26 Sep 2015

12 Perkara tentang Kasut dan Kaki Bayi yang Ibubapa Mesti Tahu

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Si manja mommies sudah mula berjalan jatuh atau bertatih? Kalau ya, kaki si manja anak sudah memerlukan sepasang kasut. Sebagai ibu bapa, anda harus menitik beratkan hal pemilian kasut untuk si manja anda. Bukan sekadar memilih kasut kerana sukakan corak mahupun warna kasut tersebut.

Pakar kasut kanak-kanak, Bob Hardy yang berasal daripada Clarks, UK ada memberikan beberapa garis panduan tentang pemilihan kasut bayi anda dan penjagaan kaki mereka. Penjagaan kaki bayi mempunyai kaitan rapat dengan keadaan sekelilingnya. 

Ada segelintir ibu bapa yang tanpa mereka sedari memaksi bayi mereka supaya cepat berjalan. Sebenarnya, bayi anda tidak perlu di paksa untuk berjalan kerana mereka akan berjalan dengan sendirinya. Kebiasaannya mereka akan boleh mula berjalan dalam lingkungan usia 10 bulan sehingga 18 bulan. Pada usia itu, mereka sudah mempunyai tapak kaki yang rata dan bersedia untuk berjalan.

So, mommies dan daddies semua perlu lah mengambil langkah-langkah berikut untuk memastikan kaki bayi anda berkembang sihat dan dalam masa yang masa anda perlulah memberi semangat dan menggalakkan si manja anda untuk berjalan.

12 Perkara tentang Kasut dan Kaki Bayi yang Ibubapa Mesti Tahu


Perkara yang anda perlu tahu

1. Berikan galakan pada anak anda untuk berjalan tanpa menggunakan kasut (berkaki ayam) di rumah ataupun di taska. Ini kerana pergerakan membantu kaki bayi anda untuk berkembang sihat dan menjadi semakin kuat.

2. Jangan memakaikan kasut yang terlalu longgar ataupun terlalu ketat! Bahagian tapak dan sekeliling kasut juga kalau boleh tidak terlalu tebal dan keras. 

3. Pastikan kaki mereka sentiasa kering dan bersih supaya dapat terhindar daripada jangkitan kuman dan fungus.

4. Potong kuku kaki mereka untuk mengelakkan kecederaan.

5. Periksa kaki mereka dengan kerap kerana khuatir mereka mengalami sebarang kecederaan. Waktu mandi merupakan waktu yang sesuai untuk memeriksa kaki bayi anda. Pastikan kaki mereka tidak mempunyai sebarang luka, menggelupas dan berubah warna.

Menurut Bob Hardy, kasut yang sepatutnya di pakai oleh bayi anda bersifat ringan kerana kaki mereka masih lembut. Jadi, di sini ada beberapa DO dan DON'T yang perlu ketika memilih kasut yang sesuai untuk bayi anda.

Do

6. Pastikan anda memilih kedai yang mempunyai perkhidmatan mengukur kaki bayi dan menyediakan ukuran half size. Pastikan pekerja kedai tersebut mengukur kaki anak anda mengambil ukuran panjang kaki dan lebar kaki si manja anda.

7. Pilih kasut yang mempunyai tahap kestabilan yang baik supaya anak anda dapat berjalan dan bergerak dengan selesa dan dapat perlindungan yang baik untuk kaki mereka. 

8. Pilih kasut yang mempunyai bukaan yang luas supaya kasut itu mudah untuk dipakai dan ditanggalkan. 

9. Hanya 30% kanak-kanak yang mempunyai saiz yang kasut yang bertepatan dengan kedua belah kaki mereka. Jadi, adalah menjadi keutamaan untuk memilih kedai kasut yang mempunyai pelbagai variasi saiz kasut dan mengizinkan pembeli untuk membeli kasut berlainan saiz.

10. Berikan kebebasan untuk si manja anda berjalan menggunakan kedua-dua belah kasut yang telah di pilih supaya mereka dapat menyesuaikan kaki mereka dengan kasut itu sebelum membayarnya.

DON'T

11. Jangan pakaikan stokin sewaktu memakai kasut. Ini kerana ia boleh menyebabkan kaki anak anda mengerekot kerana ingin menstabilkan diri mereka sewaktu berjalan . Ia boleh menyebabkan kerosakan tulang kaki yang masih belum matang.

12. Jangan beli stokin sintetik kerana berisiko untuk terkena ruam kerana keadaan dalam kasut meruap. Pilih stokin yang mempunyai material yang mengandungi sekurang-kurangnya 50% kapas.

Kasut yang di pilih untuk si manja haruslah bersesuaian dengan keadaan mereka pada ketika itu. Setiap pergerakan yang dilakukan seperti merangkak, menyusur atau berjalan mempunyai pergerakan kaki yang berbeza. Jadi, pemilihan kasut yang bersesuaian amatlah perlu dititikberatkan.


Your Parenting Partner,

Diyana Isa.




Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015