26 Sep 2015

12 Perkara tentang Kasut dan Kaki Bayi yang Ibubapa Mesti Tahu

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Si manja mommies sudah mula berjalan jatuh atau bertatih? Kalau ya, kaki si manja anak sudah memerlukan sepasang kasut. Sebagai ibu bapa, anda harus menitik beratkan hal pemilian kasut untuk si manja anda. Bukan sekadar memilih kasut kerana sukakan corak mahupun warna kasut tersebut.

Pakar kasut kanak-kanak, Bob Hardy yang berasal daripada Clarks, UK ada memberikan beberapa garis panduan tentang pemilihan kasut bayi anda dan penjagaan kaki mereka. Penjagaan kaki bayi mempunyai kaitan rapat dengan keadaan sekelilingnya. 

Ada segelintir ibu bapa yang tanpa mereka sedari memaksi bayi mereka supaya cepat berjalan. Sebenarnya, bayi anda tidak perlu di paksa untuk berjalan kerana mereka akan berjalan dengan sendirinya. Kebiasaannya mereka akan boleh mula berjalan dalam lingkungan usia 10 bulan sehingga 18 bulan. Pada usia itu, mereka sudah mempunyai tapak kaki yang rata dan bersedia untuk berjalan.

So, mommies dan daddies semua perlu lah mengambil langkah-langkah berikut untuk memastikan kaki bayi anda berkembang sihat dan dalam masa yang masa anda perlulah memberi semangat dan menggalakkan si manja anda untuk berjalan.

12 Perkara tentang Kasut dan Kaki Bayi yang Ibubapa Mesti Tahu


Perkara yang anda perlu tahu

1. Berikan galakan pada anak anda untuk berjalan tanpa menggunakan kasut (berkaki ayam) di rumah ataupun di taska. Ini kerana pergerakan membantu kaki bayi anda untuk berkembang sihat dan menjadi semakin kuat.

2. Jangan memakaikan kasut yang terlalu longgar ataupun terlalu ketat! Bahagian tapak dan sekeliling kasut juga kalau boleh tidak terlalu tebal dan keras. 

3. Pastikan kaki mereka sentiasa kering dan bersih supaya dapat terhindar daripada jangkitan kuman dan fungus.

4. Potong kuku kaki mereka untuk mengelakkan kecederaan.

5. Periksa kaki mereka dengan kerap kerana khuatir mereka mengalami sebarang kecederaan. Waktu mandi merupakan waktu yang sesuai untuk memeriksa kaki bayi anda. Pastikan kaki mereka tidak mempunyai sebarang luka, menggelupas dan berubah warna.

Menurut Bob Hardy, kasut yang sepatutnya di pakai oleh bayi anda bersifat ringan kerana kaki mereka masih lembut. Jadi, di sini ada beberapa DO dan DON'T yang perlu ketika memilih kasut yang sesuai untuk bayi anda.

Do

6. Pastikan anda memilih kedai yang mempunyai perkhidmatan mengukur kaki bayi dan menyediakan ukuran half size. Pastikan pekerja kedai tersebut mengukur kaki anak anda mengambil ukuran panjang kaki dan lebar kaki si manja anda.

7. Pilih kasut yang mempunyai tahap kestabilan yang baik supaya anak anda dapat berjalan dan bergerak dengan selesa dan dapat perlindungan yang baik untuk kaki mereka. 

8. Pilih kasut yang mempunyai bukaan yang luas supaya kasut itu mudah untuk dipakai dan ditanggalkan. 

9. Hanya 30% kanak-kanak yang mempunyai saiz yang kasut yang bertepatan dengan kedua belah kaki mereka. Jadi, adalah menjadi keutamaan untuk memilih kedai kasut yang mempunyai pelbagai variasi saiz kasut dan mengizinkan pembeli untuk membeli kasut berlainan saiz.

10. Berikan kebebasan untuk si manja anda berjalan menggunakan kedua-dua belah kasut yang telah di pilih supaya mereka dapat menyesuaikan kaki mereka dengan kasut itu sebelum membayarnya.

DON'T

11. Jangan pakaikan stokin sewaktu memakai kasut. Ini kerana ia boleh menyebabkan kaki anak anda mengerekot kerana ingin menstabilkan diri mereka sewaktu berjalan . Ia boleh menyebabkan kerosakan tulang kaki yang masih belum matang.

