26 Jul 2015

6 Tips Mengatasi Anak yang Susah Makan

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Masalah anak susah makan ni merupakan permasalahan yang sering menjadi kebimbangan kalangan ibubapa, terutama sekali kaum ibu. Pelbagai cara di lakukan untuk mengatasi masalah anak yang susah makan ni. Ada juga sesetengah ibu yang menjadi stress disebabkan masalah anak yang susah makan ni. Mana tak nya, bila pergi kerumah orang, pasti ada yang menganggap si ibu ni sengaja tidak mahu memberi anaknya makan, walhal anak itu sendiri memang susah untuk makan. Kekhuatiran si ibu sama ada anaknya mendapat zat yang cukup atau tidak di dalam diet harian mereka juga boleh mendatangkan stress kepada si ibu.

Ketika anak mula memasuki 6 bulan, pasti semua ibu-ibu teruja memperkenalkan makanan pertama untuk anak mereka. Ketika ini, si ibu perlu lebih peka mengenai kandungan zat di dalam makanan yang disediakan supaya zat yang di perlukan oleh anak mencukupi. Tapi, tidak semua perkara akan berjalan lancar seperti yang kita mahukan. Kebiasaannya, permasalahan anak susah makan ni akan bermula apabila anak mencecah usia 1 tahun. Pada usia ini, akan terjadinya penolakan makanan atau memlilih makanana yang dimahukan sahaja(picky eater).

Bagaimana cara untuk mengatasi???

Di sini saya akan kongsikan, 6 tips mengatasi anak yang susah makan, khas untuk pembaca Riznina.com. 


6 tips mengatasi anak yang susah makan


Kemungkinan ada beberapa perkara penting yang anda tidak perasan ketika anda menyediakan makanan atau ketika anda memberikan anak anda makan. Semoga tips yang akan di kongsikan bermanfaat untuk semua ibu-ibu dalam mengatasi masalah anak yang susah makan ni ye.

1. Hidangkan makanan dalam portion yang kecil.

Perut anak anda masih tidak mampu untuk menampung makanan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa. Jadi, hidangkan makanan dalam portion yang kecil sahaja.

2.  Variasikan makanan dan hidangkan secara kreatif.

Buat beberapa jenis makanan supaya senang untuk anak anda memilih makanan mana yang si anak terasa ingin makan. Selain itu, cuba untuk hidangkan makanan dengan menarik dan kreatif supaya dapat menaikkan selera makan anak anda.

6 Tips Mengatasi Anak yang Susah Makan

Contoh hidangan yang menarik dan kreatif

3. Hindarkan anak minum bersulam makanan.

Apabila anak anda terlalu kerap minum ketika makan, ia boleh mengurangkan portion perut anak anda dan membuat mereka lebih cepat kenyang. Minuman terbaik untuk diberikan seperti susu rendah lemak ataupun jus buah-buahan.

4. Ajak anak anda untuk menyediakan makanan.

Cuba libatkan anak anda sewaktu anda menyediakan makanan seperti meminta tolong anak anda untuk mengambil sayuran di dalam peti ais ataupun membantu menyediakan meja makan. Dari situ, mereka akan rasa teruja untuk makan kerana ada penglibatan mereka dalam penyediaan makanan tadi.

5. Jangan paksa anak makan.

Jangan sesekali ibu-ibu memaksa atau mengugut anak-anak untuk makan. Cuba untuk meminimakan gangguan ketika anak makan seperti mematikan televisyen seketika atau jauhkan mainan daripada meja makan.

6. Waktu makan yang teratur.

Jadualkan waktu makan yang sepatutnya anak anda mengambil makanan nya pada satu-satu masa. Sebagai contoh, waktu makan tengahari anak anda setiap hari adalah pukul 1, jadi anda harus menyediakan makanan sebelum pukul 1 setiap hari untuk memastikan anak anda makan tepat pada waktunya setiap hari.

Semua permasalahan yang timbul pasti ada jalan penyelesaiannya. Semoga perkongsian saya pada kali ini bermanfaat untuk rujukan ibubapa semua.


