8 Sep 2015

6 Makanan yang Dilarang untuk Bayi

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Sebagai ibubapa, kadang kala kita terlalu teruja untuk memperkenalkan makanan pejal pada bayi apabila bayi tersebut sudah mencapai usia 6 bulan. Semua ibu bapa pasti inginkan yang terbaik untuk bayi mereka lagi-lagi bab makanan. Tetapi, tanpa kita duga, sebenarnya kita sudah memperkenalkan makanan yang salah pada bayi kita. 

Ini kerana kita sering memberi makanan yang tinggi kandungan kalori sedangkan bayi kita sama sekali tidak memerlukan kalori tersebut. Apa yang bayi kita perlukan adalah makanan yang kaya dengan nutrisi. Jom kita tengok, 6 makanan yang dilarang untuk bayi yang akan saya share pada entry kali ini.





6 makanan yang dilarang untuk bayi

6 Makanan yang Dilarang untuk Bayi

1. Makanan yang di proses.

Jangan menggunakan alasan terlalu sibuk atau tidak sempat untuk menyediakan makanan yang kaya dengan nutrisi sebagai alasan anda memberikan makanan yang di proses kepada bayi anda. Makanan yang di proses seperti sosej, daging burger yang di proses dan sosej sangat tidak elok untuk bayi anda kerana segala khasiatnya telah hilang sewaktu proses pembikinan berlangsung.

2. Jus Buah-buahan.

Bukan ke jus ni merupakan minuman yang berkhasiat? Ya, memang benar. Tapi, ianya sesuai untuk di minum oleh orang dewasa atau kanak-kanak yang sudah besar. Ia boleh di katakan minuman yang berkhasiat jika tiada tambahan gula sewaktu proses pembikinannya. Bagi bayi, jus ini tidak sesuai untuk di minum kerana ianya telah pun kehilangan khasiat sewaktu proses pembikinannya. Lebih baik bagi buah yang dipotong tanpa di proses. Ia lebih berkhasiat.

3. Keju.

Keju merupakan makanan yang sangat di sukai oleh kanak-kanak. Tapi, makanan yang di buat menggunakan susu yang diproses ini ternyata tidak bagus untuk bayi. Ini kerana ia mengandungi bakteria apabila ada serpihan keju yang tidak hadam sepenuhnya oleh bayi. Ini boleh menyebabkan bayi anda berisiko untuk mengalami cirit birit.

4. Kerang.

Kerang merupakan salah satu jenis makanan laut yang tidak sesuai untuk bayi. Ini kerana kandungan merkuri nya yang tinggi yang boleh menyebabkan bayi anda akan terkena alahan atau masalah kesihatan yang lain.

5. Minuman berkarbonat.

Kadang kala tanpa sedar, ibu bapa dengan bersahaja memberi minuman berkarbonat yangs sedang diminum kepada bayi mereka. Ini kerana kasihan melihat wajah comel itu melihat ibu bapa mereka minum minuman tersebut. Sesungguhnya, minuman berkarbonat itu tidak baik untuk kesihatan bayi anda. Selain ianya tidak berkhasiat, kandungan gula yang terdapat di dalam minuman tersebut juga tidak baik untuk perkembangan gigi si manja.

6. Kacang.

Kacang ni terlalu keras untuk di makan oleh seorang bayi. Ia boleh menyebabkan bayi anda tersedak atau cirit birit. Ada juga sesetengah kanak-kanak yang alah pada kacang sehingga boleh membawa maut.

Jadi, kita jangan culas dalam memberikan makanan yang bersesuaian untuk bayi anda. Tidak semua makanan yang kita makan, boleh diberikan pada bayi anda ye. Pelbagai jenis makanan boleh disediakan untuk bayi anda seperti puree


Sharing is Awesome ;

Team Riznina.com.

1 comment:

  1. Tq! Good info..kadang2 kita x bg tp org lain tukang suapkan..

    Follow blog sy ya! Tq

    ReplyDelete

Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015