10 Sep 2015

4 Langkah Mudah Mandikan Bayi Baru Lahir dengan Betul

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Kebanyakan ibu bapa yang baru pertama kali bergelar ibubapa ni akan mula merasa cemas dan kelam kabut untuk menguruskan bayi yang baru sahaja dilahirkan. Ia termasuk dengan cara untuk menukarkan lampin, memandikan bayi dan juga dari segi penyusuan. Untuk penyusuan, kebiasaannya hospital lebih menggalakkan bayi yang baru lahir hanya di beri susu ibu. 

Kebanyakan ibu lebih selesa dan mempercayai orang yang lebih berpengalaman untuk memandikan bayi mereka. Apatah lagi, jika tali pusat bayi masih belum tercabut. Ramai yang berasa gerun untuk memandikan bayi apabila tali pusat bayi itu belum tercabut terutamanya pasangan suami isteri yang baru pertama kali mempunyai cahaya mata. 

Selain itu, proses memandikan bayi haruslah dilakukan dengan cara yang betul dan selamat. Kenapa? Supaya dapat mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini seperti bayi lemas ketika mandi. 

Sebelum memulakan proses untuk memandikan bayi, isikan air suam ke dalam bekas mandian. Periksa kehangatan air yang digunakan menggunakan siku. Paling penting adalah, jangan sesekali mandikan bayi anda dengan air sejuk. Ini kerana daya tahan bayi anda masih lemah dan tidak kuat lagi. Jika ini berlaku, ia boleh menyebabkan suhu badan bayi itu turun secara mendadak dan berisiko untuk terkena penyakit sawan.

Waktu yang sesuai untuk memandikan bayi adalah sekitar 10 pagi dan 5 petang. Jangan sesekali membiarkan bayi anda dalam keadaan bogel ye. Seelok-eloknya, bedung bayi anda menggunakan kain atau napkin supaya bayi anda tidak kesejukan.


4 langkah mandikan bayi baru lahir dengan betul

4 Langkah Mandikan Bayi Baru Lahir dengan Betul

Langkah #1.

Cuci muka bayi menggunakan kapas atau sapu tangan yang telah di celup ke dalam air suam terlebih dahulu. Lapkan di bahagian mata terlebih dahulu.

Langkah #2.

Bersihkan bahagian kepala bayi. Dinasihatkan supaya mengepit telinga bayi supaya tidak masuk air. Letakkan syampu dan gosok kepala bayi dengan lembut. Kemudian, keringkan kepala bayi sebelum mula untuk membersihkan bahagian lain pula.

Langkah #3.

Siram badan bayi sedikit demi sedikit dengan air suam yang ada di dalam bekas mandi tadi. Gosok badan bayi menggunakan  sabun mandi dengan lembut. Pastikan semua bahagian lipatan seperti, leher, ketiak, peha dan punggung di bersihkan juga. Akhir sekali, bilas badan bayi dan lap sehingga kering.

Langkah #4. 

Setelah siap dimandikan, bagi bayi yang belum tertanggal tali pusat, anda perlu membersihkan tali pusat dan meletakkan ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital sebelum dipakaikan baju. 

Cara membersihkan tali pusat ;

Ambil kapas dan air suam atau ubat cucian tali pusat, bersihkan tali pusat tadi dari atas ke bawah. Kemudian, lap keliling tali pusat dan bersihkan klip tali pusat pula.

Pastikan tali pusat bayi sentiasa berada dalam keadaan yang kering dan bersih. Jangan sapu apa jua jenis minyak pada tali pusat bayi tanpa nasihat doktor.

Ibu dinasihatkan untuk menyusukan bayi selepas bayi itu dimandikan. Ini kerana bayi akan berasa lapar selepas proses mandian.


Sharing is caring ;

Team Riznina.com.
Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015