9 Jun 2015

Tips Memilih Pam Susu Ibu yang Terbaik

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Para ibu sering menghadapi kesukaran ketika ingin memilih pam susu supaya ia mengikut kesesuaian ibu-ibu. Bagi saya, ia merupakan kelengkapan yang perlu disediakan apabila kelahiran si comel. Bagi saya, keperluan memiliki pam susu lebih utama jika nak dibandingkan dengan stroller baby kerana harga kedua barangan tersebut adalah sama. Jika mampu, ibu-ibu boleh membeli kedua barangan tersebut. 

Untuk mencari pam susu yang sesuai, ibu-ibu harus mempertimbangkan berapa kerap ibu-ibu akan menggunakan pam susu untuk memerah susu. Pam susu yang semakin banyak di pasaran membuatkan si ibu agak 'confius' untuk memilih. 

Justeru itu, entry saya pada kali ini akan menekankan tips memilih pam susu ibu yang terbaik dan mengikut keperluan ibu-ibu semua.


tips memilih pam susu yang terbaik


Sebaik sahaja anda melahirkan cahaya mata yang telah di tunggu selama 9 bulan, kemungkinan ibu-ibu akan mengalami bengkak susu yang kalau tidak dirawat boleh mengakibatkan ibu yang sedang berpantang demam dan yang lebi teruk lagi, jangkitan pada saluran susu. Ini kerana, susu akan yang dihasilkan pada waktu itu sangat banyak dan melebihi keperluan bayi anda. 

Ibu ini juga mengalami masalah penyusuan, tapi bukan masalah mengenai pam susu tau. Jom kita tengok video ibu ini yang pasti akan mengubah hidup ibu-ibu menyusu di luar sana.





Ibu-ibu perlu memilih pam susu yang terbaik supaya dapat merangsang penghasilan susu ibu dengan baik. Tidak kira lah sama ada ibu yang akan kembali bekerja ataupun duduk di rumah sahaja tetapi inginkan si comel menyusu menggunakan botol apabila keluar berjalan.

Sesi mengepam sebaiknya di mulakan ketika di dalam pantang. So, masa dalam pantang juga, si comked

  • Pam Elektrik / Bateri
  • Pam Manual
Ada juga sesetengah ibu yang memiliki kedua-dua kategori pam susu tersebut. Tapi, kebanyakan ibu-ibu akan memilih salah satu daripadanya. Jadi, supaya ibu-ibu senang dan tak confius untuk memilih jenis pam, pilihlah ikut seperti saya tulis di bawah ini ye.

1. Untuk ibu yang perlu mengepam susu lebih daripada satu kali sehari.

  • Ibu-ibu disarankan untuk memilih electric breast pump.
  • Pam ini boleh melakukan tugas secara heavy duty. Pam ini biasanya menjadi pilihan ibu-ibu sama ada single atau double pump. 
  • Pam ini kebiasaannya boleh beroperasi secara terus menggunakan tenaga elektrik atau menggunakan bateri.
  • Pam jenis ini sangat sesuai untuk ibu-ibu yang mempunyai masa yang terhad kerana ia mampu menyingkatkan waktu untuk mengepam.

2. Untuk ibu yang perlu mengepam sekali sehari sahaja.

  • Ibu disarankan memilih manual breast pump.
  • Pam jenis ini murah dan memberikan ibu yang masih ingin meneruskan direct feeding kepada bayi. 
  • Namun, pam jenis ini mengambil masa yang lama untuk mengosongkan payudara dan hanya akan mengosongkan sebelah payudara sahaja.

Bagi ibu yang bekerja, pelbagai faktor perlu dititikberatkan dalam pemilihan pam susu. Antaranya ialah :
  • Berat pam
  • Punca elektrik di tempat kerja
  • Tahap kebisingan pam
  • Kebolehan double pumping untuk penjimatan masa
Ada pelbagai jenama sebenarnya breastpump ni. Seeloknya kalau nak beli, pergi ke kedai yang menjual pelbagai jenis pam susu seperti Fabulous Mom. Pillih ikut keseuaian anda. Jangan ikut apa yang orang pakai dan jangan ikut review. Tak semestinya ramai orang suka, pam itu sesuai untuk anda ye.

Antara jenama yang terkemuka yang terdapat di pasaran adalah Medela Swing (single pump), Medela Freestyle (double pump), Snowbear, Spectra M1, Spectra 3, Rumble Tuff Duo dan banyak lagi.

Pam yang paling baik adalah pam yang dikelaskan sebagai hospital grade. kerana ianya diiktiraf selamat, kukuh, lasak dan berkesan.

Tak kesah la mahal ke murah, asalkan ianya memenuhi keperluan ibu itu sendiri. Cuma, pada awal proses mengepam, susu ibu tak akan keluar dengan meriah ye. Jangan sedih pulak kalau susu tu tak mencurah-curah. 

Akhir kata, carilah pam susu ibu yang terbaik kerana ia membantu anda untuk melancarkan proses mengepam susu.

Selamat menuai semua!

Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015