12 Jun 2015

Resepi Gulai Lemak Ketam dengan Nenas

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Apa khabar semua? Harini saya nak share Resepi Gulai Lemak Ketam dengan Nenas. Memang best gila kalau dapat makan gulai lemak ketam panas time-time hujan ni. Perrgh!

Okay, jom tengok apa bahan yang diperlukan dan cara untuk menyediakan Gulai lemak ketam dengan nenas ni ye!


resepi gulai lemak ketam dengan nenas

Bahan-bahan :

30 biji cili padi, dibuang biji
1 1/2 inci kunyit hidup (nak bubuh serbuk kunyit pun boleh)
1 liter santan
1/2 biji nenas, dikupas kulit dan dipotong kecil
3 keping asam gelugur
2 helai daun kunyit, diracik halus
5 ekor ketam, dibersihkan di potong dua
Garam secukup rasa


Cara Penyediaan :
  1. Tumbuk cili padi dan kunyit hidup sehingga lumat. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk bersama santan dan nenas. Biarkan ia mendidih selama 15 minit.
  2. Masukkan asam gelugur, garam dan daun kunyit.
  3. Apabila kuah mendidih, masukkan ketam dan masak lagi selama 5 minit sehingga ketam masak. Lebihkan garam jika suka.
  4. Siap untuk dihidangkan.

Senang je kan? Apa tunggu lagi, cubalah! Selamat mencuba semua!
Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015