24 Sep 2015

3 Sebab Ibu Menyusu Alami Puting Melecet

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.


Bagi ibu yang pertama kali mula menyusukan bayi, pasti pernah mengalami kesakitan di bahagian payudara ketika menyusukan anak. Aduh, kadang-kadang rasa nak berhenti je menyusukan anak. 

Saya sendiri pernah mengalami masalah seperti itu. Sakit yang di rasakan, memang tak dapat nak di gambarkan sebab memang sakit sangat! Rasa macam nak menitik air mata sambil menyusukan anak sebab menahan kesakitan tu.

Walaubagaimanapun, ibu-ibu tak boleh cepat putus asa dan mahu berhenti menyusukan anak. Ibu-ibu mesti mencari apa sebab atau punca yang menyebabkan puting ibu-ibu menjadi sakit.

Jika ibu mengalami kesakitan pada bahagian payudara, itu sudah tentu puting ibu melecet. Jom kita tengok 3 sebab ibu menyusu alami puting melecet. 

4 Sebab Ibu Menyusu Alami Puting Melecet

3 Sebab Ibu Menyusu Alami Puting Melecet

1. Kedudukan ketika menyusukan bayi tidak betul.

Ini merupakan masalah biasa bagi ibu-ibu yang baru memulakan perjalanan penyusuan mereka. Ini kerana mereka tidak mahir lagi untuk menyusukan bayi dengan posisi yang betul.

2. Mulut bayi tidak menghisap areola ibu dengan betul.

Ini terjadi kerana bayi anda berada di posisi yang kurang selesa kerana anda menyusukan bayi pada kedudukan yang tidak betul. Ini menyebabkan bayi anda berusaha untuk mencari posisi yang sesuai dengan menarik puting payudara anda sehingga bayi rasa selesa. Jadi, ini menyebabkan puting ibu akan jadi sakit dan melecet.

3. Susu tidak keluar walaupun bayi sudah puas menghisap.

Apabila pelekapan mulut bayi tidak menghisap areola ibu dengan betul, kebarangkalian susu keluar sangat tipis. Bayi akan menghisap dengan lebih kuat apabila susu tidak keluar. Jadi, posisi yang betul dan pelekapan mulut bayi dengan betul juga amat penting untuk mengelakkan daripada masalah puting melecet.

Ibu-ibu jangan sesekali berputus asa jika mengalami sebarang halangan sepanjang proses penyusuan. Jika mengalami sebarang masalah atau pertanyaan, cuba rujuk pakar laktasi untuk mendapat khidmat nasihat. 

Saya doakan agar ibu-ibu terus bersemangat untuk menyusukan anak-anak sehingga umur mereka 2 tahun dan tidak mudah putus asa walaupun menghadapi sebarang masalah. Semoga semua usaha ibu-ibu di balas dengan kebaikan olehNya kelak.

Pengamal Penyusuan Ibu ;


Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976





" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."
Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015