10 Jun 2015

Resepi Gulai Lemak Ayam Terbaik

Assalamualaikum & Selamat sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Okay, harini saya akan share resepi gulai lemak ayam yang terbaik, sedap dan mudah untuk disediakan. Kadang-kadang teringin jugak kan makan makanan yang berlemak-lemak ni. hehehe. 

So, jom tengok apa bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya.



resepi gulai lemak ayam terbaik

Bahan-Bahan:

5 biji cili padi, buang biji dan hiris halus
1 1/2 inci kunyit hidup, kupas kulit
250 ml santan diperah daripada pati 1 biji kelapa dengan 250 ml air
1/2 ekor ayam, potong enam
1 batang serai, ketuk
1 helai daun kunyit, racik halus
Garam secukup rasa


Cara penyediaan :
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali daun kunyit. Renehkan selama 35 minit dengan api perlahan hingga masak.
  2. Setelah masak, hiaskan dengan daun kunyit yang dihiris dan siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!
Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015