With Love,
Riznina.com

25 Jul 2015

Resepi Puri untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Apa khabar semua? Sihat? Mesti semua masih dalam mood beraya lagi kan? Entri kali ini, saya akan share beberapa Resepi Puri untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang dah mula mencari resepi-resepi puri yang best untuk si manja anda. 

Campuran buah-buahan dan sayur-sayuran boleh di praktikkan untuk menambah kepelbagaian puri untuk si manja anda. Sebelum anda memperkenalkan puri campuran, seeloknya anda mulakan dengan puri yang menggunakan satu jenis buah atau satu jenis sayuran sahaja. Ini bertujuan untuk mengenalpasti sama ada bayi anda allergic atau tidak pada satu-satu jenis sayuran mahupun buahan yang di jadikan puri.


resepi puri untuk bayi 6 bulan ke atas

Resepi Puri Menggunakan satu jenis sayuran atau buahan.

Resepi Puree Lobak Merah


Resepi Puri untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas


Cara Penyediaan :
  1. Ambil sebatang lobak merah yang bersaiz kecil yang telah di buang kulitnya.
  2. Selepas itu, bersihkan lobak merah dan potong dadu.
  3. Seterusnya, rebus lobak merah sehingga empuk.
  4. Toskan lobak merah dan biarkan seketika.
  5. Akhir sekali, kisar lobak merah dengan air masak atau susu ibu.

Resepi Puree Epal



Resepi Puri untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas


Cara Penyediaan :
  1. Ambil sebiji epal yang bersaiz sederhana, buang kulit dan bijinya.
  2. Cuci epal sehingga bersih dan potong dadu.
  3. Rebuskan epal sehingga empuk dan toskan.
  4. Biarkan epal yang sudah di rebus seketika.
  5. Akhir sekali, kisarkan epal bersama air masak atau susu ibu sehingga halus.

Resepi Puri Keledek

Resepi Puri untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas


Cara Penyediaan :
  1. Ambil sebiji keledek yang bersaiz kecil yang telah di buang kulitnya.
  2. Kemudian, cuci keledek sehingga bersih dan potong dadu.
  3. Selepas itu, rebus keledek sehingga empuk dan toskan.
  4. Biarkan keledek sebentar sehingga sedikit sejuk.
  5. Akhir sekali, kisar keledek sehingga halus bersama air masak atau susu ibu.

Resepi Puri campuran

Puri Campuran Kacang Pes, Brokoli dan Keledek.

Resepi Puri untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas


Bahan-Bahan :
  1. 250 gram keledek
  2. 60 gram brokoli
  3. 40 gram kacang pes 
  4. 70 ml air suam

Cara Penyediaan :
  1. Rebus keledek selama 3-4 minit.
  2. Kemudian masukkan brokoli dan rebus lagi selama 4 minit.
  3. Masukkan kacang pes dan rebus sehingga lembut.
  4. Apabila sudah empuk, toskan keledek, brokoli dan kacang pes dan biarkan seketika sehingga agak sejuk.
  5. Akhir sekali, kisar keledek, brokoli dan kacang pes sehingga lumat bersama air masak.

Resepi Puri Campuran Jagung, Lobak Merah dan Labu

Resepi Puri untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas


Bahan-bahan :
  1. 2-3 ulas labu, dibuang kulit dan dipotong dadu.
  2. Sebatang lobak merah, dihiris tebal
  3. 40g jagung frozen ( dicairkan )
  4. 130ml air masak

Cara Penyediaan :
  1. Rebus labu dan lobak merah selama 6-7 minit.
  2. Selepas itu, masukkan jagung dan rebus lagi sehingga lembut.
  3. Setelah lembut, toskan dan biarkan seketika.
  4. Akhir sekali, kisarkan jagung, labu dan lobak merah sehingga lumat bersama air masak.

Semua sukatan yang diberikan adalah untuk penyediaan puri untuk 4 kali makan. Jadi, ibu-ibu bolehlah menyediakan bekas yang bersesuaian untuk menyimpan puri nanti. Selamat mencuba ibu-ibu semua!


Lots of Love,
Riznina.com









Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015