10 Jun 2015

Cara Buat Air Selusuh untuk Mudahkan Proses Bersalin

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Semua ibu hamil mengimpikan detik bersalin yang mudah setelah 9 bulan mengandung. Kalau boleh, sekali push je baby dah keluar. Tapi, tak semua ibu hamil mempunyai rezeki yang begitu mudah.

Sebelum itu, seorang ibu ini mempunyai tips yang sangat-sangat di ingini ibu hamil. Nak tau tips apa yang si ibu ini kongsikan? Jom tonton video di bawah ini.




Ada juga ibu-ibu yang mengambil jalan mudah dengan mengambil air selusuh semata-mata untuk memudahkan proses bersalin. Saya sendiri kurang pasti mengenai keberkesanan air selusuh ni untuk memudahkan proses bersalin. Kadang-kadang ada juga ibu yang terpaksa bersalin secara pembedahan kerana mengalami komplikasi sewaktu melahirkan. Ada yang kata air selusuh ni, seeloknya diminum masa kontraksi sedang kuat dan bukaan nya sudah besar.


cara buat air selusuh untuk mudahkan proses bersalin

Perlukah air selusuh untuk ibu yang mahu bersalin?

Saya memang tak pernah mengamalkan pengambilan air selusuh ni sewaktu melahirkan. Jadi, saya tak dapat nak bezakan sama ada ada perbezaan atau tidak apabila mengambil air selusuh.

Ada kata, air selusuh tu seeloknya di buat oleh suami sendiri. Biasanya air selusuh ini dibuat dengan dibacakan ayat-ayat Al-Quran dan diharapkan dapat membantu dalam memudahkan proses bersalin kelak. 

Harini saya akan share tentang cara buat air selusuh yang saya dapat melalui pembacaan saya. 

Cara Buat Air Selusuh dan Doa yang Disarankan

Bacakan ke dalam air yang mahu dijadikan air selusuh ( boleh juga gunakan air zamzam )

1. Bacakan Al-Fatihah
2. Surah Al-Hasyr ayat 21

Terjemahannya :

kalau sekiranya kami turunkan Al Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.


3. Selawat Syifa'
  • Ya Allah berikan rahmat ke atas penghulu kami nabi Muhammad S.A.W yang menjadi penawar kepada hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya.
4. Doa selusuh.
Terjemahannya :

” Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (nama isteri) penderiaan bersalin, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya."

5. Sapukan air pada perut ibu dari atas ke bawah dengan membaca selawat sebanyak tujuh kali.

6. Air selusuh perlu di minum satu sudu apabila sedang sakit kontraksi.


Cara Buat Air Selusuh untuk Mudahkan Proses Bersalin


Sebenarnya semuanya bergantung pada amalan yang kita lakukan semasa tempoh kehamilan. Bila Allah berkehendak untuk memudahkan urusan kita, maka semuanya akan menjadi mudah dan ia juga boleh berlaku sebaliknya. Wallahualam. 

Tak salah untuk mencuba, tapi jangan sampai jatuh syirik pulak ye. Lepas ni boleh la print doa tu dan bagi kat suami untuk buat air selusuh nanti ye. 

Buat ibu-ibu yang hampir tiba waktu untuk melahirkan, semoga semuanya dipermudahkan dan selamat hendakNya.
Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015