10 Jun 2015

Resepi Kari Daging dengan Kentang

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Harini memang hari makanan berlemak sedunia. hehe. Kali ni saya akan share pulak Resepi kari daging dengan kentang. So, untuk sesiapa yang menggemari kari, anda memang di sarankan untuk mencuba. Memang terangkat dia punya sedap!


resepi kari daging dengan kentang

Seperti biasa, saya akan senaraikan bahan yang diperlukan dan cara untuk menyediakan kari daging dengan kentang ni ye.

Bahan-bahan :

125 ml minyak masak
1 1/2 inci kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
3 ulas bawang putih, kupas kulit dan hiris
8 biji bawang merah, kupas kulit dan hiris
3 tangkai daun kari
100 g serbuk kari daging
500 g daging, hiris kasar
2 biji kentang, kupas kulit dan potong baji
1 liter santan 
Garam secukup rasa


Cara penyediaan :
  1. Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, bawang putih, dan bawang merah sehingga keperangan.
  2. Masukkan daun kari, serbuk kari daging, daging, kentang dan santan. Renehkan sampai daging empuk. Perisakan dengan garam.
  3. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!
Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015