12. Jangan beli stokin sintetik kerana berisiko untuk terkena ruam kerana keadaan dalam kasut meruap. Pilih stokin yang mempunyai material yang mengandungi sekurang-kurangnya 50% kapas.

Kasut yang di pilih untuk si manja haruslah bersesuaian dengan keadaan mereka pada ketika itu. Setiap pergerakan yang dilakukan seperti merangkak, menyusur atau berjalan mempunyai pergerakan kaki yang berbeza. Jadi, pemilihan kasut yang bersesuaian amatlah perlu dititikberatkan.


Your Parenting Partner,

Diyana Isa.




25 Sep 2015

Senarai Branch Shaklee Seluruh Malaysia.

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Senarai Home Office dan branch Shaklee di seluruh Malaysia. 

Negeri
No. Telefon
Alamat
Home Office
03-5622 3199
Level 9, The Pinnacle, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor
Penang Branch
04-383 8261
No. 81,83 & 85, Jalan Todak 6, Pusat Komersial Sunway Perdana, 13700 Seberang Jaya, Penang.
Ipoh Branch
05-241 8260
32, Medan Istana 1, Bandar Ipoh Raya, 30000 Ipoh.
Kuala Lumpur Branch
03-4142 1067
No.32, Jalan Seri Rejang 3, Pusat Industri Seri Rampai, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur.
Johor Bahru Branch
07-352 5188
No. 47, 49 & 51, Jalan Molek 3/20, Taman Molek, 81100 Johor Bahru.
Kota Bahru Branch
09-747 8688
319 Section 25, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bahru, Kelantan.
Kota Kinabalu Branch
088-393 848
Lot 4.1, Neutron Point, Lorong Poin Neutron, Jalan Lintas Khidmat, 88300 Kota Kinabalu, Sabah.


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda.Sebarang pertanyaan mengenai rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian :




Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976


8 Cara Hilangkan Sakit Kepala Secara Semulajadi


" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."

Resepi Ayam Lemon Chinese Style

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Sejak dua menjak ni, tak tahu la kenapa saya duk menggila makan ayam lemon di Restoran Uncle Sam Shah Alam. Maybe sebab saya ni pencinta ayam kot. hehehe. 

Nak di jadikan cerita, harini pergi Uncle Sam sebab mengidam betul tekak ni nak makan ayam lemon. Tapi malangnya, Uncle Sam tutup. Sedihnye! 

Lepas daripada tu, sebab tak dapat nak makan ayam lemon punya pasal, saya pun google la resepi ayam lemon chinese style sebab nak tengok apa bahan yang diperlukan untuk masak ayam lemon tu. 

Jom saya kongsikan resepi ayam lemon chinese style yang saya dapat tu khas untuk anda. Sedap gila baq hang. Dah siap masak dah. Tapi macam biasa la. Tak sempat nak buat apa, dah ada yang duk menunggu untuk menerkam lauk tu. 

Resepi ayam lemon chinese style

Bahan-bahan :

3 dada ayam yang dibersihkan dan dikeringkan

Bahan perap :

3 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh minyak bijan
Sedikit pepper (saya tak letak pun)
1 biji telur

Bahan salut :

5 sudu besar tepung jagung
5 sudu besar breadcrumbs

Bahan sos :

1 sudu besar sos plum
3 1/2 sudu besar jus lemon
2 sudu besar cuka
4 sudu besar gula
2 sudu teh tepung jagung
Minyak secukupnya

Cara Penyediaan :
  1. Perap ayam dengan bahan perap selama 2 jam atau semalaman.
  2. Salut dengan bahan salut dan goreng hingga garing dan kekuningan.
  3. Potongkan ayam dan letak atas pinggan hidangan.
  4. Campur semua bahan sos, didihkan hingga pekat.
  5. Curah atas ayam dan hidangkan.
Tadaaa, dah siap ayam lemon chinese style. Selamat mencuba!

24 Sep 2015

Pengedar Sah Shaklee Pulau Indah, Port Klang

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.


