25 Jul 2015

Resepi Puri untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Apa khabar semua? Sihat? Mesti semua masih dalam mood beraya lagi kan? Entri kali ini, saya akan share beberapa Resepi Puri untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang dah mula mencari resepi-resepi puri yang best untuk si manja anda. 

Campuran buah-buahan dan sayur-sayuran boleh di praktikkan untuk menambah kepelbagaian puri untuk si manja anda. Sebelum anda memperkenalkan puri campuran, seeloknya anda mulakan dengan puri yang menggunakan satu jenis buah atau satu jenis sayuran sahaja. Ini bertujuan untuk mengenalpasti sama ada bayi anda allergic atau tidak pada satu-satu jenis sayuran mahupun buahan yang di jadikan puri.


resepi puri untuk bayi 6 bulan ke atas

Resepi Puri Menggunakan satu jenis sayuran atau buahan.

Resepi Puree Lobak Merah


Resepi Puri untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas


Cara Penyediaan :
  1. Ambil sebatang lobak merah yang bersaiz kecil yang telah di buang kulitnya.
  2. Selepas itu, bersihkan lobak merah dan potong dadu.
  3. Seterusnya, rebus lobak merah sehingga empuk.
  4. Toskan lobak merah dan biarkan seketika.
  5. Akhir sekali, kisar lobak merah dengan air masak atau susu ibu.

Resepi Puree Epal



Resepi Puri untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas


Cara Penyediaan :
  1. Ambil sebiji epal yang bersaiz sederhana, buang kulit dan bijinya.
  2. Cuci epal sehingga bersih dan potong dadu.
  3. Rebuskan epal sehingga empuk dan toskan.
  4. Biarkan epal yang sudah di rebus seketika.
  5. Akhir sekali, kisarkan epal bersama air masak atau susu ibu sehingga halus.

Resepi Puri Keledek

Resepi Puri untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas


Cara Penyediaan :
  1. Ambil sebiji keledek yang bersaiz kecil yang telah di buang kulitnya.
  2. Kemudian, cuci keledek sehingga bersih dan potong dadu.
  3. Selepas itu, rebus keledek sehingga empuk dan toskan.
  4. Biarkan keledek sebentar sehingga sedikit sejuk.
  5. Akhir sekali, kisar keledek sehingga halus bersama air masak atau susu ibu.

Resepi Puri campuran

Puri Campuran Kacang Pes, Brokoli dan Keledek.

Resepi Puri untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas


Bahan-Bahan :
  1. 250 gram keledek
  2. 60 gram brokoli
  3. 40 gram kacang pes 
  4. 70 ml air suam

Cara Penyediaan :
  1. Rebus keledek selama 3-4 minit.
  2. Kemudian masukkan brokoli dan rebus lagi selama 4 minit.
  3. Masukkan kacang pes dan rebus sehingga lembut.
  4. Apabila sudah empuk, toskan keledek, brokoli dan kacang pes dan biarkan seketika sehingga agak sejuk.
  5. Akhir sekali, kisar keledek, brokoli dan kacang pes sehingga lumat bersama air masak.

Resepi Puri Campuran Jagung, Lobak Merah dan Labu

Resepi Puri untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas


Bahan-bahan :
  1. 2-3 ulas labu, dibuang kulit dan dipotong dadu.
  2. Sebatang lobak merah, dihiris tebal
  3. 40g jagung frozen ( dicairkan )
  4. 130ml air masak

Cara Penyediaan :
  1. Rebus labu dan lobak merah selama 6-7 minit.
  2. Selepas itu, masukkan jagung dan rebus lagi sehingga lembut.
  3. Setelah lembut, toskan dan biarkan seketika.
  4. Akhir sekali, kisarkan jagung, labu dan lobak merah sehingga lumat bersama air masak.

Semua sukatan yang diberikan adalah untuk penyediaan puri untuk 4 kali makan. Jadi, ibu-ibu bolehlah menyediakan bekas yang bersesuaian untuk menyimpan puri nanti. Selamat mencuba ibu-ibu semua!


Lots of Love,
Riznina.com









Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015