13 Jun 2015

Resepi Ayam Kuzi Super Lazat

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Harini saya akan share resepi ayam kuzi super lazat. Sesuai sangat la untuk sesape yang masih buntu, tak tau nak masak apa tengahari ni.

Jom kita tengok apa bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya. Senang gila!




resepi ayam kuzi super lazat

Bahan-bahan :

4 sudu makan minyak sapi
2 batang serai, diketuk
3 helai daun pandan, disimpul
2 biji bawang besar, kupas kulit dan hiris nipis
5 sudu makan cili kisar
2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk jintan manis
250 g kismis
1 ekor ayam
5 sudu makan puri tomato
250 ml susu
250 ml air mawar
1 sudu teh saffron
150 g yogurt perisa asli
250 g bawang goreng
2-3 helai daun limau purut , dicarik
Rempah ratus (bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis)
Air, sekiranya perlu
Garam secukupnya
Gula secukupnya

Bahan Kisar A

20 biji bawang merah, kupas kulit
3 ulas bawang putih, kupas kulit
1 inci halia, kupas kulit

Bahan Kisar B

8 biji cili hijau, buang biji
55 g daun ketumbar
55 g daun pudina


Cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumis bahan kisar A bersama rempah ratus, serai, daun pandan hingga naik bau wangi. Masukkan bawang dan goreng hingga keperangan.
  2. Masukkan cili kisar, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, kismis dan bahan Kisar B. Goreng hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam dan puri tomato. Kecilkan api da n biarkan selama 15 minit.
  4. Masukkan susu, air mawar, saffron dan sedikit air. Masak sehingga ayam lembut dan kuahnya pekat.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan yogurt dan kacau hingga masak (sekitar 5 minit). Taburkan bawang goreng dan daun limau purut. Hidangkan segera.
Selamat mencuba semua!

Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015