Adakah anda selama ini tercari-cari pengedar Shaklee yang sah? Ingin mencuba produk Shaklee? Jom dapatkan melalui saya Pengedar Sah Shaklee Pulau Indah, Port Klang. Saya tinggal di dalam Kuaters Kastam Pulau Indah. Saya menyediakan perkhidmatan melalui pos ke seluruh Malaysia. Selain itu, saya juga menyediakan perkhidmatan COD (cash on delivery) sekitar Pulau Indah, Port Klang, Bukit Tinggi, Bandar Botanic, Bandar Puteri, dan Klang. Selain itu, anda boleh self pickup produk Shaklee yang anda inginkan.

Saya menyediakan pelbagai jenis Set Kesihatan Shaklee yang di jamin mempunyai kualiti 100% semulajadi.

Saya mula join Shaklee pada tahun 2013. Pada waktu itu saya tidak serious untuk berbisnes. Hanya join Shaklee sebab nak beli makan sendiri. Sehingga lah satu ketika di mana saya join event yang Shaklee ada kan. Terus terdetik di hati, why not saya cuba serious untuk berbisnes Shaklee untuk tambah duit poket. 

Daripada situ la saya menjadi WAHM (work at home mom). Nikmat sebenarnya bila kita dapat menjaga anak di samping membantu menambah pendapatan keluarga. Tapi, dalam banyak-banyak bisnes, kenapa saya pilih Shaklee? Jom tengok apa keistimewaan Shaklee ni.

Keistimewaan Shaklee ;

  • Shaklee merupakan syarikat MLM yang adil. Bila kita dah mula jadi leader (bermula dengan Supervisor), apa yang kita perolehi tidak lagi berkaitan dengan upline kita. So, takde la istilah, "Upline senang-senang goyang kaki, downline kerja macam nak mati".
  • Shaklee menggunakan bahan yang dijamin 100% semulajadi. Beratus kajian yang di jalankan oleh Shaklee untuk memastikan produk yang di hasilkan tidak mengandungi sebarang bahan yang membahayakan kesihatan dan nyawa pengguna produk mereka.
  • Bonus yang kita dapat setiap bulan, di bayar terus ke akaun peribadi kita dan ianya tidak melalui upline kita ye. Bonus juga di berikan dalam bentuk cash atau tunai. 
  • Harga produk sangat berpatutan jika nak dibandingkan dengan produk yang ada di pasaran.
  • Diyakini HALAL dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Jadi, tunggu apa lagi? Tak nak ke membeli atau join je jadi ahli?

Kelebihan jadi Ahli?

  • Anda boleh membeli semua produk Shaklee dengan harga ahli dan menerima ganjaran berbentuk point dan seterusnya di kumpul untuk melayakkan anda mendapat bonus daripada Shaklee.
  • Anda boleh menjadikan Shaklee sebagai salah satu punca anda menjana income 5 angka sebulan dan tidak ada yang mustahil.
  • Kami menyediakan pelbagai training khas untuk anda yang betul-betul ingin menjadikan Shaklee sebagai pendapatan sampingan atau sepenuh masa anda.
  • Shaklee menawarkan 3C iaitu Cash, Car dan Convention. Saya dan ramai ahli Shaklee sudah menikmati kelebihan ini.
  • Modal serendah RM 79.50 (Sabah & Sarawak RM 89.50)


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda.Sebarang pertanyaan mengenai rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian :




Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976





" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."

3 Sebab Ibu Menyusu Alami Puting Melecet

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.


Bagi ibu yang pertama kali mula menyusukan bayi, pasti pernah mengalami kesakitan di bahagian payudara ketika menyusukan anak. Aduh, kadang-kadang rasa nak berhenti je menyusukan anak. 

Saya sendiri pernah mengalami masalah seperti itu. Sakit yang di rasakan, memang tak dapat nak di gambarkan sebab memang sakit sangat! Rasa macam nak menitik air mata sambil menyusukan anak sebab menahan kesakitan tu.

Walaubagaimanapun, ibu-ibu tak boleh cepat putus asa dan mahu berhenti menyusukan anak. Ibu-ibu mesti mencari apa sebab atau punca yang menyebabkan puting ibu-ibu menjadi sakit.

Jika ibu mengalami kesakitan pada bahagian payudara, itu sudah tentu puting ibu melecet. Jom kita tengok 3 sebab ibu menyusu alami puting melecet. 

