ibu-ibu sama ada single atau double pump. 
  • Pam ini kebiasaannya boleh beroperasi secara terus menggunakan tenaga elektrik atau menggunakan bateri.
  • Pam jenis ini sangat sesuai untuk ibu-ibu yang mempunyai masa yang terhad kerana ia mampu menyingkatkan waktu untuk mengepam.

2. Untuk ibu yang perlu mengepam sekali sehari sahaja.

  • Ibu disarankan memilih manual breast pump.
  • Pam jenis ini murah dan memberikan ibu yang masih ingin meneruskan direct feeding kepada bayi. 
  • Namun, pam jenis ini mengambil masa yang lama untuk mengosongkan payudara dan hanya akan mengosongkan sebelah payudara sahaja.

Bagi ibu yang bekerja, pelbagai faktor perlu dititikberatkan dalam pemilihan pam susu. Antaranya ialah :
  • Berat pam
  • Punca elektrik di tempat kerja
  • Tahap kebisingan pam
  • Kebolehan double pumping untuk penjimatan masa
Ada pelbagai jenama sebenarnya breastpump ni. Seeloknya kalau nak beli, pergi ke kedai yang menjual pelbagai jenis pam susu seperti Fabulous Mom. Pillih ikut keseuaian anda. Jangan ikut apa yang orang pakai dan jangan ikut review. Tak semestinya ramai orang suka, pam itu sesuai untuk anda ye.

Antara jenama yang terkemuka yang terdapat di pasaran adalah Medela Swing (single pump), Medela Freestyle (double pump), Snowbear, Spectra M1, Spectra 3, Rumble Tuff Duo dan banyak lagi.

Pam yang paling baik adalah pam yang dikelaskan sebagai hospital grade. kerana ianya diiktiraf selamat, kukuh, lasak dan berkesan.

Tak kesah la mahal ke murah, asalkan ianya memenuhi keperluan ibu itu sendiri. Cuma, pada awal proses mengepam, susu ibu tak akan keluar dengan meriah ye. Jangan sedih pulak kalau susu tu tak mencurah-curah. 

Akhir kata, carilah pam susu ibu yang terbaik kerana ia membantu anda untuk melancarkan proses mengepam susu.

Selamat menuai semua!

6 Jun 2015

Vitalea For Children untuk Anak yang Super Power

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.



Vitalea for Children

Alhamdulillah, setelah sekian lama menghilang, akhirnya Vitalea for Children kini kembali.! Kandungan yang terdapat di dalam Vitalea for children ini telah di ubah suai supaya ia menjadi lebih power untuk anak-anak kita yang super power. 

Dengan rasa anggurnya, pasti membuat anak-anak tidak sabar untuk mengunyah Vitalea mereka dan sering terbayang-bayang tentang Vitalea for children ni. hehehe. Ibu-ibu jangan risau sebab lebih bagus ibu-ibu bagi anak-anak makan vitalea for children ni berbanding bagi gula-gula tau.

Vitalea For Children


Jom kita tengok kandungan Vitamin dalam Vitalea For Children ni.


Vitalea For Children untuk Anak yang Super Power

Wow. Banyaknya kandungan vitamin yang ada dalam Vitalea for Children ni. Tapi, faham tak apa fungsi vitamin tu? Tak faham? Mari saya terangkan.

Fungsi dan Kebaikan Vitalea For Children.

1. Vitamin A - Ia sangat baik untuk membaiki tisu kulit dan tulang. Selain itu, ia baik untuk mata.

2. Vitamin C - Menguatkanj otot, kulit, tisu dan penyambung menjadi lebih sihat dan kuat.

3. Vitamin D - Membantu menyerap kalsium dengan baik untuk kesihatan tulang dan gigi.

4. Vitamin E - Mengelakkan sel darah merah terdedah kepada ancaman radikal bebas.

5. Thiamin - Membekalkan tenaga supaya anak tidak mudah letih dan penat untuk bermain dan melakukan aktiviti harian.

6. Riboflavin - Menyokong kesihatan mata yang baik.

7. Niacin - Membekalkan tenaga pada anak.

8. Vitamin B6 - Menjadikan anak kita lebih pintar dan boleh berfikir dengan lebih baik

Senang cerita, memang banyak sangat vitamin yang memang baik untuk perkembangan anak kita. Memang tak rugi kalau belikan anak Vitalea For Children ni. Mana ada ibubapa yang taknak anak mereka membesar dengan sihat dan bijak kan? Jadi tunggu apa lagi, hubungi saya segera untuk membuat tempahan atau boleh klik button di bawah untuk membeli secara online.


KLIK DI SINI UNTUK MEMBUAT BELIAN



Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda.Sebarang pertanyaan mengenai rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian :




Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976





" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."

5 Jun 2015

Resepi Ayam Masak Kurma yang Super Sedap

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Apa khabar semua? Masak apa harini? Harini saya akan share resepi ayam masak kurma yang memang super sedap. Kadang-kadang kita kena pelbagaikan masakan kita. Kalau tak, anak dan suami bosan pulak nak makan kat rumah.

Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaan untuk masak ayam masak kurma ni.


Resepi Ayam Masak Kurma yang Super Sedap



Bahan-Bahan :

180 ml Minyak masak
2 sudu makan mentega
2 biji bawang besar, kupas kulit dan potong baji
6 ulas bawang putih, kupas kulit dan hiris nipis
1 inci halia, kupas kulit dan hiris nipis
1 inci kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
1 sudu teh serbuk buah pelaga
200g rempah kurma
1.5 liter air, tambah jika perlu
5 biji kentang, kupas kulit dan belah empat
6 keping dada ayam, potong cube
3 biji cili merah, buang biji dan hiris serong
250 ml santan yang diperah daripada 1 biji kelapa parut dengan 250ml air
Garam secukup rasa


Cara Penyediaan :


  1. Panaskan minyak masak dan mentega di dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, dan halia.
  2. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Tumis hingga naik bau wangi.
  3. Masukkan air. Kacau sebati dan masukkan kentang. Renehkan hingga kentaang empuk. 
  4. Masukkan ayam, cili merah dan santan. Kacau sebati dan biarkan ia mereneh hingga ayam masak.
  5. Perisakan dengan garam. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba ye!
Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015