9 Sep 2015

Bahaya Garam pada Bayi

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat pembaca Riznina.com.


Kebanyakan ibubapa di Malaysia masih tidak sedar sebenarnya tentang bahaya garam untuk bayi yang di bawah 1 tahun. Kenapa saya cakap macam tu? Majoriti family yang ada bayi, akan memberikan makanan yang bergaram dan bergula apabila si anak sudah boleh makan makanan pejal.

Ada juga yang beranggapan bahawa si anak juga perlu makan makanan yang mengandungi garam dan gula kerana ianya lebih sedap. Takkan la orang dewasa je nak makan sedap-sedapkan. Tapi, semua pandangan itu salah!

Memang betul, mak-mak pada zaman dahulu berikan makanan yang mengandungi garam dan gula sejak kita lahir lagi. Ini kerana mereka tidak mempunyai ilmu tentang terdapat buah-buahan seperti kurma yang boleh digunakan sebagai pemanis makanan bayi untuk menggantikan gula dan boleh menggunakan daun saderi untuk menggantikan garam. 

Tu zaman dulu, zaman teknologi tak canggih. Sekarang ni kan zaman teknologi dah canggih. Semuanya di hujung jari. Bukan nye kena bukak laptop je baru boleh cari. Sekarang majoriti masyarakat marhaen menggunakan smartphone kan? So, apa susahnya klik klik, tadaaa keluar info yang kita nak.

bahaya garam pada bayi

Kenapa garam bahaya pada bayi??

Garam bahaya untuk bayi yang masih kecil, secara khususnya yang berusia di bawah empat bulan. Ini kerana buah pinggang mereka masih belum matang dan tidak mampu mengumuhkan garam ke dalam air kencing mereka. Makanan yang mengandungi terlalu banyak garam boleh menyebabkan bayi berada di dalam keadaan penghidratan yang terlampau yang bolehmengakibatkan kerosakan organ mereka.

Sememangnya bayi juga memerlukan garam dalam jumlah yang tertentu di dalam diet harian mereka tetapi ia sudah dibekalkan oleh susu ibu atau susu formula untuk empat bulan pertama. Selepas empat bulan, garam yang diperlukan boleh didapati daripada makanan yang tidak diproses seperti nasi, sayur-sayuran dan buah-buahan. Di ingatkan supaya, jangan menambah garam mahupun gula ke dalam makanan bayi anda sama ada sebelum atau selepas memasak. 

Selain garam dan gula, anda juga perlu lebih peka kepada lain-lain perasa yang mengandungi garam seperti kicap, sos tomato, sos tiram dan sebagainya. Sebarang perasa tidak perlu di tambah ke dalam makanan bayi sebaik-baiknya sehingga bayi berusia setahun.

Tapi, terpulanglah pada diri masing-masing. Tak semua bersependapat kan? Ada yang memang bertegas bahawa anak mereka hanya akan makan makanan yang tidak ditambah sebarang perasa sehingga umur anak itu mencecah setahun. Jadi, kita kena hormati pendirian orang ye. Jangan sesuka hati suap anak orang makan makanan yang memang dilarang keras oleh mak ayah bayi tu. Nanti boleh menimbulkan rasa tidak puas hati pulak. 


Sharing is Awesome ;

Team Riznina.com


Elegant Rose - Working In Background
Copyright to RIZNINA.COM
Designed by UMIESUEstudio 2015