4 Sebab Ibu Menyusu Alami Puting Melecet

3 Sebab Ibu Menyusu Alami Puting Melecet

1. Kedudukan ketika menyusukan bayi tidak betul.

Ini merupakan masalah biasa bagi ibu-ibu yang baru memulakan perjalanan penyusuan mereka. Ini kerana mereka tidak mahir lagi untuk menyusukan bayi dengan posisi yang betul.

2. Mulut bayi tidak menghisap areola ibu dengan betul.

Ini terjadi kerana bayi anda berada di posisi yang kurang selesa kerana anda menyusukan bayi pada kedudukan yang tidak betul. Ini menyebabkan bayi anda berusaha untuk mencari posisi yang sesuai dengan menarik puting payudara anda sehingga bayi rasa selesa. Jadi, ini menyebabkan puting ibu akan jadi sakit dan melecet.

3. Susu tidak keluar walaupun bayi sudah puas menghisap.

Apabila pelekapan mulut bayi tidak menghisap areola ibu dengan betul, kebarangkalian susu keluar sangat tipis. Bayi akan menghisap dengan lebih kuat apabila susu tidak keluar. Jadi, posisi yang betul dan pelekapan mulut bayi dengan betul juga amat penting untuk mengelakkan daripada masalah puting melecet.

Ibu-ibu jangan sesekali berputus asa jika mengalami sebarang halangan sepanjang proses penyusuan. Jika mengalami sebarang masalah atau pertanyaan, cuba rujuk pakar laktasi untuk mendapat khidmat nasihat. 

Saya doakan agar ibu-ibu terus bersemangat untuk menyusukan anak-anak sehingga umur mereka 2 tahun dan tidak mudah putus asa walaupun menghadapi sebarang masalah. Semoga semua usaha ibu-ibu di balas dengan kebaikan olehNya kelak.

Pengamal Penyusuan Ibu ;


Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976





" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."

22 Sep 2015

Perbezaan Antara Ubat dengan Vitamin.

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Ubat? Vitamin? Bukan ke benda yang sama tu? 

Masih ramai sebenarnya yang keliru untuk membezakan ubat dengan vitamin. Tidak kurang pula yang menolak mentah-mentah keperluan vitamin kerana berasa mereka sudah cukup vitamin kerana telah mengambil beberapa ubat yang di sarankan oleh doktor. 

Malang sekali, vitamin dan ubat merupakan dua benda yang berbeza. Nak tau apa perbezaan antara ubat dengan vitamin? Jom kita tengok di bawah.


perbezaan antara ubat dengan vitamin

Perbezaan antara Ubat dengan Vitamin.

Ubat (Medicine)

1. Ubat merupakan ejen bahan kimia yang boleh merubah fungsi tubuh dengan mengganggu tindakan biokimia dan proses enzim dalam tubuh.

2. Ubat merupakan sesuatu bahan yang ganjil pada tubuh kita. Ia tidak menjadi sebahagian daripada kita dan tidak juga menyumbang apa jua jenis khasiat untuk tubuh kita.

3. Ubat bertindak baik apabila di ambil secara berasingan. Jika di ambil pada masa yang sama, ia boleh mengganggu fungsi antara satu sama lain.

4. Ubat boleh menyebabkan kesan sampingan. Kebanyakkan juga kekal dalam badan. Selain itu, aspirin kekal dan menyebabkan gangguan kepada perut, loya, gangguan penglihatan, bintik-bintik merah, telinga berdengung, gangguan penghadaman dan yang paling teruk, ianya boleh menyebabkan kematian.

5. Berlebihan dos pengambilan ubat boleh mengundang maut. 

6. Ubat mempunyai tindak balas yang sangat pantas. Pengambilan ubat akan memberi kesan dalam masa yang singkat kepada si pengambilnya. 

7. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, bukan merawat punca penyakit itu terjadi. Selain itu, ubat bukan berfungsi untuk memulihkan tetapi untuk menghentikan kesakitan itu secara sementara.

8. Orang yang berusia selalunya memerlukan ubat dalam dos yang rendah jika nak di bandingkan dengan orang yang masih muda.


Vitamin (Supplement)

1. Vitamin mengandungi bahan yang berkhasiat. Kebiasaannya vitamin menggunakan bahan semulajadi dan ianya sangat penting untuk tubuh badan kita. Kekurangan vitamin boleh menyebabkan kelemahan fungsi organ dan kematian.

