4 Jun 2015

4 Rahsia Ibu Hamil Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Puasa

Assalamualaikum & Selamat Sejatera buat pembaca Riznina.com


4 Rahsia Ibu Hamil Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Puasa

Sekejap je rasanya masa berlalu, lagi beberapa hari je nak masuk bulan puasa. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan. Pasti ramai ibu-ibu yang hamil dan menyusu risau untuk berpuasa kan? Ibu-ibu sebenarnya risau tentang bayi yang dikandung kerana dikhuatiri tidak mendapat khasiat yang secukupnya. Selain itu, dikuatiri jika terjadi sesuatu yang tidak diingini berlaku terhadap bayi dalam kandungan.

Selain ibu hamil, ibu menyusu juga khuatir jika susu yang dihasilkan terlalu sedikit dan tidak mencukupi untuk keperluan bayi mereka. Ibu-ibu jangan khuatir, dengan berpuasa, kita dapat mendidik ank-anak kita supaya lebih patuh dan taat pada perintah Allah S.W.T. InsyaAllah dengan izinNya.

Dalam Islam, Ibu hamil dan ibu menyusu diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa jika khuatir jika mereka berpuasa, ia akan menjejaskan perkembangan anak dan anak kemungkinan tidak mendapat khasiat yang diperlukan untuk proses tumbesaran mereka. Selain itu, ibu-ibu boleh minta nasihat daripada doktor jika terdapat kerisauan untuk berpuasa ketika hamil dan menyusukan anak.

Ibu kuat ni pun sama je macam kita, tertanya-tanya sama ada boleh ke tidak dia nak berpuasa? Jom kita tengok perkongsian daripada ibu ini.





3 tahun lalu, ketika saya sedang sarat mengandungkan Rizqi, saya masih berpuasa walaupun tengah menghitung hari je. tapi, tak dapat nak puasa lama. Alhamdulillah kerana saya melalui tempoh berpuasa ketika hamil dengan mudah walaupun pada ketika itu, suami tidak ada di sisi.

Okay, jika ibu-ibu semua dah yakin nak berpuasa, bolehlah amalkan 4 makanan yang membantu ibu-ibu berpuasa dengan penuh bersemangat dan bertenaga.


Rahsia Ibu Hamil dan Ibu Menyusu Bertenaga Ketika Berpuasa:

#1. Makanan yang mengandungi Protin

4 Rahsia Ibu Hamil Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Puasa

  • Perbanyakkan pengambilan makanan yang mengandungi kandungan protin yang tinggi kerana ia membekalkan tenaga yang lebih lama berbanding makanan yang mengandungi karbohidrat
  • Set Mighty 3 Gems membekalkan protein yang membekalkan tenaga yang lebih lama.

#2. Minuman

4 Rahsia Ibu Hamil Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Puasa

  • Amalkan meminum air masak dengan banyak dan elakkan minuman yang berkafein seperti kopi dan teh.
  • Kafein membuatkan kita akan kerap membuang air kecil dan mudah terhidrasi.
  • Kekurangan air ketika hamil dan menyusukan boleh menyebabkan keguguran dan kurang penghasilan susu. Jadi, air sangat penting. 
  • Ambil 2 liter sewaktu bersahur untuk mengelakkan ibu-ibu terhidrasi ketika berpuasa.

#3. Fiber

4 Rahsia Ibu Hamil Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Puasa

Perbanyakkan pengambilan makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi seperti buah-buahan, sayuran dan bijirin. Ia membantu kita untuk berasa kenyang yang lebih lama.


#4. Gula

4 Rahsia Ibu Hamil Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Puasa

  • Elakkan makanan yang mengandungi kandungan gula atau makanan manis kerana ia boleh menyebabkan kandungan gula dalam darah naik dan turun secara mendadak dan boleh menyebabkan kita pengsan dan terasa pitam.

Semoga ibu-ibu semua sedang mempersiapkan diri untuk menyambut kedatangan ramadhan yang penuh barakah ini. Amalan rohani juga dapat dilaksanakan dengan baik jika kita menjaga pemakanan kita. Semoga bermanfaat!


Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015