5 Jun 2015

Resepi Ayam Masak Kurma yang Super Sedap

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Apa khabar semua? Masak apa harini? Harini saya akan share resepi ayam masak kurma yang memang super sedap. Kadang-kadang kita kena pelbagaikan masakan kita. Kalau tak, anak dan suami bosan pulak nak makan kat rumah.

Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaan untuk masak ayam masak kurma ni.


Resepi Ayam Masak Kurma yang Super Sedap



Bahan-Bahan :

180 ml Minyak masak
2 sudu makan mentega
2 biji bawang besar, kupas kulit dan potong baji
6 ulas bawang putih, kupas kulit dan hiris nipis
1 inci halia, kupas kulit dan hiris nipis
1 inci kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
1 sudu teh serbuk buah pelaga
200g rempah kurma
1.5 liter air, tambah jika perlu
5 biji kentang, kupas kulit dan belah empat
6 keping dada ayam, potong cube
3 biji cili merah, buang biji dan hiris serong
250 ml santan yang diperah daripada 1 biji kelapa parut dengan 250ml air
Garam secukup rasa


Cara Penyediaan :


  1. Panaskan minyak masak dan mentega di dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, dan halia.
  2. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Tumis hingga naik bau wangi.
  3. Masukkan air. Kacau sebati dan masukkan kentang. Renehkan hingga kentaang empuk. 
  4. Masukkan ayam, cili merah dan santan. Kacau sebati dan biarkan ia mereneh hingga ayam masak.
  5. Perisakan dengan garam. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba ye!

2 comments:

  1. Sedapnya nampak aduh duh duh nak kena cuba ni. Dalam banyak banyak masakan berkuah, kurma ja la yang belum saya buat lagi haha :p

    ReplyDelete
  2. Sedapnya nampak aduh duh duh nak kena cuba ni. Dalam banyak banyak masakan berkuah, kurma ja la yang belum saya buat lagi haha :p

    ReplyDelete

Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015