2. Vitamin membantu tindakan biokimia dan proses enzim dalam tubuh menjadi lebih lancar.

3. Bahan semulajadi tidak memberi kesan sampingan. Penggunaan yang berlebihan hanya mengakibatkan gangguan sementara sahaja. 

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik antara satu sama lain walaupun di ambil bersama. Kesan lebih baik jika di ambil bersama.

5. Bahan semulajadi adalah selamat untuk digunakan. Tiada lagi kenyataan yang mengatakan keburukan pengambilan vitamin dalam kehidupan seharian.

6. Bahan semulajadi bertindak baik apabila ia di ambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan dalam menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman. 

7. Bahan berkhasiat berfungsi merawat PUNCA penyakit sekiranya ia di ambil untuk menampung kekurangan sesuatu penyakit. 

8. Orang yang berusia memerlukan lebih banyak makanan yang berkhasiat kerana pertambahan usia yang menyebabkan mereka kekurangan vitamin.

Sebagai kesimpulannya, ubat di ambil ketika kita sakit. Tetapi, vitamin di ambil untuk mengelakkan penyakit. 

Lebih baik menggunakan vitamin kerana ianya tidak mengandungi dadah dan bahan kimia yang boleh merosakkan organ-organ dalam tubuh badan kita. 

MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI.



Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976





" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."

Cara Merawat Eczema Bayi Sebelum Luka Melarat

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Pasti anda mula runsing sebab anak anda tiba-tiba diserang eczema? Pasti anda sedang tercari-cari cara merawat eczema bayi dengan pantas sebelum ianya melarat. Sebagai seorang ibu, saya faham perasaan anda kerana anak saya juga merupakan pesakit eczema sejak berumur 6 bulan lagi. 

Memang sedih bila saya tengok anak saya susah mahu tidur dan asyik merengek sahaja. Hati ibu mana yang tak sedih kan?

Bila naik eczema, mestilah kulit akan merasa gatal dan memedihkan. Keadaan akan jadi lebih teruk jika cuaca panas. Mesti la sedihkan. Anak demam sikit pun kita dah susah hati, inikan pulak dah luka-luka.



cara merawat eczema bayi sebelum luka melarat

Cara Merawat Eczema Bayi sebelum Luka Melarat Secara Semulajadi


Ketika anak saya di sahkan kena eczema, saya tidak mengenali Shaklee lagi. Saya gunakan pelbagai jenis krim sapu untuk melegakan kegatalan ketika eczema menyerang. 

Beratus ringgit saya dan suami berhabis semata-mata untuk mencari krim yang sesuai untuk melegakan eczema anak. Ada orang cakap pakai krim mahal mesti okay! Jangan cakap la harga, daripada yang murah sampai la yang paling mahal kami beli. Tapi kesannya tetap mengecewakan.

Sampai la satu detik saya kenal dengan Shaklee. Pada mulanya join Shaklee secara suka-suka je. Tapi, lama-lama saya dapat tau yang Shaklee ada krim dan supplemen untuk merawat eczema ni. 

Alhamdulillah, eczema anak saya makin berkurang selepas menggunakan produk Shaklee. Memang berbaloi sebab harganya pun tak mahal. Jom saya kenalkan dengan produk yang ada untuk eczema.

Set Eczema Shaklee

Set untuk merawat eczema Shaklee mengandungi 3 produk :

1. Herbal Blend

Krim yang saya katakan tadi adalah Herbal blend. Herbal blend ni memang best. Krim ni boleh melegakan gatal-gatal dan rasa pedih. Krim ni sejuk je.

Kat rumah, krim ni memang penyelamat untuk kami sekeluarga. Fungsinya dah macam "First Aid Kit" dah.

2. Omega Guard.

Bila cakap omega guard je, confirm orang akan ingat minyak ikan punya. Sebenarnya fungsi Omega Guard Shaklee ni adalah untuk melembapkan kulit. 

Anak yang eczema ni, kulitnya tak boleh terlalu kering. Kalau terlalu kering, kulit mereka akan rasa gatal dan lebih parah lagi akan menjadi luka.

3. Energizing Soy Protein (ESP)

ESP ni pula fungsinya untuk membantu menghasilkan sel kulit yang sihat. Bila eczema menyerang, sel kulit akan menjadi rosak. Jadi, ESP membantu mempercepatkan penghasilan sel kulit yang baru dan cantik. 

