12 Sep 2015

Amalan Ibu Hamil Untuk Elak Dapat Anak yang Tidak Sempurna

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.

Semua ibu bapa pasti menginginkan anak yang comel dan sempurna sifatnya. Cacat atau tidak anak itu, semuanya merupakan ketentuan Tuhan. Tapi sebagai manusia, kita boleh berusaha dengan sebaik mungkin untuk mengelakkan semua itu terjadi. 

Tahukah anda bahawa amalan yang dilakukan semasa hamil merupakan penyumbang terbesar kepada kecacatan anak yang dikandung? Sebagai usaha untuk mengelak daripada mendapat anak yang tidak sempurna, jom kita tengok amalan ibu hamil untuk elak dapat anak yang tidak sempurna.




amalan ibu hamil untuk elak dapat anak yang tidak sempurna

Amalan Ibu Hamil untuk Elak dapat Anak Tidak Sempurna :

1. Berhenti merokok.

Jika inginkan bayi yang sempurna dan sihat, sebaiknya anda perlu berhenti merokok dan menjauhkan diri anda daripada asap rokok. Semua bahan toksik yang ada di dalam rokok boleh masuk melalui plasenta dan tali pusat jika ibu itu sendiri yang merokok. Merokok boleh menyebabkan anak yang di kandung lahir dengan berat yang kurang dan lahir pramatang. 

2. Pengambilan asid folik yang secukupnya.

Apabila anda mengambil asid folik secukupnya, anda dapat menghindarkan bayi anda daripada mengalami kecacatan saraf (spina bifida). Kajian menunjukkan bahawa jika ibu hamil mengambil asid folik secukupnya, ianya mampu menurunkan risiko kecacatan otak adn tulang sum sum bayi. Jika anda baru berkahwin atau bercadang untuk hamil, anda perlu mengambil 400 mikrogram asid folik dan diteruskan sehingga minggu ke 12 kehamilan. Antara makanan yang kaya dengan folat adalah ayam dan brokoli. Ada juga supplement yang mampu menampung keperluan asid folik yang diperlukan seperti B-Complex. 

3. Jangan ambil sebarang ubat tanpa nasihat doktor.

Ubat yang di ambil secara berlebihan boleh memudaratkan bayi di dalam kandungan. Lebih baik jika sebelum mengambil sebarang ubat, dapatkan nasihat daripada doktor dahulu. Jika mengalami demam biasa, anda boleh ambil supplement Sustained Release Vitamin C yang di jamin semulajadi dan selamat. 

4. Jauhi kafein.

Untuk peminum tegar minuman yang berkafein, eloklah kurangkan sedikit. Cuba kurangkan pengambilan minuman tersebut secara berperingkat. Contohnya, kalau dulu minum 3 cawan sehari, cuba untuk kurangkan kepada 2 cawan sehari dan berterusan sehingga tidak minum langsung. 


Sharing is Awesome ;

Nama : Diyana Isa
Shaklee ID : 962568
Email : Riznina1014@gmail.com
Call/Whatsapp/Wechat/SMS : 019-2212976





" Ingin menjana 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan! Pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke dalam group eksklusif kami di Facebook."
Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015