ESP ni, kalau anak masih menyusu, cukup la kalau ibu sahaja yang minum. Nanti effectnya, bukan anak je yang makin baik eczema, kulit ibu akan jadi lebih cantik dan gebus. 

Kalau anda dah tak tahan nak tengok anak anda asyik tergaru-garu dan merengek sebab eczema nya makin melarat, boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi percuma. Selain itu, anda juga boleh membeli secara atas talian dengan menekan butang di bawah.


KLIK DI SINI UNTUK MEMBUAT BELIAN





Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976





" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."

15 Sep 2015

Perbezaan Antara Kontraksi Palsu dan Kontraksi Sebenar yang Ibu Hamil Perlu Tahu

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Setiap anak mempunyai sakit kontraksi yang berbeza-beza. Pengalaman saya pula, sakit kontraksi anak kedua lebih lama. Anak pertama pulak, sekejap je rasa sakit kontraksi, dan tak lama lepas tu terus bersalin.

Anak pertama saya lahirkan jam 2.50 pagi manakala anak kedua pulak saya lahirkan jam 5.30 petang. Alhamdulillah kerana kedua-dua anak saya dilahirkan secara normal. 

Pasti ibu-ibu muda yang baru pertama kali mengandung kurang arif tentang apa itu kontraksi kan? Mungkin juga ibu tidak tahu macam mana cara untuk mengetahui sama ada kontraksi yang di alami itu kontraksi palsu (braxton hicks) atau kontraksi sebenar?

Jom sama-sama kita tengok apa perbezaan di antara kontraksi palsu dengan kontraksi sebenar.

perbezaan kontraksi palsu dengan kontraksi sebenar bagiibu hamil

Tanda Sakit Kontraksi Sebenar

  • Mula rasa sakit dari pinggang dan punggung sehingga membawa ke hadapan.
  • Rasa sakit dengan lebih kerap dan dalam jangka masa yang semakin hampir.
  • Mempunyai pola sakit yang teratur
  • Kekuatan sakit kontraksi akan bertambah setiap jam.
  • Semakin lama ia semakin sakit.
  • Sakit kontraksi di sebabkan bukaan serviks semakin besar.

Tanda Sakit Kontraksi Palsu @ Braxton Hicks.

  • Kekerapan sakit tidak menentu.
  • Sakit yang tidak teratur dan tidak tetap.
  • Tiada kesan bukaan serviks.
  • Rasa sakit pada bahagian depan sahaja.
  • Sakit kontraksi akan hilang jika anda berehat.
  • Anda akan berasa lemah dan letih kerana sakit kontraksi yang kuat diikuti dengan kontraksi yang lemah. 
Fakta Penting Mengenai Sakit Kontraksi Semasa Bersalin.

Setiap ibu akan mengalami sakit kontraksi yang berbeza-beza. Jika sakit kontraksi sudah mula terasa, rilekss. Ibu-ibu perlu mencatat setiap selang masa kontraksinya. Jika sakit kontraksi yang di alami semakin kerap, ibu-ibu di nasihatkan untuk terus pergi ke hospital. 

Nota kaki : Sewaktu ibu-ibu sedang sakit kontraksi, digalakkan supaya banyak berjalan supaya melancarkan proses bersalin. Jangan baring sahaja di katil. 


Tips Mudah Mengetahui Kontraksi Sebenar.

  1. Kosongkan pundi kecing dahulu kemudian minum 2 gelas air.
  2. Baring dalam keadaaan mengiring atau dengan meninggikan kaki. Seelok-eloknya mengiring sebelah kiri.
  3. Sentuh bahagian atas rahim. Apabila anda rasa bahagian rahim mengeras, sentuh beberapa tempat lain lagi. Ketika kontraksi berlaku, anda akan rasakan seluruh kawasan rahim mengeras.
  4. Kira kekerapan dan jangka masa kontraksi berlangsung selama sejam.

Jika anda hamil kurang daripada 37 minggu dan mengalami sakit kontraksi yang sebenar, sebaiknya segeralah ke hospital. Jika anda benar-benar sedang sakit kontraksi sebenar, tahniah kerana anda bakal menjadi seorang ibu. Jika masih mencari-cari SET BERPANTANG, anda boleh hubungi saya di ;



Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976





" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."

14 Sep 2015

Tips Hadapi Anak yang Suka Bertanya

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Jika anda mempunyai anak yang suka bertanya, syukur alhamdulillah. Ini kerana anda mempunyai anak yang pintar, aktif dan cerdas. Pelbagai jenis soalan akan di ajukan bermula dia bangun tidur sampai la mereka tidur kembali. Kadang-kadang naik pening kepala mommies kan? 

"Kenapa adik botak?"
"Itu kereta siapa?"
dan 101 soalan lagi..

Sebelum mommies semua pening kepala dan jadi marah sebab tak berhenti-henti soalan di ajukan, mari kita ketahui mengapa anak-anak suka bertanya soalan.

1. Mahukan perhatian daripada anda.

Sebenarnya, anak banyak bertanya kerana dia inginkan perhatian anda. Selalunya, kalau kita sedang sibuk untuk membuat kerja di hadapan laptop, masa tu la mereka akan bertanya bermacam-macam soalan. Kadang-kadang, masa kita tengah bercakap dalam telefon, masa tu juga la dia nak tanya. Anak-anak kita memang bijak. Tapi, kita pulak yang jadi panas, lagi-lagi kalau ditanya soalan yang sama berulang-ulang kali.

2. Mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.

Dalam proses bagi anak untuk membesar, mereka memerhatikan keadaan kelilingnya. Semua perkara yang terjadi merupakan sesuatu yang menarik bagi mereka. Boleh dikatakan, setiap hari mereka akan menemukan sesuatu yang  baru. Jadi, itu merupakan potensi untuk mereka bertanya mengenai perkara yang bagi mereka kelihatan menarik.

3. Rasa tidak puas hati.

Sedar tak bahawa anak-anak akan meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila di suruh melakukan sesuatu yang tidak di sukai mereka seperti mengemas permainan yang sedang mereka main. Pasti dengan pantas mereka akan bertanya, "Kenapa kena kemas mainan? ". Jadi, cara untuk mengelakkan anak anda bertanya mengapa, adalah lebih baik anda menerangkan terlebih dahulu mengapa mereka perlu mengemaskan mainan tersebut. 


Tips Hadapi Anak yang Suka Bertanya

Tips Macam Mana Nak Jawab Soalan Anak.

1. Jawab selagi mampu.

Kebiasaannya, anak yang berumur 6 tahun ke atas, mereka tidak akan bertanya soalan yang sama banyak kali. Tapi, anak yang bawah umur 6 tahun kebiasaannya akan bertanya soalan yang sama berkali-kali. Rileks. Jawab je selagi mampu. Mereka cuma mahukan  perhatian dari anda je. 

2. Ajak anak untuk sama-sama cari jawapan.

Kalau boleh, jangan lah jawab soalan anak anda terlalu ringkas. Cuba ajak mereka untuk sama-sama cari jawapan tentang soalan yang mereka tanya tadi. Secara tak langsung, kita sedang mengasah skill berfikir mereka untuk menyelesaikan masalah. Jadi, anak-anak akan jadi lebih faham.

3. Boleh mengetahui minat anak.

Anda akan dapat mengetahui minat anak anda menerusi soalan-soalan yang di tanya. Jadi senanglah untuk anda membeli bahan bacaan anak anda berdasarkan minat anak yang kita tahu.

4. Fokus pada pertanyaan anak.

Kalau boleh, anda perlu memberi perhatian pada anak anda sewaktu mereka sedang bertanya. Ye lah, seperti yang kita tahu anak cuma nak perhatian kita je. Sebab tu dia tanya macam-macam soalan.

5. Nikmati saat-saat indah ini.

Apabila anak sudah semakin dewasa, pasti kita akan rindukan saat-saat ini. Seiring ilmu yang mereka punya, pasti sudah tidak banyak soalan yang ingin ditanya. Jadi, enjoy the moment sementara ianya ada. 

Tapi ingat, anak-anak bukan sengaja untuk bertanya terlalu banyak soalan pada anda. Mereka cuma mahukan penjelasan dan juga perhatian anda. Bersyukurlah kerana sel-sel otak anak anda sedang berhubung dengan baik sekali. 

Jika anak anda mempunyai masalah kurang bertenaga dan cepat penat, boleh la cuba Vitalea for Children. Anda boleh dapatkan nya dengan menghubungi saya di ;


Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976





" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."


Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015